Completed
                        
205
                    Khattab memandangke hadapan. Segerombolan tentera berzirah lengkap kelihatan di kejauhan. Kebanyakannya ialah pasukan berkuda dan hanya sedikit sahaja infatri. Dari jauh mereka kelihatan seperti semut-semut yang mengerumuni makanan. Terlalu ramai.
“Hari ini akhirnya tiba.” Naufal bersuara di sebelahnya. Khattab menghela nafas perlahan.
“Kenapa?” Naufal menoleh. Wajah murung sahabatnya dipandang lama. Khattab mengeluh.
“Aku teringat akan ayahku.” Kata Khattab perlahan.
“Sabarlah.” Naufal kehabisan kata-kata. Dia memahami kesedihan Khattab . Pasti peristiwa semalam yang mengganggu fikiran Khattab . Khattab menundukkan kepalanya.
Tiba-tiba terdengar derap kaki orang berlari. Khattab lekas mengangkat kepalnya.
“Khattab !” satu suara yang amat dikenalinya menggetarkan gegendang telinga. Khattab terkejut.
“Ayah!” Khattab menjerit tidak percaya.
Baron Shaukan, lengkap berzirah perang dengan topi perang di tangannya melutut di hadapan Khattab . Khattab tunduk.
“Apa ayah buat di sini?” Khattab bertanya hairan.
“Ayah datang untuk menyerahkan diri kepada Allah. Dengan ini, aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu persuruh-Nya.” Lancar Baron Shaukan menuturkannya. Disambut dengan laungan takbir oleh semua yang ada di situ. Khattab terus mendakap tubuh ayahnya. Air matanya mengalir. Inilah hadiah yang tersebar dari Allah untuknya setelah dia memeluk Islam.
“Ayah akan berjuang untuk Islam!” Baron Shaukan membalas dakapan Khattab . Naufal mengelap air matanya yang tumpah. Impian Khattab telah dikabulkan.
Akhlak dan keperibadian Abu Badri dan semua penduduk Islam telah menarik hatinya.
“Apa tujuan kamu ke sini pada malam begini?” Seorang lelaki, bertubuh agak tinggi mendekatinya. Baron Shaukan meletakkan pedangnya ke tanah. Kemudian di mengangkat tangan.
“Aku datang dengan aman.” Dia bersuara.
“Beri dia masuk.” Arah lelaki bertubuh tinggi itu.
“Tapi…” Seorang lelaki berjanggut nipis cuba membantah.
Lelaki bertubuh besar itu menoleh. Lelaki tadi terus menundukkan kepalanya. Akur.
“Silakan masuk ke kampung kami. Kamu boleh ambil pedang kamu. Selamat datang ke perkampungan kami.” Lelaki itu tunduk mengambil pedang Baron Shaukan. Kemudian pedang itu diserahkan kepada Baron Shaukan.
Baron Shaukan terkejut. Tidak percaya yang dia akan dilayan sebegitu baik. Tidak apabila dia telah membunuh beberapa orang dari kalangan mereka.
“Aku hendak berjumpa dengan Khattab .” Baron Shaukan berterus terang. Lelaki tadi tersenyum.
Kemudian, dia bersuara, “Zaid, bawa dia kepada Khattab .”
“Baik.” Zaid melangkah mendekati Baron Shaukan.
“Ayuh.” Zaid memandang Baron Shaukan. Baron Shaukan memandang lelaki bertubuh tinggi yang meminta diri untuk pergi. Dia kenal lelaki itu. Panglima Abu Badri . Musuh ketatnya. Mereka pernah bertarung sekitar setahun yang lalu. Tambahan pula, kali terakhir dia memasuki ke perkampungan itu, sebuah keluarga mati di tangannya. Fikirnya pasti Abu Badri akan mengambil kesempatan untuk membalasnya.
Tapi kenapa dia melayannya seperti mereka berkawan baik?
“Kamu semua ini aneh.” Akhirnya kata-kata itu terkeluar dari dua bibirnya. Sepanjang perjalanannya, dia diraikan seperti tetamu. Semua tersenyum. Tiada yang memandangnya dengan pandangan yang ganjil. Malah, ada yang menegurnya dengan ramah.
“Hah?” Zaid menoleh. Kurang dengar.
“Kamu semua aneh. Pelik. Ganjil.” Baron Shaukan berkata lagi. “Kamu tak marahkah atas apa yang telah aku lakukan?”
“Oh, itu.” Zaid berhenti tiba-tiba. “Marah. Tetapi kami ini berbeza daripada kalian. Islam telah mengajar kami untuk memaafkan. ‘Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barang siapa memaafkan dan berbuat baikmaka pahalanya atas (tanggungan) Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang zalim. Dan sesungguhnya orang-orang yang membela diri sesudah teraniaya, tidak ada satu dosapun terhadap mereka. Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih. Tetapi orang yang bersabar dan mema’afkan, sesungguhnya (perbuatan ) yang demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan.’ Itu firman tuhan kami.“
Hati Baron Shaukan tersentuh.Dan ketika dia menemui Khattab …
“Khattab , kembalilah kepada Tuanku Ramesh .”
“Tidak, ayah.”
“Adakah kamu tidak mencintai ayah? Kamu lupakah siapa yang telah membesarkanmu? Adakah kamu telah lupa siapakah yang telah mengajarmu dan melatihmu bermain pedang?”
“Aku tidak akan lupa malah aku menghargainya. Sungguh, ayah dan ibulah orang yang paling aku cintai di muka bumi ini. Namun tetap kecintaanku kepada Allah dan Islam melebihi segala-galanya.” Khattab membalas penuh yakin.
“Kalau begitu, aku terpaksa bertarung denganmu esok.”
“Jika itu yang dikehendaki-Nya, aku berserah diri kepada-Nya. Namun, percayalah ayahku. Pedang ini tidak akan melukai tubuhmu melainkan jika aku terpaksa melakukannya. Ayuhlah, bersamaku. Masuklah ke dalam Islam.”
Mendengar kata-kata Khattab , dia tahu mustahil dia dapat memalingkan Khattab semula. Keimanannya jitu. Dia berlalu pergi.
“Saudara.” Seseorang menyentuh bahunya. Baron Shaukan menoleh. Abu Badri sedang memegang bahunya sambil tersenyum. Matanya basah.
“Semoga Allah merahmati dan memberkati kamu. Kamu mengingatkan aku kepada sahabat nabi, Amar bin Thabit. Beliau juga memeluk Islam beberapa minit sebelum peperangan. Akhirnya beliau syahid dan dimasukkan ke dalam syurga meskipun beliau tidak pernah solat walau satu rakaat pun.” Abu Badri berpelukan dengan Baron Shaukan. Bahu Baron Shaukan ditepuk-tepuk.
“Doakan aku supaya jadi sepertinya.” Baron Shaukan berbisik.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi semboyan peperangan dibunyikan oleh musuh. Gendang dipalu sebagai isyarat peperangan akan dimulakan.
Abu Badri bergerak ke barisan hadapan. Begitu juga dengan Khattab . Baron Shaukan memasuki barisan tentera Islam.
“Wahai saudara-saudaraku! Marilah kita menyambut seruan jihad ini kerana Allah semata-mata. Perangilah musuh dengan bersungguh-sungguh. Allah s.w.t telah berfirman, Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.
Ayuh! Cukuplah Allah sebagai penolong kita! Jangan gentar dengan bilangan mereka.”
“Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!” Kata-kata Abu Badri disambut dengan laungan takbir. Bulu roma Khattab terasa meremang. Semangatnya berkobar-kobar.
“Sedia untuk syahid?” Dia memandang Naufal di sebelahnya.
Naufal mengangguk. “Kita menang, atau syahid!” Naufal menyahut penuh semangat.
“Siapakah antara kita yang akan syahid dan meminang bidadari sebelum malam nanti?” Khattab bertanya.
“Kita lihat nanti.” Naufal mengangkat kening. Bibirnya menggores senyuman.
Pruuuuuuuttttt……..
Semboyan perang dibunyikan oleh tentera Islam. Peperangan bakal dimulakan.
“Dengan nama Allah aku berperang!” Khattab maju ke hadapan sambil menjulang pedangnya.
“Allahu Akbar!” Naufal mula memacu kudanya.
Peperangan pun bermula.
Share this novel