ADELAIDE 1

Short Story Completed 12585

Adelaide, 2016.

I will never stop loving you, dear love.

You are my sunshine and my happiness.

Happy 1st Anniversary, love.

Adelaide, 2018.

AKU membawa kaki melangkah melusuri laluan pejalan kaki. Kad ucapan dua tahun yang lepas aku genggam erat. Kenapa harus aku temui kembali kad ucapan itu? Dua tahun sudah berlalu dan aku sudah melupakan perkara itu tetapi kenapa harus aku ingat kembali kisah yang lalu?

Musim luruh mula memunculkan diri. Dan kenapa aku harus lalui musim ini? Musim yang sangat melukakan hati seorang wanita. Sangat perit untuk laluinya tetapi siapa aku untuk menolak takdir Allah? Sampai sekarang luka itu masih berparut. Dan akulah wanita itu.

Yang paling sakit apabila aku terpaksa menerima berita keguguran di saat bayi aku sudah cukup sifatnya. Sangat memeritkan tetapi itulah harus aku hadapi. Sendirian. Tanpa sesiapa di sisi.

Sehinggalah hari ini, aku bangkit! Meneruskan hidup yang masih lagi panjang perjalanannya.

"Maafkan bonda sayang. Salah bonda kerana tidak menjaga sayang dengan baik." Gambar imbasan sewaktu usia kandungan aku 24 minggu, aku usap bersama juraian air mata. Walaupun tidak jelas, hanya gambar ini yang menjadi pengubat rindu buat aku. Gambar scan kandungan masih aku simpan sejak dari 8 minggu usia kandunganku.

Esok, aku akan menziarahi kuburnya. Walaupun terletak sedikit jauh perkuburan Islam di situ tetapi setiap tahun aku akan menziarahi kubur anakku. Dan mungkin ini kali yang terakhir sebelum aku pulang ke Malaysia. Pengajianku sudah tamat dan sudah masanya aku pulang ke bumi tumpahnya darahku.

Hi, another story need to re-upload. Thank you for reading.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience