Part 12

Romance Series 3717

Inilah harinya. Hari yang menentukan markah untuk exam nanti. Memandangkan Darwish dikeluarkan dari kumpulan, jadi, dia tidak mendapat satu pun markah untuk bahagian drama.

"Okay sekarang dipersilakan Group Arisyia untuk melakonkan drama." Umum Mr. Tan.

Mereka melakonkan cerita mereka. Pada secene yang hampir tamat, macam dibincangkan ialah babak watak Syia diculik lalu watak Aidan menyelamatkan Syia. Apabila hendak ke scene seterusnya, Aidan terpijak kain Syia lalu Syia hampir tersadung tetapi Aidan sempat menangkapnya. Mereka saling bertentang mata kerana terkejut dengan apa yang baru terjadi.

Selepas itu, Aidan tersedar lalu meneruskan lakonan. "Nisa, Saya takkan lepaskan awak. Walau macam mana pun awak saya punya. Mine. Ingat tu sampai bila-bila. I love you." Syia tersedar selepas Aidan bercakap. Syia berdiri lalu ke hadapan dan menunduk dan berterima kasih kepada penonton lalu Aidan, Aira, Ajim dan Hana membuat benda yang sama.

~~~~~~
"Sekarang keputusan akan diumumkan. Semua markah ini diberi oleh Juri jemputan dan bukan saya. Well, saya lupa nak bagitahu yang siapa yang menang akan dapat berlakon cerita director terkenal iaitu Suzana Andarna." Semua mula berbisik kerana terkejut dan teruja.

"Baiklah pemenang untuk drama stage ni ialah..." Debaran oleh setiap peserta. Ada yang meramaskan tangannya. Ada yang terloncat-loncat. "....ialah..." Mr.Tan membuka kad penentuan. "Kumpulan Arisyia!" Semua menepuk tangan dan bersorak.

Syia berdiri dari tempatnya lalu terduduk di atas tanah kerana sangat terkejut. Yang lain pula berdiri sambil menutup mulut. Tidak sia-sia usaha mereka hanya dua minggu untuk mengubah banyak perkara selepas apa yang Darwish telah lakukan. Ada hari yang mereka tidak tidur kerana hendak menempah itu ini dan mengubah script dan berlatih.

Syia naik ke atas pentas bersama dengan ahli kumpulannya lalu mengambil piala berserta sijil. Mereka turun dari pentas lalu duduk semula di tempat mereka tadi.

"Apapun kamu semua yang lain jangan mengalah masih ada lagi untuk masa yang akan datang. Dengan ini kamu semua boleh bersurai." Semua yang di dalam kelas mengambil beg mereka lalu mengucapkan tahniah kepada Syia.

"Kamu takkan dapat satu markah pon!"  Tengking Mr.Tan. Kumpulan Syia ialah kumpulan yang hanya ada di situ. Jadi, mereka terkejut mengapa Mr. Tan menengking budak yang sedang bercakap dengannya.

Kumpulan Syia mendekati Mr. Tan. "Mr. Tan, kenapa Mr. Tan marah Darwish ni?" Tanya Ajim. "Budak ni tak tahu malu. Nak mintak markah dan masuk untuk berlakon dalam cerita yang kamu akan lakonkan tapi bila mintak mempersembahkan tak jugak. Bila tarik diri tak bagitau saya nasib la Syia dah bagitahu. Jadi memang tak la kamu nak dapat satu markah pun."

"Eh Syia! Kau ni memang bodoh kan? Aku kata nak tarik diri sebab aku kena jaga orang. Aku dah tolong buat script semua kau tak hargai and kata aku tak bekerjasama?!"

"Darwish Zayyan! Kau jaga sikit mulut kau! Kau tarik diri sebabkan girlfriend kau! Kau saja kan? For your information, kami yang ubah script tu sebabkan kau dah menyusahkan kami. Kami sampai tak tidur malam tau berlatih dan ubah script ni balik. Ni semua salah kau!"

"Eh aku kesah apa kau tidur tak? At the first place mostly aku yang buat kan? So Mr Tan, saya layak la dapat markah."

"Sorry no means no. Plus awak ni tak bertanggungjawab langsung. Kesian Lisa dapat lelaki yang macam ni." Ha. Padan muka sedas kena dengan Mr. Tan. Lalu dengan itu, Mr. Tan berjalan balik.

"Eh heran apa aku orang tua? Aku tak hingin la nak berlakon." Darwish menjerit. "Korang ni pon. Bukan hebat sangat. Sebabkan simpati ja juri tu bagi markah kalau tak mesti rank last." Dengan itu Darwish berjalan pergi.

"Tak hingin konon. Tapi merayu jugak dekat Mr. Tan." Hana menjeling.

"Ish dah la. Malam ni siap aku belanja korang tempat paling mahal." Syia mengusap pipi yang dibasahi air matanya.

"Seriously?!" Semua berkata dengan nada yang terkejut.

"Yup. Dah jom balik."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience