SETAHUN aku bekerja di syarikat milik Hud Mukhriz. Dan setahun juga dia tidak penat mengejar aku. Dia memang jenis tidak faham bahasa. Berkali-kali aku menolak, masih lagi tidak berputus asa. Hebat sangat ke penangan Hanina Anastasyia pada Hud Mukhriz? Tiada wanita lainkah?
"Hani, boleh kak Dijah masuk?" kak Dijah sedang berdiri di muka pintu ofis yang aku tidak tutup pintunya.
"Sure kak Dijah. Masuklah. Macam tak biasa." Aku mempelawa kak Dijah masuk. Siap ditutup pintu ofis aku sekali dengan pakej kunci pintu.
Aku memandang kak Dijah pelik. Aih! Tiba-tiba terasa seram pula.
"Hani tak sibukkan?"
"Tak." Geleng aku. "Tapi kenapa kak Dijah kunci pintu tu?" tanya aku. Tidak pernah kak Dijah berperangai sebegini.
"Adal hal penting kak Dijah nak bincang dengan Hani. Tak nak orang lain dengar. Lagi-lagi Dato'." Berkerut dahi aku mendengar jawapan kak Dijah. Macam penting.
"Apa dia kak Dijah? Kenapa pula Hud tak boleh tahu?" aku sudah tidak sabar hendak tahu.
"Sebelum tu akak nak minta maaf. Akak tak ada niat nak masuk campur hal peribadi Hani dan juga kehidupan Hani. Tapi akak buat semua ni sebab akak tak nak Hani menyesal nanti."
Panjang lebar kak Dijah berkata-kata. Dan aku lebih selesa mendengar.
"Kak Dijah cakaplah. Insya-Allah, Hani tak marah." Berdebar pula dada aku ini.
"Hani masih cintakan Hud ke?"
Soalan kak Dijah sesuatu yang aku tidak jangka. Terkedu. Dan tidak tahu hendak menjawab apa.
Masih cintakah aku?
"Hani!" terasa tangan aku ditepuk oleh kak Dijah.
"Errrr..." aku ragu-ragu hendak menjawab.
"Ceritalah. Luahkan pada kak Dijah apa yang Hani rasa. Rahsia Hani selamat dengan kak Dijah."
Kata-kata kak Dijah membuat aku terharu. Terasa kak Dijah seperti kakak aku.
"Entahlah kak. Hani sendiri keliru dengan perasaan Hani. Sebelum Hani balik ke sini, Hani dah buang perasaan tu. Yakin yang Hani dah tak cintakan Hud. Tetapi Hani kalah setiap kali Hud merayu. Setiap kali Hud luahkan kata cintanya pada Hani."
Aku berhenti seketika sebelum menyambung kembali.
"Setiap kali Hani cuba sakitkan hati dia, Hani turut terasa sakit. Hani tak sampai hati hendak melihat dia terluka walaupun dia pernah buat Hani terluka teruk. Dan Hani tak boleh tengok dia dengan perempuan lain. Hani cemburu. Tapi hati Hani ego. Hani tak mahu mengakui semua itu kerana Hani tak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah sekali Hani disakiti."
Terasa lega selepas aku meluahkan kepada kak Dijah. Apa yang aku pendam selama ini, aku luahkan pada kak Dijah pada hari ini.
"Hani.." kak Dijah mengenggam tangan aku.
"Tak salah buang ego tu. Beri Hud peluang kedua. Kak Dijah yakin yang Hud takkan sakiti hati Hani lagi. Dia betul-betul cintakan Hani. Buktinya, sampai sekarang dia masih menduda. Kalau dia tidak cintakan Hani, mungkin sekarang dia dah kahwin lain selepas bercerai dengan Liyyan dulu."
Aku tidak tahu hendak membalas apa. Separuh hati aku mengiakan apa yang kak Dijah katakan dan separuh lagi menidakkan. Aku buntu.
"Entahlah kak. Hani takut, Hani buat keputusan yang salah."
"Aku faham. Hani takut benda sama yang berlaku tapi percayalah, Hani akan bahagia. Dan jika ada badai melanda pada masa akan datang, Hani dan Hud perlu teguh. Bersama-sama melawan arus itu."
Nasihat kak Dijah panjang lebar. Dan meresap ke dalam hati aku.
"Bukan Hud kan yang hantar kak Dijah untuk pujuk Hani?" soal aku ingin tahu. Manalah tahu Hud yang meminta kak Dijah memujuk aku. Otak orang bisnes ni geliga.
"Tak. Hud tak tahu pun akak di sini. Hud keluar meeting hari ini. Jadi, sementara Hud tak ada, kak Dijah datanglah sini. Lagipun kak Dijah dah penat jadi tukang simpan bunga. Rumah kak Dijah dah macam taman bunga."
Aku ketawa. Aku sendiri tidak faham dengan Hud. Apa mimpi dia bagi aku bunga setiap pagi, setiap hari. Tak pasal-pasal kak Dijah yang jadi mangsa aku bawa balik bunga itu ke rumah dia.
"Kak Dijah ni, masih sempat melawak ya." Geleng kepala aku dengan kak Dijah. Kalau dia tiada di pejabat, sunyi aku rasa. Di sini, aku hanya rapat dengan kak Dijah dan anak-anak buah di bawah aku saja. Perempuan-perempuan yang lain seakan memandang aku dengan sinis. Tidak suka barangkali melihat Hud rapat dengan aku.
"Hani fikirkan baik-baik ya. Akak dah anggap Hani macam adik akak sendiri. Dan akak nak tengok Hani bahagia. Itu saja."
"Insya-Allah, akak." Aku menganggukkan kepala.
"Akak keluar dulu ya. Kejap lagi Hud balik. Bising pula dia tengok kak Dijah tak ada."
"Ya. Terima kasih akak." Kak Dijah berlalu keluar dari bilik aku.
Aku memikirkan kata-kata nasihat kak Dijah. Patutkah aku memberi peluang kedua kepada Hud?
Bukan aku tidak terkesan dan terharu dengan apa yang Hud lakukan selama setahun ini. Dia berusaha hendak mengambil hati aku tetapi aku saja yang keraskan hati tidak mahu menerimanya.
Aku mengeluh. Telefon aku ambil. Aku tarik nafas terlebih dahulu sebelum membuka aplikasi whatsapp. Aku menaip mesej untuk Hud. Aku dah buat keputusan dan aku yakin dengan keputusan aku. Sudah lama sebenarnya aku fikirkan hal itu, cuma aku tidak berani untuk memberi kata putus. Tidak mahu disakiti buat kali kedua.
Aku trauma.
Hud, you dah balik ke?
Aku menghantar pesanan wassap kepadanya. Tidak sampai seminit, sudah bluetick dan Hud is typing.
On my way, love. Why? You rindukan I ke?
Balasannya itu membuatkan aku tersenyum. Aih! Masih sempat Hud ni.
I nak jumpa you. I tunggu you di ofis. Ada benda penting yang I nak cakap pada you.
Aku membalas pesanan wassapnya. Rasa tidak sabar pula hendak berjumpa dengan Hud.
Apa yang penting sangat tu?
Tak sabar pula I nak tahu, love.
I hope it's a good news.
Sekali lagi aku tesenyum membaca mesejnya.
Ya. Kind of good news I think.
Aku meletakkan emoji kenyit mata. Dan tidak sampai seminit, Hud membalas mesej aku. Laju betul. Dah la tengah drive.
Okay, love. See you when I see you, love.
Aku membalas mesejnya.
Okay. Drive safely.
Dah jangan main phone lagi.
Aku membuka pesanan wassap dari Hud. OMG! Dia bagi emoji love. Macam tak pernah dapat emoji love pula kau ni, Hani!
Baiklah, love. I tak main handphone dah.
Aku menyambung membuat kerja. Macam orang angau pula duk tenung telefon tu. Parah kau ni, Hani!
"Hani!" kelam-kabut kak Dijah membuka pintu ofis aku.
"Ya. Kenapa akak?" aku memandang kak Dijah yang wajahnya seperti sedih.
"Dato' kemalangan!"
Dum!
Tiba-tiba aku rasa dunia aku seakan gelap. Aku berpaut pada meja. Baru tadi aku berbalas mesej dengannya. Hud Mukhriz!
"Ke...kemalangan?" Tutur aku dalam gentar.
"Ya. Hud kemalangan." Kata-kata kak Dijah membuatkan aku takut untuk tahu keadaan Hud. Mata aku sudah berair.
"Hud...macam mana?" tapi aku ingin tahu keadaanya dia. Pada masa yang sama, aku takut. Takut untuk kehilangannya.
"Hud kritikal."
Rasa nak pitam dengan kenyataan yang keluar dari mulut kak Dijah.
Terus aku meraung sebaik saja mendengar kata-kata kak Dijah. Jangan tinggalkan I Hud! I masih perlukan you!
"Hani nak ke hospital kak Dijah. Hani nak jumpa Hud!" aku bangun dan mengambil beg tangan. Juga kunci kereta.
"Kak Dijah hantar Hani ya." Aku menganggukkan kepala. Dan aku tak rasa yang aku mampu untuk memandu sekarang.
Setibanya di hospital Putrajaya, aku meluru ke arah kaunter. Bertanya pesakit yang bernama Hud! Kak Dijah hanya mengikut aku dari belakang.
Sewaktu aku tiba di depan ruangan bedah, keluarga Hud sudah berada di situ.
"Mummy." Aku memanggil mummy yang sedang duduk di sisi Huda. Manakala Haq bersandar di dinding berdekatan dengan pintu masuk Operation Room.
"Hani...Hud. Mummy tak nak kehilangan Hud!" laju aku menghampiri mummy. Aku duduk atas kerusi kosong di sebelah kiri mummy.
"Insya-Allah, Hud tiada apa-apa. Kita sama-sama doakan Hud. Hani yakin Hud selamat." Aku memujuk mummy walaupun ketika ini aku lemah. Aku juga takut kehilangan Hud.
Dua jam menunggu, akhirnya doktor keluar dari dewan bedah. Kami meluru ke arah doktor yang baru saja menutup pintu. Kak Dijah, aku sudah suruh dia pulang. Aku faham yang dia sudah berkeluarga.
"Macam mana keadaan Hud?"
Haq bertanya mewakili kami di situ.
"Keluarga Dato' Hud Mukhriz?" tanya doktor lelaki yang berumur dalam lingkungan 40-an. Inginkan kepastian barangkali.
"Ya, doktor." Aku menjawab.
"Alhamdulillah. Kami berjaya membuang darah beku. Dan Dato' Hud pun sudah melepasi tahap kritikalnya. Semuanya selamat. Kami sudah menghantarnya ke wad vvip. Dalam masa dua ke tiga jam baru dia sedar." Jelas doktor lelaki tersebut.
"Alhamdulillah." Aku menarik nafas lega. Hud selamat.
Selepas doktor meminta diri, kami menuju ke wad vvip. Kami masuk ke dalam wad tersebut. Sayu hati aku melihat keadaan Hud. Kepalanya berbalut. Ada sedikit calar di wajahnya tetapi wajah itu tetap kacak di mata aku walaupun pucat ketika ini.
"Mummy...malam ni biar Hani jaga Hud ya." Aku perlu meminta izin mummy terlebih dahulu kerana aku bukan isteri Hud.
"Boleh. Mummy izinkan." Mummy setuju dengan permintaanku.
"Terima kasih Hani kerana sanggup datang sini tengok Hud."
"Mummy...apa yang berlaku sekalipun, Hani pernah jadi isteri Hud. Dan Hani tak nak kehilangan Hud lagi."
Kata-kata aku membuatkan tiga pasang mata melihat aku. Meminta pencerahan dari aku.
"Hani dah buat keputusan yang Hani akan terima Hud kembali. Hani masih sayangkan Hud."
Aku tidak malu untuk mengaku di depan keluarga Hud. Aku sudah tekad dengan keputusan aku.
"Alhamdulillah. Akhirnya Allah makbulkan doa mummy. Mummy gembira." Aku memeluk mummy erat. Aku menangis dalam dakapan mummy.
"Maafkan Hani sebab kecewakan mummy sebelum ini dan mengambil masa yang lama untuk buat keputusan ini."
"Mummy tak salahkan Hani. Mummy faham. Dan mummy bersyukur sangat sebab Hani terima Hud kembali." Aku merenggangkan pelukan mummy. Aku menghadiahkan senyuman kepada mummy sebelum mencium tangannya.
"Terima kasih mummy kerana sudi terima Hani sebagai bakal menantu mummy." Dan mummy hanya menganggukkan kepalanya. Aku dapat melihat senyuman gembira mummy.
"Congrats akak. Huda happy sangat!" Huda datang memeluk aku dari belakang.
"Haq pun. Tak sabar nak dapat kakak ipar." Ujar Haq.
"Tapi Hani minta rahsiakan semua ini dari Hud ya. Hani nak beritahu dia sendiri." Pintaku.
"Okay. Kami zip mulut ni." Huda membalas. Ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Sekurang-kurangnya aku dapat mengurangkan rasa sedih dan risau mummy apabila melihat keadaan Hud.
Share this novel