Bab 11

Romance Completed 7823

Setelah dua tahun melayari indahnya bahtera perkahwinan, Aaisya dan Iman mempunyai matlamat masing-masing.Mereka sibuk dengan tugasan masing-masing.Aaisyah masih tiada tanda-tanda berbadan dua.Dan tiap kali mengidam pasti akan dipenuhi oleh suami tercinta walaupun itu hanya nafsu Aaisya.

"Em abang .. Aaisya nak makan rojak lah harini..Boleh tak abang belikan?tanya Aaisya dengan manja.Iman memandangnya sambil berkerut dahi.Perut apa nih makan banyak sangat?

" Bukan tadi baru abang belikan kuey teow ke?Sekarang nak rojak pulak..Hahaha sayang abang nih lapar lagi?"usik Iman.Aaisya memuncungkan bibirnya.Iman bertindak memeluknya.

"Yelah yelah abang beli.Isteri abang nih bukannya makan sekaligus pun cuma satu hidangan satu masa makan tuh kan.." pujuk Iman.Kerana bukan Aaisya seorang yang melantak namun dia turut bertambah berat badan.

"Hehe tq abang." ucap Aaisya kemudian mengucup pipi Iman.Iman kemudiannya mencium dahi Aaisya dan berlalu untuk keluar membeli rojak.

Sudah 5 jam Iman keluar namun masih belum pulang.Aaisyah sudah tidak senang duduk.

"Macam mana ni mama?Abang Iman tak balik lagi sejak tadi.Aaisyah tadi ada suruh belikan rojak tapi sampai sekarang belum balik.Aaisyah risau lah mama"luah Aaisyah.Mama mengusap bahu Aaisya untuk menenangkan Aaisyah.Dirinya turut resah memikirkan keberadaan Iman.

Telefon Aaisyah berbunyi.Segera dilihat nama pemanggil di skrin 'Abang Iman' dan Aaisyah tersenyum lega.

"Alhamdulillah Abang Iman call ma."ucap Aaisyah tenang.Kemudiannya Aaisyah mengalirkan air mata apabila mendengar segala butir dari pemanggil.

" Maaf.Ini isteri Iman Naim Bin Ahmad Zaki ke?Suami puan terlibat dengan kemalangan langgar lari.Mangsa sekarang ada di ruangan icu di hospital Besar"ujar seorang perempuan di hujung telefon.

"Erm terima kasih.Mama Abang Iman ma.Abang Iman ada kat hospital sekarang.Kita pergi sana eh ma."ujar Aaisyah resah.Hampir terjatuh telefon pemberian Iman dua tahun lepas selepas mendengar berita tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience