Bab 15

Romance Completed 7823

Keesokannya, Iman bergerak menggunakan akat bantuan untuk mengamati ruangan biliknya yang kelihatan lebih kemas berbanding lima tahun lepas.Dekorasinya turut berubah.

"Ahaaa.Selamat pagi." Terjah Aaisyah sambil menarik bingkai gambar kahwin mereka ke belakang badannya.Iman tidak boleh melihatnya selagi belum sembuh.Nasib baik Iman tak sempat tengok bahagian meja lukis kalau tidak pasti haru biru bila tahu mereka sebenarnya dah kahwin.

"Apa yang kau sembunyi tuh?Ingat aku tak nampak?" ujar Iman tak bernada.Erk.Iman nampak ke?

"Mana adalah.Takde apa.Saya tak sorok apa pon.Jom kita turun , mama panggil awak breakfast."ujar Aaisyah menegakkan benang yang basah.Iman hanya menurut.Namun dalam mindanya masih meragui Aaisyah.

×××××××

Malam tadi.

" Eh asal kau masih kat sini?Nak tidur dengan aku ke apa?" tanya Iman sewaktu melihat Aaisyah masih dalam biliknya walaupun waktu tidur sudah tiba.Aaisyah terdiam lama.

"Ouh tak.Mama suruh saya tidur sini teman awak takut takut kalau ada apa apa." ujar Aaisyah agak gagap.Gementar.Boleh diterima ke alasan tuh.Iman kemudiannya tersenyum sinis duduk menghadap Aaisyah.

"Ouh habistu kau tak takut aku buat apa-apa kat kau?Aku pun lelaki , kau kena ingat tuh."ujar Iman mahu menduga Aaisyah.Aaisyah kemudiannya bergerak ke arah pintu, membuka pintu seluasnya.

" Tak.Tak takut sebab pintu nih akan dibiar buka.Dah awak tidurlah dah malam."ujar Aaisyah kemudian membantu Iman untuk baring dan menyelimuti Iman.Iman menatap wajah Aaisyah dengan penuh tanda tanya.Asal dia nih terlalu prihatin?Namun mulut hanya terkunci.

"Selamat malam ."ucap Aaisyah semasa bergerak ke sofa .Aaisyah tidak dapat melelapkan mata.Segera ke arah Iman di katil.

"Walaupun awak tak dapat ingat saya.. Saya tetap sayangkan awak dan akan sentiasa rindukan awak , Abang Iman.I love you."ujar Aaisyah kemudian mengusap rambut Iman dan mengucup pipi Iman dalam keadaan perlahan, berhati-hati.Segera turun dari katil bimbang Iman terjaga akibat perbuatannya, dan menduga apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience