Crush pertama Syia. Namanya Hazwan Adri but panggilan Haz. Syia kenal dia waktu tingkatan satu. Handsome? Meh .....bolehla. Dia ni memang baik. Selalu tolong orang. Itulah sebab Syia sukakan dia.
Cerita dia bermula macam ni.
Selepas mendapat keputusan Upsr, Syia dan keluarganya perlu tunggu untuk keputusan sekolah yang Syia akan dapat. Akhirnya, Syia disekolahkan di SMK Batu Anjung (main reka jela hehe).
Syia berharap sangat Hana dan Aira dapat sekolah yang sama dengannya. Dan memang harapannya tercapai bukan sahaja itu malah dua kawan baik lelakinya iaitu Aidan dan Ajim sama sekolah dengannya. Sama kelas lagi tu.
Waktu tu pengawas orientasi suruh masuk kedalam kelas masing-masing. Kelas yang mereka berlima dapat ialah 1 Emas.
Semasa di dalam kelas, Cikgu suruh pilih tempat duduk masing-masing. Hana sudah berpasangan dengan Aira manakala Aidan pula berpasangan dengan Ajim dan Syia pula keseorangan.
Di dalam fikiran Syia, dia terfikir dimana tempat kosong yang ada lagi.
“Kak,? Kenapa tercegat kat situ lagi? Kenapa tak cari tempat duduk?” Tanya cikgu kelasnya.
“Oh um...saya tak dapat cari tempat duduk lah cikgu.”
“Oh kalau macam tu kamu pergi duduk tepi abang yang kat tempat duduk belakang sekali tu.”
“Oh o-ok.”
“Jangan nak malulah bukan Cikgu suruh kamu kahwin dengan dia pon.”
“Hadeh cikgu ni kahwin kahwin pulak” kata Syia dalam hati.
Selepas semua murid memilih tempat duduk, cikgu memberi mereka sehelai borang yang bertulis:
Nama:
Kelas:
No. Ic:
Alamat:
Nama ibu:
Nama bapa:
“Ok kelas, cikgu nak kamu keluarkan sebatang pen. Masuk sekolah menengah ni kamu dah tak boleh pakai pensel semua pakai pen je.”
“Alamak. Pen aku tak bawa la pula. Macam mana ni haishh.” Kata Syia dalam hati.
Selepas Syia berfikir, sebatang pen dihulur ke depan Syia oleh seseorang. Syia mengikut tangan yang menghulurkan pen itu.
“Takde pen kan? Nah pinjamlah.” Kata lelaki ditepinya itu.
“T-thanks.”
‘Apehal kau ni Syia. Kenapa hati kau tiba-tiba berdegup kencang ni? Ya Allah. Jangan kata aku dah jatuh cinta.’ Fikir Syia.
Selepas pengedaran buku teks, semua murid boleh balik ke rumah.
“Weyh Syia. Mak aku kate kau balik dengan aku harini. Mak kau ada kerja.” Kata Hana.
“Oh okay. Bye kami pergi dulu.”
“Kamu duduk dulu dalam bilik Hana. Nanti mak kamu sampai Auntie panggil kamu.”
“Okay auntie.”
Lalu mereka pun masuk ke dalam bilik.
Satu saat. Dua saat. Tiga saat.
Tiba-tiba Syia teringat yang dia tak pulangkan pen lelaki yang duduk sebelah dia.
“Takpela. Nanti bukak sekolah kau bagi la kat dia.”
“Haah,kan. K la.”
“Wey. Jom buat group chat bff nak?” Tanya Syia.
“Okay jugak.”
Craziest BFF created by SYIAWOOTWOOT
SYIAWOOTWOOT added Airajim
SYIAWOOTWOOT added HANADULSET
SYIAWOOTWOOT added AidanFemes
SYIAWOOTWOOT added Ajimaira
Syia: So basically ni group bff ONLY US. Okay tak?
Aira:Ofc ler.
Aidan:Once I Jim in I’ll never Jim out. So I’ll Jim in.
Ajim:Beres boh. Btw, Aidan sejak bila kau layan korea?
Syia:Tah apa la kau anak cina.
Aidan:Stop calling me anak Cina. Plus aku kan darah melayu plus Cina blah Korea. So....tak salahkan?
Syia:Ha kau sendiri anak cina ennnnnn!
Hana:Tak salah cuma pelik.
Aira:Hah.
Aidan:(replied to Syia) Whatever la. ??.
“Syia. Mak kamu dah datang.” Panggil mak Hana.
“Okay auntie. Syia datang....k la Hana aku balik dulu.”
“K byeee.”
Share this novel