SUDAH sebulan selepas aku berjumpa dengan mummy Hud, lelaki itu masih lagi sibuk mengejar aku. Walaupun aku tidak melayan, dia tetap tidak lelah mengejar aku. Kadang-kadang serabut juga aku. Kak Dijah yang memang sudah tahu tentang status aku dengan Hud, hanya mampu menggelengkan kepala.
"Love. Kejaplah! Jangan laju sangat jalan." Hud cuba mengejar langkah aku yang hendak ke kereta. Waktu pejabat sudah tamat, jadi aku hendak pulang. Malas hendak mengadap muka lelaki itu lagi.
"Love." Hud menyambar tangan aku. Terus langkah aku terhenti di situ.
"Apa lagi Hud?" aku menyoal dengan nada geram. Cuba melepaskan pegangan tangannya.
"Teman I makan." Permintaan Hud buatkan aku tercengang seketika. Kejar aku semata-mata nak ajak aku teman dia makan.
"I tak nak. I nak balik." Aku menolak. Malas melayan.
"Pleaseee...I belum makan lagi hari ini." Hud merayu kepadaku. Dan rayuannya membuatkan aku lemah.
Aku melepaskan keluhan kerana aku kalah. "Hmmm...yalah."
"Thank you love. Jom, naik kereta I." Laju saja Hud mengheret tangan aku menuju ke keretanya. Dia ni, tak takut orang tengok ke? Dah la sekarang ni waktu orang balik.
Aku cuba menarik tanganku tetapi tidak berjaya. Akhirnya aku hanya mengikut langkahnya saja menuju ke kereta.
"You betul ni tak nak order apa-apa? Jangan menyesal pula nanti kalau tiba-tiba perut you lapar." Kali ini sudah masuk kali kedua Hud bertanya kepadaku. Dan aku tetap dengan jawapanku. Aku hanya memesan air.
"I temanku you makan saja. Lagipun I masih kenyang." Sebenarnya aku malas hendak berlama-lama di sini. Aku ingin balik ke rumah dan mandi tetapi terheret ke restoran ini bersama Hud.
Kenapalah aku ni mudah cair sangat dengan rayuan Hud? Susah!
"Yalah." Hud mengalah. Tidak lama selepas itu makanan yang dipesan oleh Hud sampai. Dia mula menjamu selera selepas membaca doa.
Aduh! Terliur pula aku tengok Hud makan. Itulah, tadi tak nak order sangat. Sesekali mata aku melihat ke arah nasi yang dimakan oleh Hud. Harap-harap dia tak perasanlah.
"Hani."
Panggilan Hud mengejutkan aku. Terangkat sikit bahuku.
"Ya. Ada apa Hud?" tanya sedikit geram. Tiba-tiba ingin marah kerana dia membuat aku terkejut.
"Buka mulut." Berkerut aku memandangnya. Tiba-tiba saja suruh aku buka mulut.
"Buat apa?" aku bertanya. Pelik betul dengan perangai mamat sorang ni.
"Buka mulut cepat." Sekali lagi Hud mengarahkan aku untuk membuka mulut.
Melihat renungannya yang menggerunkan itu, cepat-cepat aku buka mulut. Dan sesudu nasi goreng tom yam selamat masuk ke dalam mulut aku. Terkejut dengan tindakan Hud.
"Kunyah nasi tu." Aku mengikut apa yang Hud suruh. Seakan terpukau pula.
"Sampai bila you nak kunyah nasi tu sayang. Takkan tak nak telan." Teguran Hud hampir membuatkan aku tersedak. Nasib baik aku telan cepat-cepat nasi dan menyisip Laici ais.
"Buka mulut lagi." Suruh Hud. Dan aku takkan mengikut arahannya lagi.
"Tak nak. You makanlah. Kenapa nak suap I pula?" Aku sebenarnya risau jika ada mata memandang. Dah la Hud ni ada pangkat Dato. Dan setahu aku, tiada siapa yang tidak kenal Dato' Hud Mukhriz.
"You nak buka mulut atau nak I cium mulut you yang banyak tanya tu? I dah lama tak rasa bibir you yang lembap dan menggoda tu."
"You ugut I?" tajam aku memandang Hud. Cuba melawan matanya tetapi aku kalah.
"Terserah you nak fikir apa pun. Tapi apa yang I cakap, I akan buat. You pun tahukan."
Dalam keterpaksaan aku buka mulut sekali lagi kerana aku tahu Hud memang akan buat apa yang dia katakan. Dia jenis lelaki yang berpegang pada kata-kata.
Hud menyuap aku sekali lagi dan lagi dan lagi sehingga nasi di dalam pinggannya habis. Kami bergilir-gilir makan. Sekali lagi, aku kalah dengan pujukan seorang lelaki yang bernama Hud Mukhriz.
"I hantar you balik rumah terus." Beritahu Hud sebaik saja kami masuk ke dalam keretanya.
"Kereta I?" Takkan esok aku nak pergi kerja naik terksi pula.
"Biarkan di situ. Lagipun kereta you selamat. Security di syarikat I ketat. Tiada siapa yang boleh masuk."
Ya! Aku tak nafikan yang security memang ketat tetapi esok aku nak pergi kerja naik apa, Dato' Hud Mukhriz! Susah dapat bos yang terlebih cerdik ni!
"I know. Tapi pagi esok I nak pergi kerja dengan apa, Dato' Hud Mukhriz?" geram aku dengan lelaki di sebelah aku ni. Kalau ikutkan hati, ingin diketuk saja kepalanya itu tetapi tidak sampai hati pulaS.
"I ambil you pagi esok." Senang Hud memberi jawapan.
"I tak nak susahkan you." Balas aku. Masih lagi cuba untuk memujuknya.
"I lagi susah kalau you tak dengar cakap I, Hani."
Kalau bercakap dengan Hud, memang aku takkan menang. Dia jer yang akan menang.!
"Ish! Yalah!" akhirnya aku mengalah. Penat berperang mulut dengan Hud ni. Dasar diktaktor!
"Jangan lupa kunci pintu rumah tu, Love." Hud berpesan kepadaku. Dia siap keluar dari kereta lagi.
"Risau I nak tinggalkan you sorang-sorang ni. Nak ajak you tidur rumah I, kita bukan suami isteri. Kan senang kalau you terima kembali. Bolehlah I jaga you, love."
Kata-kata Hud ibarat angin yang lalu.
"I boleh jaga diri sendiri. Dah, pergi balik. Apa pula jiran-jiran I tengok you masih ada di depan rumah I."
"Ya. I nak baliklah ni. You pergi masuk rumah dulu. Baru I balik."
Aku mengikut apa yang disuruh oleh Hud. Lagi cepat aku masuk, lagi cepat dia balik. Tak perlu aku berperang mulut dengan dia lagi.
Share this novel