Bab 8

Romance Completed 7823

Usai solat isyak Iman resah kerana batang hidung Aaisya tidak lagi dilihatnya selepas fenomena sebentar tadi.Iman bergerak ke balkoni biliknya untuk menghirup udara segar dan membuang jauh wajah kelatnya.Namun apa yang dilihatnya dari atas balkoni membuatkan dirinya sedih.

Kelihatan Aaisya dari bawah sedang bergelak ketawa dengan telefonnya.Entah apa yang membuatkannya tergelak ketawa.Aku?Kenapa aku tak boleh buat dia ketawa camtu?Terfikir Iman dek hal itu.

"Arghhh sweetnya shi kyung shi ni!!!" ucap Aaisya agak kuat.Iman yang sedang memerhatikan Aaisya segera berlari duduk di sebelah Aaisya apabila terdengar Aaisya memuji seseorang.

"Siapa Shi Kyung Shi?" tanya Iman dengan nada agak kasar.Sebutannya jelas pelat.Tawa dan fangirling Aaisya terhenti.Tersentak dengan sapaan kasar Iman.Segera menoleh ke sisinya.

"Shi kyung shi tuh pakwe saya..Kenapa?" tanya Aaisya. Saja nak menduga perasaan Iman namun dia sedar Iman tidak akan terkesan dengan apa yang diperkatakannya.Iman terus merampas telefon Aaisya dari tangan.Tidak sempat untuk Aaisya menghalang.

"Awak nak buat apa dengan phone tuh.Bagilah balik.Eee cepatlah awak....." pinta Aaisya cuba untuk menggapai telefonnya dari tangan Iman.Namun Iman bertindak melepaskan telefon tersebut dari genggamannya dan 'Skreakk'.Pecah.

"Awak..." ucap Aaisya memandang Iman lalu melutut memungut handphone tersebut.Aaisya sedih kerana itu pemberian papanya semasa ulang tahunnya ke-15.

"Kau nak sangat kan?Nah ambik.Walaupun aku taknak kat kau tak bermakna kau boleh gatal nak ada pakwe lain.Ingat tuh Aaisya!"marah Iman kemudian meninggalkan Aaisya.Aaisya tersentak dengan apa yang diperkatakan oleh Iman.

" Baiklah,saya nampak murah eh depan awak.Takpe.Saya je syok sendiri ada perasaan kat awak.Budak budak.Emm takpe.Tapi kenangan mama dengan papa semua dah hilang.."tangis Aaisya sambil memungut telefonnya lalu mencari mama.

"Erm mama.Aaisya boleh tak tidur kat bilik tamu kat hujung sana tuh.Untuk hari ni je.. boleh?"tanya Aaisya cuba menahan sebak dan menahan suaranya daripada kedengaran baru lepas menangis.

" Eh kenapa?Aaisya macam baru lepas nangis je..Gaduh dengan Abang Iman ke?"tanya mama prihatin.Aku hanya tersenyum lalu menggeleng.Mama pasti pelik.

"Takde apalah mama.Aaisya cuma nak bersendirian je.Boleh kan ma?Aaisya masuk dulu ye.Selamat malam."ucap Aaisya kemudiannya menyalami dan memeluk kejap mama sebelum beredar ke bilik tamu.

Jam di dinding dikerling.Pencariannya mengenai Shi Kyung Shi ternyata membuatkan dirinya berfikir untuk mencari Aaisya.Rupanya Shi Kyung Shi ialah pelakon lelaki drama the idle mermaid.Aduh Aaisya nih budak-budak korea rupanya.

"11 malam? Mana Aaisya nih?Asal tak masuk bilik lagi?Takkan lah.." duga Iman.Segera ke luar mencari Aaisya.Setiap sudut dalam rumah dikunjungi namun tubuh Aaisya tetap tidak kelihatan.

"Aaisya kat mana nih..."ucap Iman.Mama yang terdengar terus menepuk bahu Iman.

" Pergilah kat bilik tamu tuh.Aaisya ada kat dalam.Tadi ibu cakap dia macam baru menangis.Kamu berdua bergaduh ke?Jagalah Aaisya tuh baik-baik Iman..Wasiat orang .. Kesian dia .."ucap papa menasihati Iman.Iman hanya mendiamkan diri.

"Takdelah pa.Cuma ada salah faham sikit je tadi." ujar Iman lalu berjalan pantas ke ruangan tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience