Bab 13

Romance Completed 7823

"Iman sayang mama." panggil Mama setibanya di wad Iman.Iman masih belum sedar sejak keluar dari ruangan ICU.Aaisya menatap wajah lelaki di hadapannya dengan penuh sayu.Jatuh kesiannya terhadap Iman.Disebabkan rojak , permintaan Aaisya akhirnya Iman terlantar begini.

"Abang Iman..maafkan Aaisya sebab Abang Iman jadi macam ni..Aaisya mintak maaf.Abang Iman bangunlah.." tangis Aaisya.Mama hanya mampu mengusap belakang Aaisya untuk meredakan keadaan.Tiba-tiba Iman bergerak.Aaisya mengangkat mukanya dari dada bidang Iman.

"Kau siapa?Aku kat mana nih?" tanya Iman setelah sedar dari tidurnya.Suara tangis Aaisya membuatkan Iman sedar.Iman tersenyum gembira namun kembali tawar apabila Iman memang tidak ingat kepadanya.

"Abang Iman .. nih Aaisya.." ucap Aaisya penuh sendu.Mama bergerak ke sebelah sisi katil di mana Iman sedang berbaring.Mama mengusap kepala Iman.Menangis.

"Mama..Siapa budak perempuan nih?Iman kat hospital ma?" tanya Iman polos.Hanya mengingati perkara 5 tahun lepas membuatkan Aaisya hilang dari memori Iman.Hanya dijeling Aaisya dengan renungan tajam.Aaisya terdiam.Mama bergerak ke sisi Aaisya.Mengusap bahunya.

"Ini Aaisya,nurse Iman.Dia akan jaga Iman sampai Iman sembuh.Iman jangan kasar kat dia eh?"pinta Mama.Serba salah apabila mengungkap ayat tersebut dihadapan Aaisya.Hanya itu sahaja cara untuk dapat membiarkan Aaisya rapat dengan suaminya, Iman.

" Ouh.Kenapa nurse Iman budak mentah ma?"tanya Iman kasar tidak memperdulikan perasaan Aaisya.Aaisya hanya tersenyum manis semanis mungkin dengan hati yang berdarah.Sudah kembali suasana di mana Iman tidak dapat menerimanya sebagai isteri.

"Shuhh...Dah dah.Iman rehat eh?Esok dah boleh discharge dah.Mama dengan Aaisya keluar dulu."ujar Mama tidak mahu mengeruhkan keadaan.Aaisya hanya menurut dan mengekori langkah Mama untuk ke luar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience