WARNING: A MATURED LANGUAGE ARE USED IN THIS CHAPTER. SO, IF YOU ARE NOT 21 AND ABOVE, PLEASE DON'T READ. AND IF YOU ARE NOT COMFORTABLE WITH IT, PLEASE SKIP THAT PART. TQ
ps: Hud being naughty a bit. hahaha
AKU menjatuhkan kepala di birai katil Hud. Hud masih belum lagi sedar. Dari tadi aku menanti tetapi dia masih memejamkan matanya. Dalam menahan kantuk, akhirnya aku terlena di situ. Aku terasa ada tangan yang mengusap kepalaku yang ditutupi dengan tudung. Aku buka mata dengan perlahan.
Saat aku menegakkan kepala aku, aku melihat Hud sedang memandang aku.
"You dah sedar, Hud! I panggil doktor." Aku menekan butang yang terletak di kepala katil Hud.
Selepas doktor membuat pemeriksaan dan memberitahu keadaan Hud baik, aku menarik nafas lega. Aku menghampiri Hud yang dari tadi tidak lepas memandang aku.
"You nak apa-apa ke Hud?" aku bertanya kepadanya.
"Tak nak. I cuma nak you saja. Stay dengan I." Pinta Hud.
"I ada dengan you kan ni. Tak pergi mana-mana." Aku membalas.
"Maksud I, hidup dengan I selamanya. Will you marry me again, Hanina Anastasyia?"
Hud sedang melamar aku ke?
"Yes, Hud. I will marry you dan stay with you until my last breath." Jawab aku tanpa ragu.
"Are you sure, Hani?" Hud seakan terkejut dengan jawapan aku.
"Yes. Very sure. I dah maafkan you. Dan I dah buat keputusan untuk terima you kembali," ujarku. Akhirnya aku dapat memberitahu Hud yang sepatutnya aku beritahu dia petang tadi.
"Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Doa I selama ini, Allah makbulkan." Hud mengucap syukur. Gembira kerana Hani menerimanya kembali.
Aku tersenyum melihat gelagat Hud. Sudah lama aku tidak melihat wajah gembiranya seperti sekarang.
"Jadi, inikah berita gembira yang you nak beritahu I tadi?" soalan Hud mengingatkan aku akan pesanan whatsapp yang aku hantar kepadanya tadi.
"Ya." Aku menganggukkan kepala tanda mengiakannya.
"Oh! I really want to hug you right now, love! Tapi tak boleh." Hud memuncung. Sedar akan batas kami. Masih lagi ada halangan.
"Sabarlah. Lepas you keluar hospital ni, kita kahwin ya." Aku memujuknya.
"Okay love." Senyuman Hud sangat manis ketika ini.
"Hani...i nak pergi toilet."
Aku membantu Hud berjalan ke tandas sambil memegang botol air. Iv drip masih lagi terletak di kekura tangannya. Selepas menganggutungkan botol air itu, aku ingin berlalu keluar dari situ tetapi ditahan oleh Hud.
"You nak ke mana tu love?"
"Keluarlah. I takkan nak tengok you buang air pula. Tak malu ke?" sengaja aku hendak mengusik dia.
"I lagi suka you tengok I buang air. Lagipun bukannya you tak pernah tengok sebelum ni, love. Sama macam dulu. Cuma besar sikit saja. Maybe you akan rasa senak nanti masa first night kita." Nakal!
"Hud Mukhriz! Apa yang you merepek ni!" terus aku keluar dari tandas. Sengaja aku tutup pintu kuat. Geram! Wajah aku sudah terbakar kerana malu.
Dan kedengaran ketawa sumbang Hud. Sukalah tu dapat kenakan aku. Aku kunci dalam tandas baru tahu.
"Love, I dah siap ni." Panggil Hud.
Aku menghampiri pintu tandas dan membukanya sedikit demi sedikit. Menjengukkan kepada dulu. Manalah tahu Hud tipu aku. Bukan aku tidak pernah kena dulu.
"Yang you terjenguk-jenguk tu kenapa love. I tak bogel. Jangan risau." Selamba Hud berkata-kata.
"You nak I kunci you dalam ni ke, Hud?" soal aku dengan geram. Aku berjalan ke arahnya dan memimpin dia keluar dari tandas.
"Garang! I like! You know love, you nampak sangat seksi bila you marah." Komen Hud selamba.
"You dah sihatkan. Kalau macam tu I dah boleh baliklah." Aku berura-ura hendak keluar.
"Aduh! Sakitnya kepala I." Aku tahu Hud sedang berlakon. Dia sedang memegang kepalanya yang berbalut.
"Padan muka!" ujar aku geram!
"Sampai hati you, love." Muncung Hud. Sedapa. Merajuklah tu.
Dia menjatuhkan badannya di atas katil. Tidur membelakangi aku. Dia dah mula dah tunjuk perangai lamanya itu. Aih! Hud. Nasib baik aku sayang. Kalau tak, aku biarkan saja.
"Hud!" panggil aku. Tetapi dia buat tidak endah saja.
"Hud sayang..." panggil aku lagi. Kali ini dengan pakej suara lembut plus merengek. Sengaja hendak menggoda Hud.
Terus Hud berpaling ke arah aku.
"You jangan buat suara macam tu, love. Kita belum halal lagi ni. Your voice make me want to make love with you right now."
"Hud!" aku menepuk bahunya yang berlapik baju itu. Merah muka aku kerana malu.
Dan Hud gelak kuat. Suka betul dia dapat kenakan aku lagi.
"But seriously, you jangan nak goda I. Dah lama bil air I ni tak berbayar, love."
Kata-kata Hud buat muka aku semakin merah. Aku faham apa yang Hud maksudkan. Dulu pun dia pernah berkata sebegitu setiap kali dia ingin meminta aku untuk melaksanakan tanggungjawab aku sebagai isterinya.
"Eeee...Hud, apa yang you merepek ni!" aku memarahinya kerana aku malu. Tak suka apabila Hud dirty talk.
"Okay-okay. I tak cakap dah. Sekarang ni, I nak rehat." Hud membetulkan tubuhnya supaya selesa. Aku menarik selimut Hud.
"Tidurlah. I tahu you penat."
"You tidur mana love?" tanya Hud kepadaku.
"I tidur atas sofa tu." Aku menunjuk ke atas sofa yang tidak jauh dari katilnya.
"Selesa ke tak? I nak ajak you tidur satu katil dengan I pun, kita tak halal lagi."
Aku terharu apabila Hud lebih risaukan aku berbanding dirinya yang sakit itu. Aku tersenyum sebelum membalas kata-katanya.
"You tak payah nak risaukan I. I okay. You rehat jer, okay. Dah, tidur! I dah mengantuk ni."
Aku menyuruhnya tidur. Aku tahu dia perlukan rehat.
"Okay. Good night, love!"
Nasib baik dia tidak banyak cakap. Kalau tak, aku sumbat juga mulut dia dengan kain selimutnya itu.
"Good night too, Hud. Sweet dream."
Aku melangkah ke arah sofa dan menutup lampu sebaik saja Hud memejamkan matanya. Hud tidak suka tidur dalam cerah. Dan aku pun tidak suka tidur dalam cerah.
Share this novel