Bab 2

Romance Completed 7823

"Apa benda kat muka nih.." tanya Aaisya apabila sedar dari tidur.Terus meraba-raba apa yang di atas pipinya.Terkejut.

"Tangan?"Aaisya pelik.Tangan Iman ada di mukanya?Iman tidur di sebelahnya??? Namun Aaisya cepat-cepat pura-pura tidur apabila Iman mulai bergerak.Aaisya mengecilkan mata, mahu melihat gelagat Iman.

Iman bangun dari perbaringan.Duduk di lantai.Disuap rambut Aaisya perlahan.Ingin mengucup dahi Aaisya.Aaisya gementar dalam diam.Menahan rasa ingin bangunnya.Namun Iman menggeleng dan terus berlalu ke tandas.

" Phewww.." Aaisya mengeluh namun lega.Kenapa dengan Iman tadi?Em.. Aaisya berubah posisi menjadi duduk lalu mengikat rambutnya berpura pura baru bangun tidur saat Iman keluar dari tandas.Mata bertentang membuatkan Iman terhenti seketika namun terus berjalan.

Aaisya pula masuk ke tandas.Bersiap-siap.Apabila selesai, kembali lagi ke sofa tempat Aaisya dan Iman tidur bersama secara tak langsung.

"Kau tidur kat bed aku jelah.Mesti kau tak selesa tidur kat sofa tuh.Biar aku tidur kat sofa." ujar Iman sambil membetulkan stail rambutnya.Aaisya dalam diam memerhati.Apabila mata bertentang lagi Aaisya terus mengalihkan pandangan.

"Tapi.." belum sempat Aaisya menghabiskan ayat.Iman sudah menatapnya tajam.

"Kau takyah nak banyak mulut boleh tak?Dah cukup baik aku bagi kau tidur kat bed now kau nak tapi tapi pulak." marah Iman.Aaisya mengeluh.Namun dalam hati berbunga-bunga memikirkan betapa prihatinnya suaminya ini.

"Tapi ingat bukan sebab aku sayang or cinta kau tapi sebab kau nih tetamu aku.Ada paham?"ujar Iman tiba-tiba mematikan mimpi indah Aaisya.Aaisya meneguk liru.Sabarlah hati..

" Dah jom turun.Nanti apa pulak papa dengan mama cakap tak turun-turun dari bilik walhal dah pagi."ajak Iman namun nada tetap tidak senang.Aaisya bingung dengan Iman.Apa Iman nak sebenarnya..

"Jomlah..Ey lembap pula dia ni"ujar Iman dengan keras lalu menarik tangan Aaisya untuk turun bersama.Aaisya dalam diam tersenyum.Walaupun Aaisya baru berumur 18 tahun, hatinya tetap berhak mempunyai rasa terhadap Iman yang sudah berumur 22 tahun ini.Hati Aaisya berkata mengukuhkan apa yang dirasainya kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience