Bab 5

Romance Completed 7823

"Kenapa Aaisya tiba-tiba demam ni? Suhu Aaisya pun bertambah bila Iman sentuh Aaisya.." tanya Iman.Persoalan tersebut sejak tadi bermain-main di mindanya.Aaisya hanya bertindak mengengsot ke tepi sedikit untuk memberi ruang kepada Iman untuk duduk. Iman duduk di sisi katil dan memandang Aaisya.

"boleh tak jangan tanya saya apa-apa.Tapi sebenarnya emm saya sangat rindu papa dengan mama.Bila saya demam macam ni mama temankan saya baring, peluk saya sampailah saya tertidur.Saya.."Aaisya akhirnya menangis lega kerana dapat meluahkan perasaan rindunya kepada mama. Namun mama sudah tiada.Suaranya kedengaran serak.

Akhirnya Iman bertindak menyelimutkan Aaisya sehingga ke paras bahu dan baring di sisi Aaisya sambil memeluk Aaisya.Aaisya terkejut namun membiarkannya.Iman sedari tadi berusaha untuk menenangkan Aaisya.Aaisya berterima kasih sangat.Iman memeluk Aaisya namun ada selimut yang menghalang mereka bersentuhan.Iman pasti Aaisya belum bersedia untuk semua ini.

" Aaisya jangan menangis kay..Iman ada kat sini.Takkan tinggalkan Aaisya.Allah kan sayangkan papa dengan mama Aaisya..Aaisya rehat eh..Dah dah.." ujar Iman menenangkan Aaisya.Kepala Aaisya diusap.Aaisya kembali mengalirkan air mata.Rindu...

Iman memeluk Aaisya sehinggalah Aaisya tidur.Namun Iman juga turut tertidur bersama sehingga maghrib.Adakah cinta Aaisya dan Iman dapat disatukan?Adakah ini semua hanya simpati Iman kepada Aaisya?Hati masing-masing mempersoalkannya.

Mama Iman sedari tadi Iman tidak kelihatan ,mungkin menjaga Aaisya yang sakit terus ke bilik pengantin baharu itu.Tersenyum apabila melihat sepasang pengantin baharu itu tidur dalam keadaan berpelukan.Syukur, nampaknya Iman dapat menerima Aaisya.

Aaisya tersedar setelah kedengaran azan maghrib menyapa pendengarannya.Matanya agak berat untuk dibuka.Namun hatinya berbunga-bunga lagi ketika melihat tubuh Iman setia di sisinya sejak tadi.Tangan Aaisya kemudiannya mengusap rambut dan pipi Iman.Hatinya berkata terima kasih ya Allah kerana kurniakan aku suami yang dapat menjagaku sepertimana ibuku menjagaku.

Setiap inci di muka Iman diperhati dengan jelas sehingalah matanya berhenti lama di mata Iman.Dan Iman ketika itu turut memandangnya.Mereka tidak berkata apa malah terdiam mungkin malu?Atau mungkin perasaan mereka telah terbit dari hati?Akhirnya Aaisya memalingkan wajahnya dan Iman mengeratkan pelukan membuatkan mereka akhirnya menjadi suami isteri yang sebenar di sisi agama.Tiada lagi ketidaksudian Iman terhadap Aaisya yang dikatakan budak-budak.Perasaan mereka dan hati mereka telah mengiyakan perasaan yang telah terbit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience