Bab 3

Romance Completed 7823

Setibanya Aaisya dan Iman di meja makan untuk bersarapan mama sudah mulai mengusik.

"Haa panjang umur.Baru turun..macam mana Aaisya..okay ke dengan Abang Iman ni?Selesa tidur malam tadi?"tanya mama dengan senyuman yang sukar digambarkan.Papa hanya memerhati sambil tersengih-sengih.Aaisya hanya terdiam, mukanya merah-kemerahan menahan rasa.Iman pula hanya memandang sepi.Mereka bersarapan dengan berselera.Hanya kedengaran bunyi sudu dan garpu berlaga.

" Apa mama nih.Mestilah Iman layan sayang Iman ni dengan baik..Kan Sayang?"ujar Iman dengan senyuman sambil mengusap kepala Aaisya.Aaisya terbatuk-batuk.Sayang?Tiba-tiba tangan Iman merayap ke belakangnya mengusap perlahan menghilangkan sedikit rasa sakit.Aaisya menoleh ke arah Iman.

"Em ye mama.A..abang Iman... er layan Aaisya dengan baik."ujar Aaisya.Aaisya menolak kerusinya ke belakang.

" Em mama papa, Aaisya naik dulu .. Rasa tak sedap badan lah.." ucap Aaisya sedikit perlahan.Aaisya bergerak ke biliknya , mahu berehat.Aaisya menuju ke sofa di bilik untuk melelapkan mata.Badan diselimuti.

Kemudiannya Iman masuk ke bilik. Terkejut melihat tubuh Aaisya tidur di sofa.Katilnya dipandang seketika.

"Bukan dah kata ke tidur kat bed aku je? Tapi tadi dia kata tak sedap badan.." bisik Iman.Tangannya memegang dahi Aaisya, memeriksa suhu Aaisya.

"Panas..Demam ke?Tadi bukan elok je?"tanya Iman resah dengan perlahan.Aaisya tersedar, matanya berkelip beberapa kali.Akhirnya Aaisya nangis.. Bukan sebab apa.. kalau Aaisya demam, mamanya lah yang menjaga, sentiasa di sisi.Namun kini hanya Iman, Iman yang entah tak inginkan dirinya.Belaian mama terlalu dirindui kali ini.

" Shuhh...Kenapa kau menangis?Kau demam nih..Nape tak tidur atas bed aku?"tanya Iman dengan nada yang terlalu berbeza dengan sebelumnya.Air mata Aaisya diseka namun tetap mengalir air matanya.Entah kenapa Iman berasa sakit apabila melihat air tersebut terus jatuh ke pipi Aaisya berulang kali.Aaisya hanya diam, memalingkan mukanya.Tangisnya bertambah kuat.

"Aaisya.."panggil Iman perlahan.Namun tiada tindak balas dari Aaisya.Dengan tiba-tiba tubuh Aaisya diangkat ke katil.Aaisya bertindak memeluk leher Iman dengan kejap.Takut terjatuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience