Part 13

Romance Series 3717

"Wahhh. Hotel ni yang ada pemandangan cantik dari atas kan?" Aira bertanya.

"Haah...dah jom." Semua keluar dari kereta Ajim kecuali Aidan. Aidan hanya tercegat di situ. "Weyh keluar la tunggu apa lagi?" Ajim memetik jari di depan Aidan yang termenung. "Aku...aku...kau...korang tahu kan aku takut tinggi! Syia kenapa kau bawa aku pergi tempat tinggi ni?!"

"Alahhh jom la sekali sekala. Jom!" Syia menarik lengan baju Aidan lalu dia keluar dari kereta. Syia berlari masuk dan menuju ke lif masih memegang pergelangan tangan Aidan yang berlapik lengan baju labuhnya.

Mereka bertiga yang lain pun menuju ke lif. Setibanya di belakang Aidan dan Syia mereka tergelak kecil. Hana menghampiri Syia lalu berbisik sesuatu. "Syia, kau pegang tangan Aidan." Syia memandang Hana dengan muka pelik lalu menundukkan pandangannya ke tangannya. Hana betul. Syia melepaskan tangannya lalu pipinya menjadi merah padam dan dia menggigit isi dalam pipinya.

Dalam diam, pipi Aidan juga merah. Ajim melangkah ke tepi Aidan lalu memandang Aidan dengan sebelah mata sambil tersenyum sinis. Aidan hanya menjeling.

::::::::::::::::
Mereka mengambil tempat duduk di luar kawasan pintu kaca. Aidan duduk di hujung meja hadapan Syia, Ajim di depan Aira dan Hana di tepi Aira. "Wah! Cantiknya!" Jerit Aidan dengan penuh kegembiraan. "Tengok. Tak takut dah kan?" Syia menyatakan. Aidan memandang Syia sambil tersenyum lalu mengalihkan pemandangannya balik ke pemandangan bandar.

"Kejap weh aku nak pergi tandas. Aku minum banyak sangat Air Lemon sebelum tadang hihi. Kalau waiter datang kau order kat aq sirloin steak. Dengan Ice Peach Tea." "Okay." Aira menjawab.

Selepas Syia hilang dari pandangan mereka, Aira, Ajim dan Hana memandang Aidan serentak.
"Apehal korang tengok aku macamtu?"

"Wah. Inilah hero yang tangkap heroin atas stage tadi." Hana menyakat.

"Eh dah dia nak terjatuh. Aku tolongla. Takkan nak biar dia jatuh. Tak tentu pasal semua gelak."

"Ha iyela. Kau sebenarnya memang saja kan nak bagi dia jatuh and then kau tangkap then tiba-tiba 'crush' kau jatuh cinta dengan kau and..." Aira tidak menyambung ayatnya.

"And apa?"

"And...Queen One-Sided Love bercinta dengan King One-Sided Love kita. Pap! Cinta akhirnya bertepuk dua belah tangan." Ajim menyambung ayatnya.

"Kenapa aku jadi King One-sided Love pulak?"

"Sebabnya, kau suka dia dari first kita semua berjumpa. But dia tak nampak yang kau sukakan dia and kau tak confess pon kat dia. Aku kagum lah macam mana eh kau boleh simpan perasaan kau selama dua belas tahun lebih and tengok dia happy dengan orang lain and tak confess sampai sekarang. Plus tak bagi kitorang bagitau dia pulak tu. " Hana menambah.

"Aku kan hebat." Aidan membuat muka bangga.

"Hek eleh. Eh. Kau tak nak try dia ke? Sekarang ni tengah dia tak de crush plus nak ke tengok dia menangis lagi?" Ajim menyoal.

"Memang tak la. Aku nak jaga dia tahu tak. Aku cintakan dia sepenuh hati aku. Aku takkan lepaskan dia kali ni bukan lagi."

"Habis apa kau nak buat?" Tanya Ajim

"Ke langkah yang paling jauh."

"Apa?"

"Aku nak masuk meminang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience