BAB 7

Thriller Completed 205

“Kau tahu, Naufal ?”

“Mmm?”

“Aku fikir ada satu cara sahaja untuk meyebarkan cahaya Islam ke Wilayah Armonia ini.”

“Ya? Apa?”

“Dengan membunuh Raja Ramesh .”

Naufal terkejut.

“Selepas itu manusia akan tersedar setelah melihat seseorang yang mereka dakwa tuhan mati.” Sambung Khattab .

Ketika itu, malam sudah melabuhkan sayapnya. Mereka sedang dalam perjalan ke rumah Abu Dzar. Mereka sudah menetapkan waktu selepas Khattab bekerja untuk mempelajari al-Quran.

“Siapa yang sanggup melakukannya?” Naufal meningkah.

Khattab tersenyum. “Aku.” Dia menepuk dadanya dua kali.

Mata Naufal membesar.

“Itu kerja gila!” Naufal separuh menjerit. “Kau akan terbunuh.”

“Ya, aku tahu itu. Tapi kalau untuk menyebarkan Islam aku perlu mati, itu tidak menjadi masalah untukku.” Khattab membalas tenang.

“Kau tak teringinkah melihat manusia kembali pada-Nya?” Mata Khattab memandang ke dalam mata Naufal . Dan mata itu penuh dengan sinar harapan.

“Memanglah ya, tapi..” aku tak mahu kehilangan kau. Kata-kata itu tidak terlepas dari kerongkongnya.

“Kalau macam tu, aku ikut kau! Aku ingin turut menyebarkan cahaya Islam ke wilayah Armonia ini.” Naufal bersuara tiba-tiba.

Khattab pula terkejut. “Betul?”

“Kau ingat, aku nak biarkan kau rampas Ainul Mardhiahku?” Naufal mengangkat kening dua kali.

Mata Khattab membesar. “Baik. Kita lihat siapa yang menang nanti.”

“Baik.” Kedua-duanya berjabat tangan. Kemudia mereka tertawa. Senang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience