Adelaide, 2016.
SUASANA pagi yang dingin mengejutkan Hud dari tidur lenanya dek deringan telefonnya yang tidak berhenti dari tadi. Hud mengagau iPhone yang sejak dari tadi berdering di atas meja yang terletak di sisi katilnya. Matanya masih lagi mengantuk. Dicelik matanya untuk melihat pemanggil yang menganggu tidurnya.
"Ya. Ada apa mummy?" soal Hud sebaik saja meletakkan telefon di telinganya.
Hud bangun mendadak dari terus berbaring. Terkejut Hud menerima berita tentang daddy sakit. Hud berpaling seketika ke sisi kanannya dan Hani masih lagi lena dibuai mimpi. Terus Hud bangun dan keluar dari situ. Tidak mahu tidur Hani terganggu.
"Tapi mummy. Hud tak boleh." Bantah Hud di hujung telefon itu. Suaranya sedikit tinggi.
"Tengoklah. Hud akan balik untuk tengok daddy." Akhirnya Hud memutuskan panggilan tersebut.
Hud melepaskan keluhannya. Terus hilang rasa kantuknya selepas mendengar permintaan mummy tadi. Tiada cara lainkah untuk selamatkan syarikat keluarganya yang dalam keadaan gawat ketika ini.
Permintaan mummy sangat berat hendak Hud tunaikan. Kenapa perlu berkahwin? Hud sudah ada Hani dan hanya Hani yang dia cintai.
"Bie...kenapa ni?" suara serak-serak basah Hani menyapa halwa telinga Hud. Hani sudah duduk di sebelah Hud. Hani melentokkan kepala di dada Hud seraya memeluk suaminya itu. Sangat manja perlakuannyan.
"Kenapa bangun ni?" soal Hud lembut. Kepala Hani dicium. Hud sangat suka akan bau rambut Hani. Sangat menggoda jiwanya.
"Bie tak ada sebelah. Macam mana Hani nak lena." Rengek Hani manja.
Dan Hud hanya tersenyum mendengar rengekan si isteri. Aduhai, love! Macam mana I nak tinggalkan you nanti.
"Wake up! Kita tidur dalam bilik." Suruh Hud.
"Dukung." Pinta Hani sepatah.
Hud yang mengerti akan permintaan isterinya terus mengangkat tubuh itu menuju ke bilik tidur mereka.
Pagi itu, Hani ke kelas seperti biasa. Manakala Hud menuju ke tempat kerjanya. Dan Hani perasan yang Hud sedikit lain pagi itu. Suaminya ada masalahkah?
Perkahwinannya dengan Hud sudah menjangkau setahun. Hani berharap sangat mereka dikurniakan cahaya mata. Hani sudah tidak sabar hendak mempunyai anak sendiri. Alangkah indahnya jika dia mengandung sekarang ini.
"Hani!" suara yang sangat familiar pada telinga Hani. Lantas Hani berpaling ke arah suara itu.
"Eh! Jaja. Kenapa?" soal Hani apabila melihat nafas Jaja seakan-akan tercungap. Jaja merupakan dua pupu Hud.
"Kau tahu tak yang daddy Hud tengah sakit sekarang ni?" soalan Jaja membuatkan Hani menggelengkan kepalanya. Tanda dia tidak tahu.
"Hud tak bagitahu kau ke? Hud tak ada cerita apa-apa pada kau?" soal Jaja bertalu-talu.
Dan Hani hanya mampu menggelengkan kepalanya saja.
"Balik nanti aku tanya Hud." Ujar Hani setelah lama berdiam diri.
Jaja rasa serba-salah apabila melihat wajah keruh Hani. Hud pun satu, kenapalah tidak beritahu Hani.
"Aku minta maaf Hani."
"Kau tak salah. Nasib baik kau beritahu aku." Hani hanya tersenyum hambar.
"Okaylah aku pergi dulu." Jaja meminta diri dan berlalu dari situ.
Hani pulang ke apartment sebaik saja kelas tamat. Tiada mood hendak ke library kerana fikirannya sesak memikirkan kenapa Hud merahsiakan semua itu daripada dia. Adakah Hud menganggap dia sebagai isteri? Sedangkan mereka saling mencintai antara satu sama lain.
Keluhan dilepaskan perlahan. Hani merebahkan badannya di atas katil kerana badan dan fikirannya terlalu letih. Dan tidur ialah jalan penyelesaian yang terbaik.
"Love."
Hud memanggil Hani sebaik saja kakinya melangkah masuk ke dalam apartment. Beg kerjanya diletakkan di atas sofa. Hairan Hud kerana Hani tidak menyambut dia pulang seperti biasa. Dan setahu Hud, Hani tiada kelas petang hari ini.
Tersenyum Hud sebaik saja melangkah masuk ke dalam bilik. Patutlah tidak menyambutnya, rupanya si isteri tidur. Letih agaknya. Hud memilih untuk membersihkan diri terlebih dahulu sebelum menunaikan solat maghrib. Sekejap lagi akan dikejutkan isterinya itu.
Bunyi titisan air di dalam bilik air mengejutkan Hani dari lenanya. Hani mencelikkan matanya dan melihat jam di dinding. Sudah masuk waktu maghrib rupanya. Lena betul dia tidur. Dan Hud pun sudah pulang.
"Love dah bangun. Bie ingat nak kejut sekejap lagi." Hud menyapa Hani yang sedang menyandar di kepala katil.
"Hmmm..." hanya itu balasan yang diberi oleh Hani.
Berkerut dahi Hud dengan balasan isterinya. Biasanya mulut Hani becok membalas setiap kata-katanya. Hani ada masalahkah? Sekejap lagilah Hud tanya. Hud hendak menunaikan solat terlebih dahulu.
Hani turun dari katil dan menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Badannya terasa sangat melekit. Balik tadi dia tidak mandi dan terus tidur. Terasa segar badan Hani selepas mandi. Hilang sudah rasa tidak bermaya itu.
"Are you okay, love?" soal Hud sebaik saja Hani melipat telekung solatnya dan diletakkan di penjuru katil.
Dan Hani memilih untuk diam seketika sebelum membalas pertanyaan Hud.
"Kenapa bie tak beritahu Hani yang daddy bie sakit? Kenapa rahsiakan semua itu?"
Terkejut Hud dengan soalan yang diutarakan oleh Hani.
"Love tahu dari mana ni?" soal Hud ingin tahu dan dia seperti dapat mengagak siapa yang memberitahu Hani.
"Jaja." Jawab Hani sepatah. Kalau Hani tidak beritahu Hud pun, Hud tahu siapa yang menyampaikan berita itu.
"Love...bie bukan tak nak beritahu tapi bie tak nak love risau. Pagi semalam mummy call bie dan beritahu yang daddy sakit." Cerita Hud tetapi tidak sepenuhnya akan permintaan mummy.
"Habis tu kalau Jaja tak cerita pada Hani, bie takkan beritahulah kan?" soal Hani lagi. Masih tidak berpuas hati dengan jawapan Hud.
"Bie tetap beritahu love sebab bie bercadang untuk balik tengok daddy." Beritahu Hud.
"Bila? Hani ikut." Pinta Hani laju sebaik saja mendengar kata-kata Hud itu.
"Next week tapi love tinggal sini ya. Bie tak nak mummy terkejut nanti. Lagipun, bie belum bersedia hendak beritahu keluarga bie tentang hubungan kita." Jelas Hud. Cuba untuk tidak menyakiti Hani dengan kata-katanya.
Tetapi Hud tidak tahu yang hati Hani terguris dengan kata-kata itu. Seakan Hani tiada nilai di mata Hud kerana lelaki itu memilih untuk merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan keluarga.
"Kalau itu kata bie, Hani ikut." Hani memilih untuk mengalah walaupun hatinya seribu kali kecewa. Dan Hani tidak mahu memanjangkan perkara itu kerana risau akan berlaku pertengkaran di antara dia dan Hud.
"Sorry, love." Hud rasa bersalah tetapi dia terpaksa merahsiakan perkara itu walaupun Hud sangat mencintai Hani. Hud kenal Tan Sri Hassan macam mana. Dan tidak mustahil jika daddynya tidak menerima Hani dan Hud tidak mahu Hani terluka kelak.
"It's okay, bie." Hani cuba untuk mengukir senyuman manis tetapi entahlah, terasa amat sukar.
*****
KETIKA Hani sedang santai menikmati makanannya, seorang lelaki datang menegurnya. Terkejut Hani akan kehadiran Wahid yang dulu pernah menyukai Hani. Sudah lama lelaki yang bernama Wahid itu tidak mengacaunya dan hari ini apa hajat lelaki itu datang menyapanya.
"You nak apa?" soal Hani sedikit kasar. Sebenarnya Hani malas hendak melayan Wahid. Kalau ikutkan hatinya, awal-awal lagi dia sudah cabut tetapi seakan kurang ajar pula.
"I nak minta maaf dengan you. Selama ini I banyak buat salah dan buat you rasa kurang selesa. Esok, I akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah." Jelas Wahid akan tujuannya.
Hani rasa bersalah pula dengan layanannya tadi.
"It's okay. I dah maafkan semua salah you. I tak nak simpan dendam." Beritahu Hani. Walaupun Wahid pernah buat onar sewaktu di awal pelajarannya tetapi Hani tetap memaafkan lelaki itu. Hani tidak mahu berdendam. Hani sudah bahagia dengan Hud.
"Lega I dengar. Terima kasih, Hani." Ucap Wahid. "Kalau macam tu I minta diri dulu. Sampaikan maaf dan salam I pada Hud ya." Pesan Wahid sebelum berlalu dari situ.
Hani menganggukkan kepala sebagai balasan. Dan tanpa Hani sedar, Hud memandang dari jauh dengan api cemburu yang membara.
"Hani, kejap!" Jaja menahan Hani dari bangun.
"Ada apa Jaja?" soal Hani. Tidak jadi hendak bangun dari bangku.
"Kau tahu tak yang mummy Hud minta Hud balik Malaysia dan kahwin dengan anak kawan daddynya?"
Soalan Jaja berjaya membuat Hani jadi patung buat seketika. Terkejut dengan kata-kata Jaja.
"Hani!" Jaja menepuk paha Hani apabila melihat wanita itu seakan hanyut ke dunia lain.
"Ya. Kau cakap apa tadi?" soal Hani lagi. Lebih kepada inginkan kepastian.
"Aku cakap, mummy Hud minta Hud pulang Malaysia, kahwin dengan anak kawan daddy Hud dan uruskan syarikat di sana." Terang Jaja satu-persatu.
"Kenapa Hud tak beritahu aku semua ini?" Terasa ada batu besar yang menghempap kepala Hani saat itu.
"Jadi, Hud tak beritahu kau?" soal Jaja terkejut.
"Tak." Geleng Hani. Hani rasa seperti ingin menangis saat itu tetapi dia perlu kuat.
"Ya Allah, Hud. Apa nak jadi dengan mamat tu." Geleng kepala Jaja dengan Hud. Suka sangat berahsia.
"Tak mengapalah Jaja. Balik nanti aku tanya dia. By the way, terima kasih sebab beritahu kepada aku." Ujar Hani lemah. Semangatnya terasa sudah dibawa pergi.
"Apa-apa pun bincang elok-elok dengan Hud ya. If anything happen, just call me. Aku selalu ada untuk kau."
Jaja meninggalkan pesanan kepada Hani sebelum berlalu pergi dari situ.
Ketika Hani tiba di apartment, Hud sudah pulang dari kerjanya dan sedang mengadap laptopnya. Awal pula Hud balik hari ini.
"Bie ambil half day ke hari ini?" soal Hani sebaik saja melabuhkan duduk di sisi Hud di atas sofa.
"Hmmm..." balas Hud yang masih lagi fokus pada kerjanya.
"Kenapa? Bie tak sihat ke?" Hani meletakkan belakang tangannya di dahi Hud tetapi tidak panas.
"I'm okay tapi hati saja yang tak okay."
Berkerut dahi Hani mendengar kata-kata Hud itu. Kenapa dengan hati suaminya pula?
"Kenapa ni bie? Bie ada masalah ke?" soal Hani prihatin walaupun hatinya ketika itu sangat sakit.
"You jumpa Wahid tadi kan?"
Hud sudah menukar panggilan itu. Semudah itukah hati Hud melupakan Hani setelah mummy dia meminta untuk mengahwini wanita lain.
"Oh! Tadi..."
"Tak perlu jelaskan apa-apa. I nampak dengan mata I sendiri betapa mesranya you berbual dengan dia."
Hud sudah tidak mahu mendengar penjelasan Hani. Awal-awal lagi Hud memotong percakapan Hani.
"Bie...dengar dulu penjelasan Hani." Hani cuba untuk memperjelaskan situasi sebenar kepada Hud. Hani tidak mahu Hud salah faham.
"Sudahlah. I tak nak dengar apa-apa lagi. Cukuplah you tipu I selama ini Hani." Ujar Hud keras. Kepalanya sangat berserabut ketika ini. Dengan permintaan mummy, daddy dia sakit, hal syarikat dan juga kerana cemburunya terhadap Hani.
"No, bie! Hani tak pernah tipu bie pun selama ini. Hanya bie dalam hati Hani." Ujar Hani. Inilah perkara yang Hani paling takuti. Apabila Hud sudah hilang kepercayaan terhadap dirinya.
"Dahlah. Jangan kacau I." Hud mengusir Hani secara halus. Hani faham tetapi sengaja dia tidak bangun dari sofa itu. Hani mahu selesaikan semuanya dan tidak mahu Hud terus salah faham terhadap dirinya.
"Bie, please..." Hani cuba merayu tetapi Hud tidak mengendahkan.
"Bie...percayalah. Hani tak pernah tipu bie." Hani masih lagi mencuba.
"Enough, Hani!" jerkah Hud kuat sehingga terangkat bahu Hani kerana terkejut. Tidak pernah Hud meninggikan suara sepanjang mereka menjadi suami isteri. Hud sudah berubah. Adakah kerana wanita itu?
"You dengan perempuan di luar sana tak ada beza. Sama murah. Seperti pelacur."
Ya Allah, terasa perit sangat akan tuduhan Hud ketika ini. Betapa sakitnya hati Hani.
"You hina I Hud? Dan semurah itu kepercayaan yang you letak pada I?" Hani turut menukar panggilan itu. Tiada lagi perkataan 'bie' meniti di bibirnya. Hani cuba untuk tidak menitiskan air mata. Hani tidak mahu Hud melihat dia lemah.
"Ya." Pengakuan Hud menyedarkan Hani bahawa kata-kata cinta Hud selama ini palsu.
"Baiklah. I faham kedudukan I di hati you. Ya! Mungkin perasaan sayang you dah beralih pada perempua tu kan. Perempuan lebih mulia daripada I kan?" ujar Hani. Dia cuba untuk bertahan dan hatinya masih berharap Hud menarik balik kata-kata itu. Dan berharap kata-kata itu hanya mimpi.
"Perempuan mana ni?" soal Hud sedikit keras. Hani seakan menuduh Hud mempunyai perempuan lain. Berkerut dahinya memikirkan perempuan yang dikatakan oleh Hani.
"Perempuan yang mummy you nak jodohkan dengan you. I tahu semuanya Hud. Sekarang I faham yang I dah tak ada dalam hati you."
Pernyataan Hani mengejutkan Hud. Dari mana Hani tahu semua itu? Dia tidak pernah beritahu Hani akan hal itu. Tetapi takkan Jaja tahu akan hal itu?
"Sekarang I nak you pilih Hud, sama ada I atau perempuan tu?"
Hani meminta Hud untuk memilih.
Dan kerana perasaan cemburu Hud masih lagi beraja di hati, Hud membuat pilihan yang beribu kali meremukkan sekeping hati Hanina Anastasyia.
"I pilih perempuan tu."
Hani cuba menahan I air matanya untuk tidak jatuh tetapi Hani tidak mampu. Setitik demi setitik air matanya mengalir membasahi pipi.
"Hanina Anastasyia Binti Azam, I ceraikan you dengan talak satu."
Hani pejam mata saat Hud melafazkan cerai padanya. Terasa dunianya seakan gelap.
"Terima kasih untuk segalanya Hud. I akan ingat sampai bila-bila."
Hani bangun meninggalkan Hud di ruang tamu itu. Hani berlalu keluar dari situ. Hani perlukan Jaja saat ini.
Hud melurutkan rambutnya. Sangat serabut! Terlajak perahu boleh di undur tetapi terlajak kata buruk padahnya.
Mudah sekali Hud melafazkan lafaz cerai dek kerana perasaan cemburu. Tidak tahukah Hud bahawa dia telah menoreh luka yang paling dalam di hati Hanina Anastasyia. Menyesal di kemudian hari sudah tiada guna.
Dan Hani sudah pergi. Sekarang tiada lagi Hani yang akan menyerikan hidup seorang Hud Mukhriz.
Share this novel