Bab 12

Romance Completed 7823

Setibanya di Hospital Besar , Aaisya terus meluru ke kaunter menyanyakan soal keberadaan Iman ketika itu.Mama yang di belakang hampir ketinggalan.

"Nurse.Iman Naim Bin Ahmad Zaki ..patient langgar lari." ujar Aaisya dalam keadaan resah.Mama tiba di sisi Aaisya.Nurse tersebut melemparkan senyuman.

"Ouh ini keluarga patient ye?Patient sekarang ada di icu di hujung sana.InshaAllah kalau dah stabil dia dipindahkan ke wad 501 di tingkat 3.Harap puan bersabar dan dapat tunggu di kafeteria sementara patient masih dirawat." balas nurse yang bertanda nama 'Amanina'.

"Em baiklah.Terima kasih nurse." ujar mama.Dirangkul bahu Aaisya untuk ke tempat duduk yang disediakan.Aaisya tersedu-sedan mengenangkan suami tercinta yang sedang bergelut dengan maut saat ini.Mulut masing-masing terkumat-kamit mendoakan Iman yang terbaik.

Tak lama kemudian muncul doktor Akil , merangkap kawan kepada Iman.Akil kelihatan lega dan tenang saat menyapa Aaisya dan Mama.Aaisya dan Mama berdiri.Moga-moga berita gembira.

"Em puan ibu dan isteri Naim kan?Saya Akil kawan Iman masa kat U dulu.Alhamdulillah Iman dah stabil.Cuma.. harap puan berdua dapat bersabar, Iman sekarang ni mengalami amnesia dan sebelah kaki kanannya lumpuh.Kedua-dua penyakit ini boleh sembuh sekiranya puan sekeluarga dapat memberikan sokongan moral."terang Doktor Akil sambil meletakkan steteskopnya ke leher.

Aaisya hampir terduduk mendengar berita tersebut.Ya Allah dugaan apakah ini?Mama pula mengalirkan air mata mengenangkan nasib sepasang suami isteri yang baru sahaja hendak menggapai kebahagiaan.

" Em puan.Berkemungkinan Iman amnesia yang hanya dapat mengingati perkara yang terjadi 5 tahun lepas.Namun inshaAllah dengan izin Allah .Iman dapat sembuh perlahan-lahan."ujar Doktor Akil lagi.Mereka berdua tidak dapat memberikan sebarang

Aaisya menangis semakin kuat namun mama kelihatan tabah tapi sebenarnya hati bagai berkecai derai mendengar maklumat perkembangan Iman.Mereka akhirnya menuju ke wad 501 seperti yang disebutkan oleh Nurse Amanina sebentar tadi.Keresahan tidak dapat dibuang dari benak mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience