BAB 7

Short Story Completed 12585

SEBULAN selepas Hud keluar dari hospital dan sembuh sepenunya, aku sibuk menguruskan hal perkahwinan kami. Kalau ikutkan Hud, selepas saja dia keluar dari hospital, nak nikah terus dengan aku tetapi aku membantah kerana ingin dia sembuh sepenuhnya. Tidak mahu dia sakit lagi.

Dan permintaan dari mummy Hud membuatkan aku tersepit. Bakal ibu mentua aku ingin membuat majlis. Pada mulanya aku tidak setuju tetapi dengar rayuan mummy Hud membuatkan aku lembut hati. Kata mummy, dia ingin mengadakan majlis kerana sebelum ini, aku berkahwin dengan Hud tanpa pengetahuannya dan tiada sebarang majlis berlangsung. Mahu atau tidak, terpaksa aku mengalah.

"Love." Panggilan Hud menyentak lamunanku.

"Ya, Hud. Kenapa?" aku berpaling ke arah Hud yang duduk tidak jauh dari aku. Hari ini kami keluar untuk mencuba baju pengantin yang telah ditempah khas oleh mummy Hud.

"Jauh you termenung. Kenapa? You ada masalah ke?" soalan Hud membuatkan aku mengukir senyuman. Hud betul-betul mengambil berat tentang aku. Sama seperti dulu. Seorang lelaki yang penyayang dan juga caring. Dan kerana itulah aku jatuh cinta padanya.

"Nothing, Hud. Cuma teringat akan majlis kita minggu depan."

Macam tidak percaya pula yang aku dan Hud bakal bersatu sekali lagi minggu depan.

"Tak payah fikirkan sangat. Lagipun mummy dah hire wedding plannerkan." Kata-kata Hud ada betul juga. Semua persiapan perkahwinan kami, mummy yang uruskan. Aku hanya membantu apabila perlu sahaja.

Aku mengukir senyuman buat Hud sambil menganggukkan kepala. Tanda setuju dengan kata-katanya.

"Dah, jomlah kita ke butik aunty Kat. Dah lambat ni." Hud mengajak aku untuk butik pengantin milik kawan mummy. Kami menuju ke butik aunty Kat yang terletak di Damansara.

Selesai memcuba baju pengantin, Hud mengajak aku untuk mengambil cincin yang ditempah khas olehnya. Aku sendiri tidak tahu bila Hud menempah cincin tersebut sedangkan dia tidak sihat selama ini.

Sebentuk cincin emas putih yang bertakhtak berlian dikeluarkan oleh pekerja Habib Jewels dan dihulurkan kepada aku. Sangat cantik.

"Cubalah." Hud menyuruh aku mencuba cincin itu. Aku menyarungkan di jari manis aku. Muat. Pandai Hud agak saiz aku.

"Dari mana you tahu saiz cincin I?" mata aku memandang Hud sekilas sebelum menilik cincin yang terletak di jari manisku itu. Berkilau.

"Sebelum inikan I pernah beli cincin untuk you, Hani." Kata-kata Hud membuatkan aku ingin menepuk dahi. Terlupa pula yang Hud pernah beli cincin untuk aku dulu. Cincin nikah yang aku sendiri lupa di mana aku simpan. Sayang hendak buang memandangkan cincin tersebut merupakan cincin emas.

"Ambil yang ini ya. Satu set."

Aku menyerahkan cincin tersebut kepada pekerja tersebut.

Kami pulang ke rumah setelah selesai urusan tersebut. Aku mengajak Hud pulang kerana sudah letih mengikut dia keliling mall. Sejak bila Hud jadi kaki shopping, aku sendiri pun kurang pasti. Dulu tak ada pula dia minat shopping. Bila aku mengajak dia untuk menemani aku, awal-awal lagi dia tolak.

"Jumpa minggu depan."

Ujar aku sebaik saja keluar dari keretanya. Aku meminta Hud untuk mengantar aku terus ke rumah memandangkan hari sudah pun gelap. Sebenarnya aku malas hendak bermalam di rumah keluarga Hud. Pasti mummy Hud tidak akan melepaskan aku untuk pulang ke rumah dan meminta aku bermalam di sana.

"Okay, love. Take care." Hud membalas dan menunggu aku masuk ke dalam. Selepas aku menutup pintu rumah, barulah keretanya bergerak. Masak sangat dengan perangainya yang terlebih risau itu.

*****

HARI INI, hari di mana aku dan Hud disatukan. Rasa gementar, takut dan gembira bercampur baur. Kami disatukan di masjid Putrajaya. Itu permintaan aku. Memandangkan kedua-dua ibu bapa aku sudah tiada dan hanya abang aku sahaja yang ada di sini, juga saudara-mara yang terdekat, aku membuat permintaan untuk dinikahkan di masjid.

Dan majlis nanti akan diadakan di hotel Marriott Putrajaya. Majlis akan bermula pada waktu Zuhur. Rakan-rakan perniagaan dan juga pihak media dijemput sekali. Aku membantah kerana tidak mahu majlis besar-besaran diadakan tetapi Hud bertegas untuk menjemput yang lain. Hud ingin memperkenalkan aku pada umum dan tidak mahu menyorokkan hubungan kami.

Pada mulanya mummy Hud ingin melangsungkan pada waktu malam tetapi aku dan Hud tidak bersetuju. Kata Hud, dia ingin berehat. Dan aku tidak mahu kerana majlis akan habis lambat dan badan pasti letih.

"Aku terima nikahnya Hanina Anastasyia Binti Azam dengan mas kahwinnya 40 ringgit tunai."

Dengan sekali lafaz, aku sah menjadi milik Hud kembali dengan berwalikan abang kandungku. Aku tersenyum memandangkan mummy Hud yang kini sudah menjadi ibu mentuaku dan juga Huda, adik iparku.

"Tahniah kak Hani." Huda memeluk aku erat sambil mengucap tahniah kepadaku. Begitu juga dengan mummy. Aku gembira kerana diterima baik oleh keluarga Hud. Malah saudara-mara Hud yang lain juga menerima aku dengan baik.

Hud mengajak aku untuk solat sunat bersama dengannya. Dan aku bangun dari situ menuju ke arahnya yang sedang menanti aku untuk menunaikan solat sunat bersama dengannya. Aku suka dengan perubahan Hud yang ini. Mengutamakan solat.

Selesai menunaikan solat, aku kembali ke tempat di mana mummy dan yang lain berada. Aku duduk bersimpuh di antara mummy dan Huda untuk upacara pembatalan air sembahyang.

Terasa berdebar hatiku sebaik saja Hud berlutut di depan aku. Aura Hud sangat kuat. Rasa yang sama saat pertama kali aku dan Hud disatukan lima tahun yang lalu. Aku mengukir senyuman buat Hud untuk menghilangkan rasa gementara.

"Sejuknya tangan."

Komen Hud sebaik saja dia menyentuh tangan aku untuk menyarungkan cincin. Dan aku hanya tertunduk malu mendengar kata-katanya itu.

Tenang aku rasakan saat bibir Hud menyentuh ubun-ubun aku. Aku menutup mata. Silauan kamera tidak berhenti mengambil gambar kami. Nasib baik untuk majlis pernikahan ini, Hud tidak menjemput pihak media. Dan hanya untuk ahli keluarga terdekat sahaja.

Aku tunduk mengucup kekura tangannya. Hatiku terasa sedikit sebak. Dulu, tangan itulah yang selalu aku kucup dan tidak sangka, hari ini aku bisa mengucup lagi tangan ini. Terima kasih Ya Allah untuk segala nikmat ini.

Hud menghadiakan senyuman buat aku saat mata kami bertembung. Aku membalas senyuman itu. Sudah lama aku tidak melihat senyuman manis Hud itu. Suatu ketika dahulu, senyuman itulah yang selalu aku angaukan dan igaukan. Ternyata senyuman manis Hud itu masih lagi menjadi milik aku.

"Terima kasih love kerana memberi peluang kedua kepada bie untuk menjadi suami love lagi."

Ucap Hud seraya mengucup kedua tangan aku. Ketika itu kami sedang bergambar di perkarangan masjid putrajaya.

"Sama-sama. Dan terima kasih juga kerana masih setia menunggu Hani walaupun setahun Hani menolak bie. Tidak jemu untuk memujuk Hani."

Balas aku. Agak kekok untuk memanggil Hud dengan panggilan 'bie' memandangkan sudah lama aku tidak menggunakan perkataan itu. dan aku lebih selesa membahasakan diriku Hani berbanding love. Rasa segan dan malu.

"Mestilah tak jemu. Love saja yang bie cinta dan sayang. And only you my honey. Not other woman."

Aku mencebik sebaik saja mendengar ayat-ayat manis yang keluar dari mulut Hud. Masih sama, still the sweet talker. Macam mana aku tak jatuh cinta padanya.

"Sweet talker." Komen aku.

Hud ketawa mendengar komen aku dan mengiakan kata-kata aku itu.

"Of course. If not, my love will not fall for me." Hud mengenyit mata kepada aku membuatkan aku tersipu malu. Hud ni pun, depan orang nak bersweet dengan aku.

"Jomlah, kita balik. Mummy dah panggil tu." Ajak aku. Dan kebetulan mummy memanggil kami untuk pulang memandangkan majlis persandingan bakal berlangsung tidak lama lagi. Kami akan terus ke hotel dan bersiap di sana. Mummy sudah menempah bilik di sana.

Setibanya di hotel Marriott Putrajaya, Hud membawa aku menuju ke bilik hotel yang sudah di book oleh mummy. Malah mummy sempat meninggalkan pesanan yang membuatkan rona wajah aku menjadi merah kerana malu. Manakala Hud selamba ketawa dengan kata-kata mummy dan membalas pesanan mummy.

"Jangan nak buat macam-macam ya Hud. Ingat, majlis lepas Zuhur."

"Apa salahnya kalau buat macam-macam. Dah halal pun mummy. Mummy juga nak cucu cepatkan."

Dan mummy hanya menggelengkan kepala dengan kata-kata Hud itu.

"Apa cakap macam itu depan mummy." Marah aku. Sebenarnya aku malu dengan gurauan itu. Manalah tahu Hud betul kotakan kata-katanya itu. Aku kenal Hud tu macam mana.

"Biarlah. Memang dah halal dan bebas nak buat apa-apa kan." Hud mengangkat keningnya bersama dengan senyuman gatal yang terukir di bibirnya.

Tanpa amaran, jari-jemari aku naik memulas perutnya. Suka betul cakap merapu.

"Aduh! Apa ni, love. Sakitlah." Hud mengusap perutnya. Tempat di mana aku mencubitnya.

"Padan muka. Cakap lagi merapu." Marah aku. Lebih kepada geram.

"Padan muka ya. Tak mengapa. Malam nanti siap you, love. Bie nak lima round atau sampai puas. Dah lama tak dapat ni. Lima tahun simpan ni."

"Bie. Apa ni cakap macam tu. Jangan nak dirty talk, okay!"

Marah aku lagi. Malu dengan kata-kata Hud. Tidak suka apabila Hud dirty talk kerana aku akan rasa gementar dan berdebar. Rasa macam nak larikan diri.

"Apa salahnya. Dengan isteri sendiri." Selamba Hud menjawab dan membuatkan aku geram. Hampir saja aku mencubitnya lagi kalau tangan Hud tidak menghalang.

"Tangan ni jangan nak jadi ketam sangat." Hud membelitkan tangan aku di pinggangnya dan menarik aku rapat dengannya. Dia memeluk pinggang aku. Matanya merenung aku dalam sehingga aku tertunduk malu.

"Jangan tenung macam itu. Hani malu."

Hud ketawa mendengar pengakuan aku.

"You look so sexy when you're blushing." Dan kata-kata itu membuatkan aku semakin malu.

Hud memegang kedua belah pipi aku yang sudah betukar rona merah menahan malu. Dia mengusap pipi kanan aku dan seraya itu dia melabuhkan ciumannya di kedua belah pipi aku.

"Hud! Kita masih dalam lift ni!" aku menolak dia menjauhi aku tetapi tidak berhasil. Tak mampu aku hendak melawan tenaga Hud.

"Biarlah." Selamba Hud membalas.

Memanglah dia tidak tahu malu. Aku ni yang malu. Dahlah dalam lift ni ada cctv. Tak takut tersebar ke rakaman tersebut. Hud! Hud!

Setibanya di bilik hotel tersebut, Hud membuka pintu dan mempersilakan aku masuk terlebih dahulu. Terpegun aku melihat hiasan dalaman bilik hotel itu. Aku tidak pernah lagi bermalam di hotel ini. Sangat cantik!

"Do you love it?" tanya Hud sebaik saja dia berdiri di tepi aku.

"Yes." Aku mengangguk sambil memandang sekeliling. Sangat luas biliknya. Selesa? Lebih daripada selesa.

"Thank you, Hud!" aku berdiri bertentangan dengannya dan memegang tangannya. Mata aku tunak memandang ke dalam matanya.

"For what, love?" berkerut dahi Hud selepas mendengar ucapan terima kasih aku padanya.

"For everything. Walaupun ini perkahwinan kita yang kedua tetapi bie tetap buat majlis besar-besaran. Macam Hani ni anak dara pula."

Hud ketawa mendengar kata-kata aku sebelum membalasnya. Ada yang lucu ke?

"Don't thanks to me. Bie yang sepatutnya mengucapkan terima kasih pada sayang kerana sudi memaafkan semua kesalahan bie dan menerima bie semula. Walaupun bie telah sakiti sayang."

Aku tersenyum mendengar kata-kata Hud.

"Bie...kita sudah berjanji untuk tidak mengungkit cerita lamakan. Past is past. Hani dah tak nak ingat semua itu. Yang penting sekarang ini, berdirinya depan Hani ialah suami yang Hani cinta dan sayang. Perasaan itu tidak pernah mati sejak dari pertama kali kita bertemu."

Ya! Aku dan Hud bersepakat untuk melupakan kisah lama kami. Tidak mahu hidup kami dibayangi dengan kisah yang lalu. Dan aku tidak mahu menyimpan dendam. Aku memilih untuk memaafkan dan melupakan semua kenangan pahit itu. Aku hanya ingin cipta kenangan yang manis.

"Thank you so much, love. I love you!"

Kata-kata cinta yang Hud ucapkan membuatkan aku rasa sangat bahagia.

"I love you too."

Hud melabuhkan bibirnya pada bibir aku. Lama. Dan aku turut membalas kucupan itu. Rasa bahagia bertandang di hatiku. Aku fikir, aku tidak akan mengecapi bahagia lagi. Ternyata aku silap. Hari ini aku kembali ke dalam dakapan Hud Mukhriz.

Terima kasih Ya Allah untuk peluang ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience