Part 1

Romance Series 3717

“Wey Syia. Kau siap tak assignment yang Mr. Tan bagi?” Tanya Aira kepada Syia.
“Mestilah aku dah siap.” Kata Syia dengan penuh yakin.
“Macam biasa....nak tengok boleh? Hehe.” Aira berkata dengan penuh tak malunya.
“Hoi. Mana boleh buat la sendiri. Sampai bila nak jadi pandai kalau asyik tiru je....Eh tapi aku pun tiru kau jugak kadang-kadang. Eh tapi tu bila aq punya otak tak berfungsi. Argh apa-apa jela kau buat la sendiri.” Dengan tegas Syia berkata. “Alahhhhh kau ni. Huh! Ha Hana sini sini kau si-“kata-kata Aira dipotong oleh Hana. “No. Kau buat sendiri.” “Huaaaaa.” “Nah.” Azim atau nama samarannya Ajim meletakkan satu buku di depan Aira. “Yeayyyy. Sebab tu aq sayang kau.”Kata Aira dengan penuh gembira. “Okay eww. Pasangan bercinta boleh keluar.” Aidan tiba-tiba mencelah. “Eleh. Jealous la tu kau takde awek.” Usik Ajim. “Takde masa kay nak jealous. Ramai lagi pompuan yang kat luar sana sukakan aku cuma aku je tolak.” Kata Aidan dengan penuh keyakinan.

“Ewww. Perasan. “ Hana mula bersuara. “Ala kau pon jealous en sebab aku ni famous tapi kau tak.” Aidan berkata dengan rasa geram. “ Eheh, aku lagi famouslah.” Hana sudah berdiri kerana dia berasa sangat geram dengan Aidan kerana Aidan suka cari gaduh dengan orang.

Baru sahaja Aidan hendak berkata sesuatu tetapi kata-katanya dipotong oleh Syia. “Ha. Baguslah jadi famous ni. Tengok macam aku asyik one-sided love je.” “Eh k-kau j-jangan la sedih. Umm. Ha tu dia datang!” Ayat terakhir yang dibisik oleh Aidan membuatkan semua berpaling kepada mamat yang ditujunya.
Darwish. Lelaki ni lah yang Syia suka. Dah dekat dua tahun Syia sukakan dia. Well rasanya dia boleh agak sapa sukakan dia. Tapi tak tepat lagi.

Darwish jalan mendekati mereka. Sebaik sahaja Darwish dekat dengan tempat duduk mereka, dia memberi salam kepada mereka berlima dan jalan terus ke tempat duduknya.

Empat dari lima orang itu menjawab salam dengan biasa manakala Syia pula menjawab dengan penuh. “Kau...bukan kemain jawab salam dia tu.” Kata Ajim sambil menggelengkan kepalanya. “Alah. Kau pon sama ja kan kalau dengan Aira.” Kata-kata Aidan membuatkan Ajim terdiam.

Selepas beberapa minit, Mr. Tan masuk dan memulakan pengajarannya. Pada akhir kelas, mereka semua dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk projek exam mereka.

Syia berasa lega kerana kawan-kawan baiknya didalam kumpulan yang sama dengannya. Tapi Syia lebih gembira apabila dia didalam kumpulan yang sama dengan Darwish.

Selepas mengemas barang untuk balik, Darwish datang ke tempat duduk mereka dan memberikan nombornya kepada mereka. Katanya selepas save nombornya dia hendak buat satu group chat. Kemudian dia memberi salam dan keluar dari kelas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience