BAB 10

Short Story Completed 12585

HUD membawa aku mengadapnya. Memegang kedua belah tangan aku lalu dibawa ke bibirnya. Lama Hud mengucup tangan aku.

"Bie minta maaf love dengan kata-kata hinaan itu. Kerana api cemburu yang beraja di hati, bie sanggup lukakan sekeping hati yang tulus mencintai bie."

Hud memandang mata aku lama. Aku ingin menangis tetapi air mata seakan segan hendak keluar. Hud tahu aku ingin menangis.

Dibawa aku ke dalam pelukannya. Kepala aku melekap di dada bidangnya.

"Lepaskan semua love. You have me."

Selepas mendengar kata-kata Hud, air mata aku tanpa segan silu mengalir keluar membasahi pipi. Aku menangis teresak-esak di dadanya.

"Bie minta maaf dengan semua perbuatan bie pada love selama ini."

Tulus kata-kata maaf Hud yang meniti di bibirnya.

Aku mengesat air mataku. Basah baju Hud dengan air mata aku.

"Hani dah maafkan semua kesalahan bie. Dan Hani tak nak ingat semua itu lagi. Kita mulakan hidup baru ya. Past is past."

"Terima kasih love untuk semuanya. Ya! Kita mulakan hidup baru."

Hud membalas kata-kata ku. Lama kami bertentang mata. Hud menyapu sisa air mataku dan tersenyum manis memandang aku. Lalu dia melabuhkan ciuman di dahiku. Aku memejamkan mata. Menikmati rasa bahagia ini.

"Bie..." aku memanggil Hud. Ingin bertanya sesuatu kepadanya. Tiba-tiba terlintas akan satu soalan.

"Ya, love."

"Bie tak nak tahu ke kenapa Wahid datang jumpa Hani masa tu?" aku memanggung kepala memandang Hud. Ingin melihat reaksinya.

"Kenapa?" Wajah Hud seakan berubah. Haih! Masih lagi cemburu rupanya encik suami.

"Wahid datang minta maaf dengan Hani dengan apa yang dia lakukan sebelum ini. Dia akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan umrah dan dia juga ada minta Hani sampaikan permohonan maaf serta salam pada bie."

Setelah lima tahun berlalu, baru aku berkesempatan menjelaskan semuanya kepada Hud.

"Love...bie minta maaf sebab tak percayakan love masa tu sedangkan love berusaha untuk menjelaskan semuanya kepada bie."

Aku tersenyum mendengar permohonan maaf Hud. Aku faham yang Hud rasa bersalah.

"Dahlah. Tadikan kata nak mulakan hidup baru. Hani cuma hendak beritahu bie saja kenapa Wahid datang jumpa Hani masa tu. Bukan hendak ungkit perkara yang lepas."

Aku tidak mahu Hud terus menyalahkan dirinya. Biarlah, yang lepas berlalu pergi. Aku tidak mampu untuk mengubahnya.

"I love you so much, love."

Ucapan Hud membuatkan aku berasa senang mendengarnya. Inilah yang aku nantikan darinya.

"I love you too, bie." Balas aku dan menjatuhkan kembali kepala ke dada bidangnya. Memeluknya erat.

"Love tak nak tidur ke?" Hud melilitkan tangannya di pinggang aku.

"Bie dah mengantuk ke?" aku tidak menjawab pertanyaan Hud sebaliknya aku bertanya dia kembali.

"Tak mengantuk lagi sebab bie ingat nak ajak love bersenam atas katil. Manalah tahu bulan depan dapat khabar gembira."

Aku yang dapat menangkap maksud Hud terus mencubit perutnya. Perangai miangnya sudah datang kembali.

"Gatal." Komen aku.

Hud meledakkan ketawanya.

"Baguslah love tahu. Jom!" Hud sudah menarik aku ke dalam bilik. Hud menolak badanku jatuh ke atas katil sebaik saja kami berdiri di sisi katil. Terjerit kecil aku dengan tindakannya kerana tidak bersedia.

Hud mula menindih badan aku. Tetapi masih lagi berjarak. Bibirnya mula mencumbui setiap ruang di wajah aku. Aku cuba menolak tetapi Hud tidak mengendahkan.

"Bie..." rengek aku sebaik saja bibir Hud menyapa leher aku. Terasa geli dengan ciumannya itu.

"Love...bie dah tak tahan." Desah Hud. Bibirnya menindih bibir aku lembut. Aku terbuai dengan belaian Hud.

Dan selepas itu aku mendengar Hud membawa sepotong doa sebelum Hud membawa aku melayari cinta kami yang semakin mekar. Semoga mahligai aku dan Hud berkekalan hingga ke akhirnya. Dan semoga hadirnya anak-anak menjadi penyeri kehidupan kami.

*****

SEBULAN menjadi isteri Hud kembali, aku terasa sangat bahagia. Hud sedaya upaya meluangkan masanya bersama dengan aku walaupun setiap hari Hud sibuk. Hud ada meminta aku untuk berhenti kerja tetapi aku tidak mahu. Aku sayang akan kerjaya ku ini. Dan setiap hari aku dapat menatap wajah suami tersayang.

"Love, masuk bilik bie sekejap." Suara Hud melalui interkom menyapa halwa telinga aku.

"Baik, Dato'." Balas aku. Hud memang selamba membahasakan dirinya bie-love dia pejabat. Malah Hud tidak pernah bersikap formal dalam membahasakan dirinya dan juga memanggil aku. Aku pun naik segan bila Hud selamba saja memanggil aku 'love' di depan stafnya yang lain.

Setelah Hud mengizinkan aku untuk masuk, aku menolak pintu pejabat. Hud sedang sibuk membaca report agaknya. Aku duduk di atas kerusi yang terletak di hadapan Hud. Meja yang memisahkan kami.

"Ada apa Dato' nak jumpa saya?" aku memilih untuk bersikap professional.

"Berapa kali bie nak pesan. Jangan panggil Dato'." Hud mengangkat wajahnya memandang aku. Dan aku hanya menayang sengih melihat wajah cemberut Hud itu. Tidak sukalah tu aku panggil dia, Dato'. Hud pernah cakap, dia rasa tua apabila aku menggunakan panggilan tersebut.

"Come here, love." Hud memanggil aku untuk mendekatinya. Pehanya ditepuk setelah dia menjarakkan kerusinya dari meja.

Ragu-ragu pula aku hendak mendekati Hud. Risau Hud menunjukkan perangainya di rumah.

"Sinilah. Bie janji tak buat apa-apa. I just need hug." Jelas Hud apabila melihat aku masih lagi tidak bergerak ke arahnya.

Aku bangun dan menghampiri. Sebaik saja aku berdiri di sisinya, laju saja Hud menarik aku dan terjatuh ke atas ribanya. Tangannya tangkas melingkari pinggang aku. Aku menahan tanganku di dadanya. Biar ada jarak ada antara kami.

"Kenapa ni? Bie ada masalah ke?" soal aku prihatin. Biasanya, bila Hud bertindak manja sebegini, pasti ada masalah yang timbul. Mesti hal syarikat.

"Biasalah. Stress dengan kerja." Balas Hud ringkas. Kepalanya di rehatkan di dadaku.

"Hmmm...bestnya. Lembut." Sengaja Hud menggeselkan kepalanya di dada aku. Terasa geli dengan tindakan Hud.

"Bie, janganlah. Nanti pekerja bie masuk." Aku cuba menolak kepala Hud tetapi tidak berhasil. Malah Hud sengaja mengeratkan pelukannya dan mengeraskan tubuhnya.

"Tak ada siapa berani terjah ruang pejabat bie ni."

Aku mengalah. Membiarkan Hud melepaskan lelahnya. Layan saja manjanya.

"Love..." panggil Hud manja.

"Ya, bie." Aku tunduk memandangnya.

"I have something for you." Aku melihat Hud menarik laci mejanya sebelum mengeluarkan satu sampul dan dihulurkan kepadaku.

"Apa ni?" soal aku dengan dahi yang berkerut.

"Bukalah." Aku mengikut apa yang Hud suruh. Terbuntang mata aku melihat tiket penerbangan ke Mekah dan juga Italy. Mata aku berkaca-kaca memandang Hud.

"For our honeymoon."

Aku memeluk Hud erat. Tanda terima kasih kepadanya.

"Thank you so much, bie."

"My pleasure, love. Nothing important than your happiness." Terharu aku dengan kata-kata Hud. Terasa sangat dihargai.

"I love you so much, husband." Aku menghadiahkan kucupan sekilas di bibirnya.

"Nakal." Hud mencuit hidung aku.

Aku ketawa dengan kata-katanya. Sekali-sekala aku nakal dengan Hud, apa salahnya. Lagipun bukan ada sesiapa di sini.

"I love you too, my lovely wife."

Aku tersenyum mendengar balasan Hud. Aku tahu yang Hud sangat mencintai aku. Kalau tidak, tidak mungkin dia akan memujuk aku untuk kembali kepadanya.

"Jomlah kita pergi lunch. Dah masuk waktu lunch ni." Perut aku sudah lapar sebenarnya. Aku cuba bangun dari riba Hud tetapi Hud sengaja mengetatkan pelukannya di pinggang aku.

"Bie." Aku cuba bangun tetapi pandangan Hud yang tajam dan kuyu itu buat aku rasa tidak sedap hati. Berdebar pula hatiku ini.

"Bie rasa nak jadikan love 'lauk' lunch bie la hari ini." Kata-kata Hud berjaya buat jantung aku mengepam darah dengan laju.

"Bie, janganlah main-main." Aku menepuk dada Hud. Sebenarnya ingin menutupi rasa gelisah itu. Aku tahu, Hud tidak main-main akan kata-katanya itu.

"I'm serius, my love." Suara menggoda Hud kedengaran sangat seksi di telinga aku. Bertambah seksa aku rasakan. Air liur yang ditelan terasa pahit.

Aku cuba untuk bangun dan melarikan diri dari Hud tetapi sebaliknya berlaku. Hud meletakkan aku di atas meja kerjanya. Ditolak segala fail dan kertas yang ada di atas meja itu. Wajah Hud semakin mendekat dengan aku. Aku masih berfikir akan alasan yang hendak diberikan.

Gila, Hud! Takkan di pejabat pun dia nak.

"Errr...bie...pintu bilik you tu tak berkunci." Beritahu aku. Cuba untuk mengelak. Dan aku dengar Hud mendecit tanda geram.

"Stay here. Jangan nak gerak ke mana-mana. Selangkah love bergerak, tak berjalan terus nanti."

Terus Hud meninggalkan aku untuk mengunci pintu pejabatnya.

Telan liur aku mendegar ugutan Hud. Baru saja aku menarik nafas lega selepas melihat Hud menjauhkan dirinya dari aku. Tidak sempat aku bernafas, Hud menghampiri aku lagi. Dan kini, aku tahu yang aku tak boleh lepaskan diri darinya lagi.

Semakin wajah Hud hampir dengan aku, semakin aku rasa gementar. Dan rasa itu hilang sebaik saja bibir Hud menindih bibir aku dengan lembut. Aku pasrah dan rela. Dalam pejabat pun, dalam pejabatlah!

Gila Hud!

Hari ini aku pulang awal. Pukul tiga petang sudah tiba di rumah. Baju aku kotor dan terpaksalah balik awal. Dan ini semua gara-gara Hud. Nasib baiklah pekerjanya tidak pandang pelik pada kami. Kalau tak, malu aku dan terus berhenti kerja rasanya.

"Love, janganlah muncung macam tu. Sorry, bie tak sengaja tadi." Suara Hud tidak putus meminta maaf sejak dari tadi menyapa halwa telinga aku. Perasan agaknya wajah aku yang memuncung dari tadi.

"Hmmm..." hanya itu yang aku balas. Masih lagi geram. Nasib baiklah ada blazer aku yang menutupi baju kemeja aku.

"Alaa...takkan tu saja love balas. Sorry okay. Tak dapat nak kawal tadi. Itulah siapa suruh his...hmmppp."

"Bie!" laju aku menutup mulutnya. Tidak mahu Hud meneruskan kata-katanya itu. Hud ni gila! Tak tahu malu ke cakap macam tu. Naik merah pipi aku menahan malu.

"Okay-okay. Bie tak cakap dah." Aku menarik nafas lega. Akhirnya Hud zip mulutnya. Kalau tak, dari pejabat sampailah di rumah, asyik pot-pet saja.

"But thank you so much. Rasa puas sangat." Dengan nakal Hud memandang aku. Jangan dia goda aku lagi sudahlah. Dah la perut aku sudah berkeroncong.

"Dahlah. Malas Hani nak layan bie. Makin merapu. Hani nak turun masak. Lapar." Aku melangkah meninggalkan Hud yang masih lagi tersenyum. Malas hendak melayan. Kalau aku layan, makin menjadi pula nanti. Baik aku turun memasak. Dapatlah isi perut aku yang tengah berdendang sayang ni.

Done double update. esok pula ya. thank you.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience