BAB 8

Thriller Completed 205

Khattab tersandar ke dinding. Air mata meluncur laju menuruni pipinya. Lebat.

“Sabar, Khattab . Sabar.” Naufal memujuk. Hatinya juga diragut pilu.

Khattab memandang ke dalam rumah Abu Dzar. Rumah itu sepi. Sunyi. Abu Dzar, isteri, dan dua anak lelakinya telah dibunuh dengan kejam. Lelaki yang berpenampilan sederhana, tenang dan sering tersenyum itu telah dibunuh! Dan pembunuhnya pula ialah ayahnya, Baron Shaukan!

“Sudahlah, Khattab . Inshaa Allah, mereka syahid.” Suhaib menepuk-nepuk bahu Khattab . Khattab menangis lagi. Dia tidak dapat menerima kekejaman ayahnya. Mayat Miqdad, anak sulung Abu Dzar dicincang dan digantung seperti di pasar. Mayat Ahmed, anak lelaki Abu Dzar yang baru berusia 5 tahun pula damai dalam pelukan ibunya tanpa berpakaian. Kepalanya terputus daripada badan. Aminah, isteri Abu Dzar pula berlumuran darah dari kepala hingga ke hujung kaki. Ngeri.

“Semoga Allah merahmati Abu Dzar.” Zaid menghamparkan kain putih, menutup jasad Abu Dzar.

Mendengar kata-kata Zaid, makin laju air mata mengalir menuruni pipi Khattab . Sesiapa sahaja yang melihat jenazah Abu Dzar pasti tidak dapat menahan air mata daripada gugur. Dadanya dirobek dengan ganas, organ dalamannya dibiarkan terburai.

“Seperti Saidina Hamzah.” Naufal duduk di sebelah Khattab . Bahu mereka bersentuhan. Rapat.

Khattab melipat kakinya ke atas. Wajahnya disembamkan ke kepala lututnya. Dia malu dengan Naufal . Malu dengan semua. Malu kerana yang membunuh keluarga soleh ini ialah ayahnya, Baron Shaukan.

“Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidupdi sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal di belakang yang belum menyusul mereka, bahawa tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” Naufal membisikkan kalam Ilahi.

“Aku percaya. Adakah kau tidak percaya?” Naufal mengulang kata-kata Khattab .

Hati Khattab bergetar.

Dia memandang Naufal . Tika ini, bibirnya membentuk senyuman kecil.

“Ini baru sahabat aku.” Naufal menarik bahu Khattab .

“Aku masih berasa sedih.” Luah Khattab .

“Biasalah. Manusia. Nabi juga sedih ketika Saidina Hamzah r.a syahid.” Pujuk Naufal .

Khattab memandang ke hadapan. Jenazah Abu Dzar dan keluarganya sedang diuruskan oleh Suhaib dan beberapa orang lagi. Dia menghela nafas lemah.

Bukan. Bukan sebab itu dia berasa sedih.

Hatinya pilu. Kerana orang-orang yang disayanginya masih belum mendapat hidayah.

“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.”

Al Qashash : 56

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience