Bab 6

Romance Completed 7823

"Em Aaisya.. Iman nak tanya. Aaisya demam sebab Iman sentuh Aaisya masa kat meja makan tadi eh?" tanya Iman dengan nada mengusik.Mereka masih lagi dalam keadaan berpelukan.Aaisya kemudiannya terlopong.Macam mana Iman tahu?Aaisya apabila gementar didekati orang yang disukai memang terus demam.Cepat-cepat menolak tubuh Iman.Iman kaget.Kenapa?

"Err .. Iman janganlah dekat dengan Aaisya.Aaisya masih demam nanti Iman pun terkena sekali." ujar Aaisya dengan tangannya menolak perlahan tubuh Iman menjauhi dirinya..

"Jadi betullah ni cakap Iman?Aaisya sebenarnya dah sayang kat Iman kan?" tanya Iman lagi menduga perasaan Aaisya.Aaisya bertambah panas.Bila nak sihat kalau macam nih??

"Mana ada..Takde takde.Dahlah Iman pergilah sana..Nanti demam sekali." ucap Aaisya menafikan perasannya.Aaisya terus mengengsot ke sisi katil dan akhirnya terjatuh ke lantai.Iman terus berdiri berlari ke sisi.

"Aaisya maaf..Sorry sorry.Iman tak sengaja.Aaisya okay tak ni?"ujar Iman resah.Aaisya hanya diam.Pinggangnya berasa sakit.Tinggi permukaan katil dengan lantai banyak bezanya.Aaisya dalam diam mengurut-urut pinggangnya.Terasa hendak menangis.Cengeng?Nama pun budak-budak.Aaisya terus bergerak ke sofa dan mengabaikan Iman.

Iman terasa dengan sikap Aaisya.Namun apabila difikirkan dirinya lebih matang dari Aaisya.Aaisya masih budak-budak dan memang manja .Iman bergerak pula ke sofa.Mahu memujuk Aaisya.Aaisya hanya mendiamkan dirinya.

" Aaisya.Sorry?Iman tak sengaja.Please..."pinta Iman.Aaisya tersenyum namun sakitnya lebih terasa.

"Apa apa jelah Iman.Saya dah rasa sakit nih.Dahlah.. kan saya kata jangan dekat dengan saya. Nanti awak demam sekali."ucap Aaisya perlahan.Iman mengeluh turut rasa bersalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience