BAB 3

Short Story Completed 12585

"HANI!" suara itu membuatkan aku membuka langkahku dengan laju. Tetapi belum sempat aku melangkah masuk ke ruangan ofis aku, tangan aku sudah ditarik menuju ke ofisnya yang terletak tidak jauh dari situ.

"You nak apa lagi, Hud? Kita dah tak ada apa-apa hubungankan?"

Aku meleraikan pegangan tangannya. Boleh jadi gosip kalau orang nampak. Dan kalau hari-hari dia kacau aku, mahunya aku letak jawatan sekarang juga. Panggilan Dato pun sudah tiada kerana Hud mengugut aku hendak menghebohkan kepada semua siapa aku yang sebenarnya. Terpaksalah aku menuruti permintaannya.

"I nak you, love. I nak kita baik semula."

"Love? Jangan pernah panggil I dengan perkataan itu. I benci dengar!" marah aku. Selepas saja kami berpisah, perkataan itu sudah lama lesap dari pendengaranku dan juga fikiran aku.

"Tapi I suka panggil you macam tu. Dan bukankah you juga suka." Sengaja dia mengungkit kisah lama di depan aku.

"Itu dulu. Dan cinta itu dah lama mati selepas you ceraikan I." Aku cuba untuk menyakitkan hatinya tetapi kenapa hati aku yang sakit?

"I masih cintakan you, Hani!" Hud meluahkan rasa cintanya kepada aku. Dan kenapa aku perlu rasa berdebar seperti dulu?

"Boleh pergi matilah dengan cinta you tu. Cinta I pada you dah lama mati. Sama seperti anak I yang mati." Jerit aku. Aku sudah tidak tahan lagi.

"Anak?"

"Ya. Anak yang you tak pernah tahu kewujudannya, Hud Mukhriz!"

"Kenapa you tak beritahu I semua itu Hani?" Hud mencengkam lengan aku. Aku cuba untuk meleraikan tetapi tidak berhasil.

"Beritahu you? Untuk apa? Sama ada I beritahu atau tidak, you tetap akan pilih untuk tinggalkan I kerana betina tu." Semakin membara marah aku padanya.

"I'm sorry, Hani."

"Kalau maaf you dapat mengembalikan anak I yang mati itu, dah lama I maafkan you, Hud! Tapi I tak mampu. Bersama you, hanya luka yang I dapat."

Aku nampak Hud terkejut dengan kata-kata aku. Dan aku nampak dia terluka. Tetapi kenapa hati aku tidak puas? Malah aku juga turut terluka.

"Hani, I'm so sorry!" Hud merayu kepada aku.

"Stop it, Hud! Maaf you tak memberi apa-apa makna pada I."

Aku ingin berlalu pergi tetapi Hud menahan. Dia menarik aku ke dalam pelukannya.

"Lepaskan I, Hud!" aku meronta di dalam pelukannya.

"No. I takkan lepaskan you sampai bila-bila." Semakin erat pelukannya dan membuatkan aku sesak nafas.

"Hud, please... I tak boleh nak bernafas ni." Aku merayu lagi kepadanya. Dan barulah aku merasa sedikit longgar pelukannya. Saat itulah aku cuba untuk meleraikan pelukannya tetapi tidak berhasil.

"Ya Allah, Hud! Apa Hud buat ni?" suara wanita separuh umur menjerit memenuhi gegendang telingaku. Dan ketika itu pelukan Hud terlerai dan aku mula menjauhkan diri daripadanya.

"Mummy." Hud memanggil wanita yang berumur 50-an itu dengan panggilan 'mummy'. Aku tahu, itulah ibunya. Wanita yang pernah menjadi ibu mertuaku walaupun aku tidak pernah bertemu dengannya. Dan mungkin dia juga tidak tahu yang aku pernah menjadi menantunya.

"Kalau dah tak sabar sangat nak kahwin, beritahu mummy. Biar mummy pinangkan."

Okay. Sebelum keadaan bertambah rumit, lebih baik aku betulkan keadaan dan angkat kaki dari sini.

"Errr... Puan Sri, jangan salah faham. Sebenarnya saya ni..."

"She's my ex-wife, mummy. She's Hanina Anastasyia. Orang yang mummy nak jumpa sangat."

Terkejut besar aku dengan pengakuan berani mati Hud. Dia mengaku yang aku ni bekas isterinya di depan ibunya? Huh! Memang cari pasal.

"Hanina? Ya Allah, dah lama mummy nak jumpa tapi tiada rezeki." Wanita separuh abad itu mula mendekati aku. Dan aku sedikit teragak-agak untuk menyambut hulurannya.

"Maafkan, mummy Hanina. Kalau mummy tahu yang Hud dah kahwin, mummy tak akan paksa dia pulang ke Malaysia."

"Bukan salah Puan Sri. Saya yang salah sebab terjatuh cinta pada anak Puan Sri. Saya minta maaf." Tiada niat di hati aku hendak menyindir tetapi itulah kenyataannya. Kalau aku tidak terjatuh cinta pada Hud, tak mungkin perkara ini berlaku.

"Tak. Bukan salah Hanina tapi mummy yang salah. Balik semula kepada Hud ya."

Permintaan yang sangat sukar untuk aku tunaikan.

"Maaf, Puan Sri. Ada wanita yang lebih baik dan layak untuk berdamping dengan Hud. Saya hanya anak yatim piatu saja. I don't deserve him. Sepatutnya perkara ini yang saya perlu sedar dari awal lagi. Saya minta diri dulu."

Aku berpaling ke arah Hud sebelum melangkah ke arah pintu keluar dan aku nampak dia tergamam dengan kata-kata aku. Mungkin tidak sangka yang aku akan ulang kembali kata-katanya kepadaku.

"Hanina, youlah wanita yang terbaik yang pernah I jumpa dan miliki. Bukan yang lain."

Langkah aku terhenti di depan pintu kayu itu. Aku pejamkan mata dan kumpulkan kekuatanku sebelum berpaling.

"Jika dua tahun yang lepas kata-kata itu you berikan, I lah wanita paling gembira. Tapi sayang, you dah bunuh perasaan I dengan kata-kata hinaan you. Yes, I don't deserve you because I'm a bad woman."

Tanpa berpaling lagi, aku melangkah keluar dari bilik itu. Cukuplah. Hati dah cukup terluka.

Selepas kes itu, sehabis mungkin aku cuba mengelak dari berjumpa dengan Hud kecuali pada waktu mesyuarat. Perkara itu tidak dapat dielakkan lagi. Tetapi Hud tetap berusaha untuk mendekati aku. Bukan aku tidak perasan dia berusaha mencari peluang untuk berdua-duaan dengan aku. Dan nasib baik aku dapat mencipta alasan yang munasabah untuk mengelak dari terus bersemuka dengannya.

"Hanina." Aku kenal suara yang memanggilku tetapi sengaja aku tidak memberhentikan langkahku.

"Hanina." Sekali lagi suara itu memanggil nama aku tetapi aku tidak hiraukan.

"Hanina Anastyia. Stop! Or you will regret it." Terasa gerun apabila Hud menyeru nama panjang aku dan suara itu mengugut aku supaya berhenti tetapi aku tetap degil dan meneruskan langkah aku. Semakin laju.

"Aaaa..." belum sempat aku melangkah masuk ke dalam kereta, terasa badanku melayang tinggi. Aku pejam mata. Dan saat merasakan tubuhku diletakkan di atas kerusi, terus aku membuka mata.

Terbuntang mataku apabila melihat aku berada di dalam kereta Hud Mukhriz. Ke mana dia nak bawa aku pergi ni?

"You nak bawa I pergi mana Hud? Lepaskan I Hud!" pintaku dengan nada yang keras.

"Bawa you lari dari sini." Kata-kata Hud membuatkan aku berasa takut. Serius saja mukanya.

"You jangan nak bergurau. Hentikan kereta!" rayuku. Sedar yang kekerasan tidak akan menyelesaikan masalah.

"No. I tak akan berhentikan kereta ni. You milik I Hanina!" Jerit Hud lantang. Terkejut dan aku menikus di tempat duduk penumpang di hadapan. Tidak pernah Hud semarah ini. Tidak berani aku hendak melawannya lagi.

Aku hanya diam sepanjang perjalanan yang aku sendiri tidak tahu ke mana Hud hendak bawa aku. Jangan dia culik aku betul-betul sudahlah.

Hampir satu jam perjalanan termasuk dengan jalan yang sesak, akhirnya kami tiba di destinasi. Sebuah rumah agam yang aku sendiri tidak tahu milik siapa. Aku memandangnya di sisi dengan penuh tanda tanya tetapi hanya wajah yang bersahaja Hud tayangkan.

"You bawa I datang rumah siapa ni Hud?" akhirnya aku bersuara kerana beribu persoalan yang bermain di benak fikiranku.

"Rumah keluarga I. Mummy nak sangat jumpa you selepas kejadian hari itu." Jawapan Hud membuatkan aku panas hati dan tidak senang duduk. Kenapa perlu bawa aku sampai ke sini. Kalau boleh aku tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan Hud atau keluarganya lagi.

"Untuk apa you bawa I ke sini Hud? I rasa kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi kan?" soal aku sedikit keras.

"I nak kenalkan you dengan keluarga I." Jawab Hud ringkas. "Dan Hani, I nak kita mula semula hubungan kita." Permintaan Hud sangat sukar untuk aku tunaikan.

"You nak tahu tak Hud, betapa susahnya I nak lupakan you selepas you tinggalkan I. Selepas you mungkiri janji-janji you pada I, semudah ini you minta I balik pada you. You tahu tak yang I sangat tersiksa, kecewa dan sedih. Lagi-lagi selepas I kehilangan anak I tetapi you mana? You berseronok dengan wanita pilihan keluarga you."

"I minta maaf Hud. I memang tak mampu nak terima you balik. Hati I sakit sangat Hud!"

Akhirnya perasaan yang aku pendam sekian lama terluah jua. Dan hari ini, aku tidak malu untuk menangis di depan Hud.

"Hani... maafkan I. I tahu, salah I pada you terlalu banyak."

Aku menarik nafas sebelum bersuara. "I maafkan you Hud tetapi untuk lupakan apa yang you buat pada I, ambil masa Hud."

Aku nampak Hud menarik nafas lega selepas aku memaafkannya. Dan aku hati turut berasa lega selepas memaafkannya.

"I tahu, I telah menyaikiti hati you tetapi I takkan berhenti untuk mengejar cinta you kembali, Hani. I tahu you masih sayangkan I." kata-kata balasan Hud membuatkan aku tersenyum sinis.

"Mampu ke you sambungkan balik hati yang dah berkecai?" soalan aku membuatkan Hud tersentak. Tidak menyangka aku akan bertanya soalan sebegitu barangkali.

"I sanggup sambungkan balik serpihan hati you yang dah berkecai walaupun mengambil masa yang lama dan sudah tidak sama seperti dulu, I rela kejar you daripada cari yang lain. Sebab hati I kuat mengatakan yang you masih cintakan I."

"Yakinnya you." Kata-kata Hud betul. Rasa itu datang kembali setiap kali Hud ada dekat dengan aku. Aku cuba buang dan benci Hud tetapi aku tak mampu. Yang aku dapat hanya sakit.

"Mestilah. Sebab you tak mampu untuk pandang mata I lama-lama." Memang betul! Aku tak mampu untuk pandang matanya lama kerana aku takut, aku akan terpujuk dengan kata-katanya. Ah! Cepat sangat cair kau ni, Hani!

"Sebab pandangan you tajam sangat." Aku memberi alasan.

"Alasan." Ya. Memang alasan pun.

"Dah, jom kita keluar. Mummy dah tunggu you tu." Hud menunjukkan ke arah pintu masuk rumah agam yang mewah itu. Benar, mummy Hud sedang menunggu di situ.

Aku melepaskan keluhan perlahan. Aku memang tidak punya pilihan lain.

"Baik. I akan keluar tapi you kena hantar I balik sebelum maghrib."

Aku tidak mahu berlama-lama di sini. Risau aku akan termakan pujuk rayu mummy Hud pula.

"Okay. I janji." Aku pegang janji Hud.

Aku membuka pintu kereta Hud dan melangkah keluar dari perut kereta mewah itu. Aku tidak sangka Hud sekaya ini. Aku menghampiri mummy Hud yang tersenyum menanti aku di ambang pintu masuk.

"Assalamualaikum, Puan Sri." Aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan wanita itu.

"Waalaikumussalam. Tak payah panggil Puan Sri. Panggil mummy saja." Suruh mummy Hud tetapi aku kekok. Mummy Hud memeluk aku. Terkejut tetapi cepat-cepat aku kawal tidak mahu mummy Hud terasa.

"Jom kita masuk." Mummy Hud menarik tangan aku masuk ke dalam rumah itu. Terpegun aku saat kali pertama masuk ke dalam rumah agam milik keluarga Hud. Cantik sangat hiasan dalamannya. Susun atur perabot sangat kemas.

"Jemput duduk Hanina." Aku melabuhkan duduk di atas sofa kulit berangkai dua. Aku menghadiahkan senyuman kepada mummy Hud sebaik saja wanita itu duduk di sebelah aku. Dan Hud sudah menghilang ke mana, aku sendiri pun tidak tahu. Biarlah dia. Jangan dia tinggalkan aku di sini sudah la.

"Terima kasih kerana sudi datang ke rumah mummy. Mummy minta maaf kalau Hud yang paksa Hanina datang sini." Macam tahu-tahu saja yang anak lelakinya memang memaksa aku datang sini. Siap ugut nak bawa aku lari lagi. Nak saja aku buka mulut tetapi malas hendak membesarkan isu yang kecil ini.

"Ada apa Puan Sri...errr...mummy nak jumpa Hani?" Tersasul. Kan aku dah kata yang aku rasa kekok untuk memanggil Puan Sri ni mummy.

"Mummy nak minta maaf dengan apa yang berlaku sebelum ini."

"Benda dah lepas mummy. Hani pun dah lupakan." Kalau boleh, aku tidak mahu ingat lagi perkara yang lepas. Aku sudah maafkan dan melupakannya tetapi parut luka masih lagi berbekas di hati. Terlalu dalam torehannya.

"Mummy tetap nak minta maaf juga. Semua ini salah mummy. Kalau mummy tak paksa dan ugut Hud untuk balik ke sini, semua ini takkan berlaku. Waktu itu mummy pentingkan diri sendiri. Mummy cuma ingin selamatkan syarikat hampir muflis. Dan mummy tak tahu Hud sudah berkahwin waktu itu. Kalau mummy tahu, mummy tak akan paksa Hud untuk pulang dan mummy akan cari jalan lain untuk selamatkannya."

Aku tidak tahu hendak memberi reaksi apa. Aku hanya mendengar cerita mummy.

"Lepas Hud kahwin sebulan, baru mummy tahu yang dia dah kahwin dengan Hani sebelum ini. Dan semuanya sudah terlambat apabila Hud memberitahu mummy dia sudah ceraikan Hani. Perkahwinan Hud dengan Liyyan tidak tahan lama. Tidak sampai setahun, ,ereka bercerai kerana tiada persefahaman. Dan Liyyan kahwin lain selepas mereka bercerai."

Aku masih lagi diam kerana aku tahu masih ada yang mummy ingin ceritakan. Mummy menyambung ceritanya kembali.

"Empat tahun Hud menderita kerana rindukan Hani. Mummy sedih melihat Hud seperti itu. Mummy suruh Hud cari Hani tapi Hud kata Hani tidak tinggal lagi di rumah mereka itu. Mummy sangat-sangat menyesal."

Ya! Memang aku sengaja berpindah keluar dari rumah itu. Walaupun Hud tidak mengusir aku keluar dari situ tetapi aku memilih untuk tidak terus menetap di situ. Biarlah aku mencari rumah yang lain. Aku rela daripada terus dihantui kenangan yang menyakitkan.

"Hud masih cintakan Hani. Terima Hud kembali ya."

Kata-kata pujukan mummy mengembalikan aku ke alam nyata. Entahlah. Aku sendiri sedang keliru dengan perasaan aku. Apabila aku ingat kembali akan kenangan lalu, aku jadi takut untuk terima Hud kembali kerana aku takut terluka lagi.

"Mummy...Hani tiada jawapan untuk permintaan mummy itu. Dan Hani minta maaf, Hani tak mampu. Cukuplah derita yang Hani tanggung selama empat tahun sendirian."

Jujur aku katakan, aku tidak sanggup hendak melukakan hati mummy kerana aku mendengar ceritanya tadi, memang Hud langsung tidak memberitahu mummy tentang aku. Aku tahu, tika itu aku memang bukan yang utama di dalam hati Hud.

"Hani..."

"Maaf, Puan Sri, makanan bibik udah hidangkan."

Suara bibik datang menyampuk dari belakang menghentikan kata-kata mummy. Aku tahu yang mummy ingin memujuk aku lagi. Nasib baik bibik datang mencelah. Lega!

"Jomlah kita makan. Mummy ada bakar kek tadi." Mummy mengheret aku ke ruang makan. Ketika aku masuk ke ruang makan bersama aku, seorang wanita dan lelaki yang berumur dalam linkungan 20-an sedang menunggu di meja makan.

"Awal turun hari ini." Mummy bersuara.

"Laparlah mummy. Bau kek yang mummy buat ni, sedap sangat. Sampai ke atas." Wanita itu membalas. Dia melihat ke arah aku yang berdiri kaku di sebelah mummy. Aku menghadiahkan senyuman buatnya. Nasib baik dia balas.

"Siapa ni mummy?" wanita itu bertanya kepada mummy.

"Oh! Lupa mummy nak kenalkan. Inilah Hanina. Kakak ipar Huda dan Haq." Mummy sepatutnya memperkenalkan aku sebagai bekas kakak ipar. Bukannya kakak ipar.

"Cantiknya. Macam manalah abang Hud tu boleh buta mata tinggalkan perempuan secantik ini." Wanita yang bernama Huda itu bangun dan meluru ke arah aku. Selamba badak saja dia mengutuk abangnya.

Zaman sekarang ni, tidak kira wajah cantik atau tidak. Kalau memang lelaki itu hendak tinggalkan wanita, dia tinggalkan. Kerana cantik atau tidak, tidak menjamin bahagia. Hanya kesetiaan yang menjamin kebahagiaan.

"Hi, kak Hani. My name is Huda Munirah. Panggil Huda saja. Umur 23 tahun. Anak bongsu kesayangan mummy dan adik kesayangan abang Hud dan abang Haq."

Dia bersalam dan memeluk aku. Mesra dan cantik orangnya. Dan aku melihat lelaki yang bernama Haq menjulingkan mata ke atas selepas mendengar ayat terakhir Huda.

"Nama akak Hanina Anastasyia." Aku membalasnya.

"Ni ada sesi perkenalan ke apa?" aku kenal sangat suara yang tiba-tiba datang menyampuk. Tiba-tiba saja muncul di situ.

"Eee...sibuk saja abang ni!" Huda membentak.

"Dah. Jangan nak gaduh. Jom kita minum petang. Sejuk pula air tu nanti." Cepat-cepat mummy mencelah. Tidak mahu tercetus pergaduhan barangkali kerana mengikut pengamatan aku, memang akan tercetus pergaduhan nanti.

Petang itu aku minum petang bersama dengan keluarga Hud. Banyak cakap betul bekas adik iparnya ni. Huda dan Haq sama naik. Macam-macam soalan ditanya aku. Dan selamba pula tu mengutuk Hud. Tetapi aku melihat Hud hanya melayan saja. Sudah masak dengan perangai adik-adiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience