Bab 4

Romance Completed 7823

Tubuh Aaisya diletakkan ke katil dengan begitu perlahan.Aaisya hanya memerhati rupa Iman dan dalam pada itu mata mereka bertembung lagi buat sekian kalinya.Aaisya hanya memalingkan wajahnya.Malu..

"Aaisya dah makan ubat?Kenapa tiba-tiba demam ni?tanya Iman memusingkan tubuh Aaisya untuk menghadapnya.Aaisya bertindak menarik selimut sehingga menutupi seluruh tubuhnya.Iman pelik.Aaisya kenapa?

" Belum.." ucap Aaisya perlahan.Namun sempat ditangkap oleh Iman.Cuba ditarik selimut tersebut, namun lagi ditarik semakin kejap dipegang selimut tersebut.

"Janganlah macam ni Aaisya.Panas dalam tuh..Nanti suhu Aaisya naik lagi.." ujar Iman bertoleransi.Akhirnya Aaisya hanya membenarkan Iman memandang matanya.

"Jap eh Iman ambik ubat . Lepas ni.. Aaisya makan."ujar Iman lalu berlalu ke dapur.Tak lama selepas itu, Iman muncul dengan dulang yang mengandungi segelas air dan ubat panadol.

" Aaisya larat tak nak bangun?Nak Iman tolong?"tanya Iman menghulurkan ubat.Aaisya hanya mampu untuk mengangkat kepalanya perlahan.Iman bertindak menolong Aaisya menaikkan kepalanya dan menyuapkan Aaisya air.Iman hanya memandang wajah Aaisya dan bingung mengapa Aaisya bertambah panas suhunya serta wajahnya menjadi merah-kemerahan.

"Aaisya rehat dulu eh?Iman keluar kejap."ujar Iman meminta untuk keluar dari bilik untuk membiarkan Aaisya berehat.Namun Aaisya sempat mengangkap tangannya.Memgang erat.Iman menoleh.Haa?

" Jangan keluar.Duduk sini je.Teman saya.."pinta Aaisya.Tangisannya semakin reda namun masih ada yang mengalir.Iman hanya menurut.Tidak sampai hati untuk menolak.Iman tersenyum bermakna Iman mengiyakan dan bersetuju untuk temankan Aaisya.Aaisya bersyukur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience