Bab 18

Romance Completed 7823

Usai tibanya waktu malam.Aaisyah kembali tidur di sofa.Iman pelik.

"Sayang..Apsal tidur situ..Meh lah baring sini." tanya Iman bingung.Aaisyah hanya tersengih.

"Sorry Aaisyah lupa.Ingatkan tak boleh tidur sebelah abang tadi.." ujar Aaisyah tersengih lagi kemudian mendekati Iman.Aaisyah masuk ke dalam selimut baring menghadap Iman.

"Rindu Aaisyah.." ucap Iman kemudian mengucup dahi Aaisyah.Aaisyah dipeluk dari luar selimut.Kemudiannya Aaisyah menolak lengan Iman.

"Aaisyah rindu Iman.Taknak dah peluk dari luar.Kalini Aaisyah pulak nak peluk Abang." ujar Aaisyah kemudian mengeluarkan kedua tangannya lalu memeluk Iman tanpa disuruh.Aik dah hilang malu ke??

"Amboi dah berani eh budak nih nak peluk-peluk.Sebelum nih dapat peluk dari luar je kan.." usik Iman.Aaisyah tersenyum.

"Aaisyah taknak lah camtu dah.Nanti tak sempat nak peluk abang sampai rindu kalau abang sakit ke apa." ujar Aaisyah.Iman mengeratkan lagi pelukan.

"I love you Iman tua." bisik Aaisyah .Kemudian diikuti Iman.

"I love you too Budak Aaisyah."ucap Iman.Akhirnya mereka berdua ketawa.

" Jom?"tanya Iman tiba-tiba.Aaisyah akhirnya berdebar-debar dengan soalan tersebut.Malunya...

"Erm waalaikumussalam." balas Aaisyah mengizinkan Iman untuk meneruskan hajatnya.Namun tetap malu.Adehhh.

Malam tersebut akhirnya menjadi malam pertama khas mereka sebagai sepasang pengantin baharu.Bukan kerana paksaan malah disebabkan rasa cinta terhadap masing-masing.Iman yang dulu tidak suka terhadap budak mentah dihadapannya kini tidak dapat melepaskan Aaisyah walau seketika mahupun seminit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience