Seperti yang dijanjikan, pada hari Sabtu Aidan menjemput ibunya dari rumah dan ke rumah Syia. Setibanya di depan rumah Syia, hati Aidan mula berdebar dengan kencang dan takut Syia akan tolak pinangannnya. Kelihatan kasut Aira dan Ajim sudah di depan pintu rumah Syia menandakan yang mereka sudah ada di dalam rumah.
Aidan mengunci pintu keretanya. Auntie Salina iaitu ibu Aidan melangkah untuk ke depan pintu masuk rumah diiringi Aidan. Mereka memberi salam dan seperti yang diagak Auntie Wida, Hana, Ajim dan Aira menjawab salam tetapi Syia tidak kerana dia tiada di situ. Mereka berdua dijemput masuk dan mereka duduk di sofa tepi Auntie Wida. Selepas seketika, Syia datang ke ruang tamu bersama air. Syia menghidangkan air tersebut dan duduk di tepi Ibunya.
"Korang semua ni datang kenapa?" Tanya Auntie Wida.
"Kami datang ni sebenarnya..." Aidan memandang emaknya. Dia menggenggam cincin yang ada dalam poket. "Sebenarnya apa?" Tanya Syia.
"Kami datang ni ada satu hajat." Kata Auntie Salina. "Hajat? Hajat apa?" Tanya Auntie Wida lagi. "Kami nak meminang anak Wida, Syia." Sambung Auntie Salina pada masa yang sama , Aidan mengeluarkan cincin yang dibelinya dan membuka bekasnya. "Ini cincinnya." Serah Aidan kepada Auntie Wida.
Syia hanya terlopong. Dia memandang Aidan kemudian memandang cincinnya dan menjerit "What?! No way!" "Syia duduk!" Arah Auntie Wida. Syia duduk tetapi masih mengerutkan muka. "Kami terima." Auntie Wida berkata. "What? No way Ma! Syia tak terima. Maaf Auntie Salina tapi Syia tak boleh terima." "Syia! Syia ni dah kenapa! Kan Syia dah janji kalau siapa saja yang masuk minang tak kira la kenal ke tak Syia akan terima ja. Ni yang kenal lagi tu." Marah Auntie Wida. "Ya memang Syia dah janji but Syia tak cintakan dia plus Syia dah anggap dia macam abang sendiri dah!" Syia sudah berdiri dan hendak menaiki tangga tetapi langkahnya terhenti apabila Hana bersuara.
"Syia, Dia dah cintakan kau lama dah Syia. Sejak kita start berkawan. Dia pendam perasaan dia kat kau sebab kau asyik dengan crush kau. Dia tak berani nak luahkan perasaan sebab dia takut yang kau akan tolak. Dia dah cuba buktikan yang dia sayang kau tapi kau tak nampak dan tak habis dengan crush kau. Syia kau selalu kata kan yang kau tak suka orang yang bagi One-Sided love kat orang lain. Habis kau ni? Dia dah pendam lebih dari dua belas tahun. Dia membesar dengan kau. Kau tahu rahsia dia. Dia pon tahu rahsia kau. Kau boleh bayangkan tak selama mana dia pendam cinta dia kat kau. Aku kata ni bukan nak kata yang aku suka kat dia tapi disebabkan dia kawan baik aku dan aku percaya yang dia boleh bahagiakan kau. So now? Lepas dengar apa yang aku kata? Kau sedar?."
Semua terdiam. Syia berjalan dengan perlahan dan duduk di tempat asalnya. Syia memegang sambil memandang bekas yang terletaknya cincin yang mempunyai hati dia atasnya. Syia memejamkan mata lalu mengeluh. Syia mengambil cincin itu lalu menyarungkannya ke jarinya dan berkata. "Syia terima."
"Alhamdulillah." Semua kecuali Syia berkata.
"Sekarang Syia bakal menantu Auntie Syia panggil mama je lah." Auntie Salina berkata dengan senyuman lalu Syia pon tersenyum.
"M-minum la air ni. Penat Syia buat." Syia senyum.
"So bila tarikh perkahwinan? Bulan depan okay?" Tanya Auntie Salina.
"Eh ma tak rasa cepat sangat ke tu?" Aidan tergagap.
"Syia ikut je lah." Syia berkata sambil memandang bawah.
"Kalau macamtu esok kita pergi cari design baju pengantin okay?" Auntie Wida memandang Syia. Syia hanya mengangguk.
"Ajim nak ikut sekali boleh?" "Haih tak payah!" Aira memukul bahu Ajim. "Boleh je." Kata Auntie Wida.
"Aira ada plan lagi bagus. Apa kata, Syia dengan Aidan tempah baju pengantin, Aira dengan Hana tempah design Auntie Wida, Auntie Salina dengan Ajim tempah hantaran. Ajim kau ajak la Auntie Rania sekali." "Apasal kena libatkan mak aku pulak?" Ajim memandang Aira. "Alahhh bawa je la."
"Ye la. Esok pukul sepuluh siap ye Auntie berdua. Ajim ambil." "Habis aku dengan Aira. Nak naik apa?" "Naik grab je la." Ajim gelak. Aira memukul bahu Ajim lagi. "Ye lepas aku ambil mak aku, Auntie Wida dengan Auntie Salina aku ambil la korang dua. Esok kau pergi la rumah Syia senang ambil korang sekali. Dah la Ajim minta diri dulu Aira jom." "Tunggu." Aira mengejar Ajim.
"Ha dah macamtu Salina datang rumah Syia ni esok la. Lepas Aidan drop Salina boleh la Syia ikut sekali....Kami minta diri dulu lah ya." Selepas bersalaman dengan mereka yang lain Auntie Salina keluar dari rumah diiringi Auntie Wida. Aidan bercakap dengan Syia mengatakan bahawa esok dia akan menjemputnya pukul 9.30 pagi dan Aidan terus masuk ke dalam kereta.
'Ya Allah. Betulka apa yang aku buat ni?' Kata Syia dalam hati.
Share this novel