Bab 7

Romance Completed 7823

"Em kalau macam tuh.. Meh Iman urutkan , sebab Iman yang buat Aaisya sakit." ujar Iman memberi cadangan.Aaisya terus menggeleng.Erk.

"Eh takpelah Iman.. Saya dah okay sikit.. Takpe takpe.Nanti saya takleh sembuh dari demam pulak." balasku dengan nada resah.Kelihatan Iman tersenyum mengusik.Aaisya hanya menelan liur melihat pandangan entah apa apa dari Iman tadi.

"Em dah terbukti Aaisya sayang Iman.. Kan kan??" tanya Iman lagi .Aaisya sudah merona merah.Menggaru lehernya yang tidak gatal.Aaisya kemudiannya berubah riak apabila mengingatkan perbualan semasa malam pertama mereka.

"Eh kenapa Aaisya? Iman ada cakap benda salah ke?" tanya Iman.Pelik dengan perubahan Aaisya.Aaisya hanya tersenyum tawar melihat Iman.

"Iman tak salah.Yang salah saya.Saya tak sepatutnya sakit dan awak pulak kena jaga saya yang menyusahkan awak sejak hari pertama kita kahwin.Saya still budak-budak .. macam yang awak cakap dulu, kita takkan pernah jadi macam suami isteri yang lain kan? emm takpe ingatan budak-budak nih lagi kuat kot.So em saya tahu awak buat semua nih sebab kesiankan saya kan?Budak-budak yang baru hilang mama dengan papa.. Em saya keluar dulu."Aaisya sebak sendiri dengan apa yang diungkapnya.Sayang dekat orang yang tak patut..Tak patut Aaisya. Aaisya mengingatkan dirinya.

Di dalam bilik, Iman meraup kasar wajahnya.Iman kesal dengan apa yang diperkatakannnya sebelum ini.Iman turut mempunyai perasaan terhadap Aaisya.Dia benar-benar kecewa dengan apa yang diperkatakan oleh Aaisya.Air mata jantannya mengalir kerana hal ini.Kebahagiaan yang sebentar tadi dirasai hilang sekelip mata.Aaisyaa..Iman cintakan awak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience