BAB 1

Short Story Completed 12585

Malaysia, 2019.

DENGAN yakin aku melangkah masuk ke syarikat yang gah terletak di bandar Kuala Lumpur. Sangat besar. Hari ini aku akan melapor diri di syarikat baru. Aku bersyukur sangat kerana aku tidak perlu menganggur lama untuk mendapatkan kerja.

"Can I help you miss?" belum sempat aku bertanya, penyambut tetamu di situ terlebih dahulu menyapa aku bersama senyuman manisnya.

"Yes. I want to meet Mrs. Khadijah." Aku memberitahu nama yang perlu aku berjumpa untuk melapor diri nanti.

"51st floor, Miss."

"Thank you, miss."

Aku mengucapkan terima kasih sebelum melangkah ke lift. Nasib baik di dalam lift tidak terlalu sesak. Bolehlah bernafas.

Setibanya di tingkat 51, aku bertanya pekerja di situ.

"Miss Hanina." Seorang wanita berumur 40-an datang menyapa aku.

"Ya, saya," laju aku menganggukkan kepala.

"Saya Puan Khadijah tapi panggil kak Dijah saja." Dengan ramah kak Dijah menyapa aku.

"Baik, kak. Dan panggil saya Hani sudah cukup." Memang itulah panggilan untuk aku sejak dulu lagi. Pendek sudah cukup.

"Baiklah, Hani." Angguk kak Dijah sebelum dia menyambung katanya. "Kita pergi jumpa bos dulu. Selepas itu kak Dijah akan bawa Hani ke bilik Hani ya."

"Baik, kak Dijah."

Aku membuntui langkah kak Dijah menuju ke bilik bos besar iaitu bilik Pengarah Urusan.

Setelah mendapat kebenaran untuk masuk, aku dan kak Dijah masuk ke dalam bilik itu. Hampir terbuntang mata aku apabila melihat bilik Pengarah Urusan yang sangat cantik. Susun atur yang kemas dan cat berwarna putih menampakkan bilik itu ala-ala Inggeris.

"Dato', Miss Hani dah sampai." Suara kak Dijah bagaikan angin yang lalu saja kerana aku terpegun dengan bilik itu. Sangat cantik!

"Jemput duduk, Miss Hani."

Suara garau yang menyapa halwa telinga aku membuatkan konsentrasi aku terganggu. Dan suara itu. Lekas aku berpaling ke arah suara itu.

Hud Mukhriz!

Adakah dia bos aku? Reaksi terkejut aku cuba sembunyi sebaik mungkin memandangkan kak Dijah ada bersama. Aku duduk seperti dipersilakan. Buat-buat tidak kenal. Sama seperti dia tidak mengenaliku.

Wajah terkejutnya cuba disembunyikan. Aku tahu, Hud juga terkejut dengan kehadiranku di situ tetapi sebaik mungkin dia cuba sembunyikan reaksinya itu.

Maka bermulalah soalan yang aku rasa sudah ditanya sewaktu interview tetapi ditanya sekali lagi. Cuma kali ini, pengarah urusan sendiri yang tanya. Dan aku hanya menjawab apa yang perlu saja.

Akhirnya aku menarik nafas dengan lega selepas keluar dari bilik itu. Sangat menyesakkan dada aku.

Kenapa dia harus muncul lagi? Aku tidak berharap untuk berjumpa dengannya lagi.

"Hani okay?" Kak Dijah bertanya kepadaku sebaik saja kami keluar dari bilik pengarah urusan. Mungkin dia perasan yang aku mengeluh.

"Ya. Hani okay saja kak." Aku mengangguk bersama senyuman manis.

"Kalau macam tu, jomlah kak Dijah kenalkan Hani dengan staf di sini. Jangan risau, staf di sini semuanya friendly sebab Dato' tak suka staf-stafnya sombong." Kak Dijah menjelaskan kepadaku sewaktu kami berjalan menuju ke meja-meja staf yang berada di tingkat 51 itu. Dan menurut kak Dijah, di tingkat ini semuanya terletak bilik staf yang mempunyai jawatan tinggi.

"Okay. Ini bilik Hani. Kalau Hani perlukan apa-apa, bagitahu saja kak Dijah. Meja kak Dijah di situ saja."

Kak Dijah menunjukkan bilik kerja aku selepas berkenalan dengan staf di situ. Dan mejanya tidak jauh dari bilik aku. Begitu juga dengan bilik pengarah urusan. Dan untuk menuju ke bilik aku, aku perlu melepasi biliknya terlebih dahulu.

"Baik kak Dijah. Terima kasih." Aku mengucapkan terima kasih kepada kak Dijah sebelum dia berlalu pergi dari situ untuk menyambung kerjanya sebagai PA kepada Dato' Hud Mukhriz.

Ya. Aku baru tahu yang dia sudah mendapat pangkat Dato'. Bertahun kami berpisah, kenapa sekarang aku perlu bertemu dengan dia kembali? Ujian apakah ini?

Aku memulakan tugasku hari ini dengan baik tanpa sebarang gangguan. Walaupun setiap kali aku berhubung dengan kak Dijah, mata Hud sentiasa memerhatikan aku tetapi dia tidak menganggu aku. Tirai di dalam biliknya sengaja di naikkan barangkali.

Tulusly,
HezyR.

I will update slowly but surely will finish all chapter before end of July.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience