"M-maksud kau...kau tak nak berlakon part tu?"
"Yup sebabkan part tu sweet and aku dah ada girlfriend 'kesayangan' aku so aku nak tolak."
"Darwish Zayyan! Kau tahu tak tinggal lagi berapa minggu je lagi nak berlakon tu! Keep on jela dengan watak tu! Mana ada sapa nak boleh ganti!" Syia menjerit dengan nada marah sambil berdiri dan menepuk meja. Nasiblah tak ramai yang kat situ.
"No way. Aku takkan buat girlfriend aku jealous. Ke....ini tactic kau nak dapatkan aku? Then bila Lisa jealous...and andainya kami break....kau boleh la dapat aku kan?"
"Kau ingat Syia tu macam tu ke?! Dia bukan macam kau la bodoh!" Jarang Aira marah orang tetapi sebabkan dah sampai 'limit', kenalah kan?
"Eh. Backup dia. Ke kau pun sukakan aku?"
Syia berjalan di tepi Darwish lalu menamparnya dengan kuat. Ha padan muka. Maklumlah Syia ni kuat, jadi sapa kena tampar dengan dia mesti merah dan ambil masa berhari-hari untuk sembuh sebab Syia tampar macam kena air panas.
Syia mengambil barangnya lalu berjalan ke kereta.
"Kau memang tak guna betul lah! Dari dulu lagi kau sama ja! Sweet talk sangat dengan perempuan pastu bagi fake hope lah ataupun gunakan dia ja. Kesian Lisa dia tu buta! Nasib lah kau dah buat macam tu kat Syia. Baru dia tahu kau sapa." Aidan berdiri.
"Kau pun sama ja playboy. Tak guna, tak guna jugak." Bukk! Satu tumbukan di muka Darwish. Aidan mahu menumbuknya lagi tetapi ditahan dan ditarik oleh Ajim. Ajim menarik Aidan sampai ke kereta.
Aidan membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam kereta. Syia duduk di tepi pintu. Dia melihat ke luar tingkap sambil mencengkam giginya dan menangis perlahan.
Aidan memulakan perjalanan ke rumah Syia dan Hana.
Mereka semua berkumpul di ruang tamu.
Syia mengambil script yang di atas meja dan membaca beberapa ayat lalu menghempas script tu semula ke atas meja.
"Sekarang sapa yang nak ganti tempat jantan tak guna tu?!" Syia meninggikan suara.
"Kita terpaksalah tarik diri nampaknya... sapa yang boleh ganti dia?" Hana bersuara
"And let us all fail?" Syia merenung Hana dengan muka marah.
"No choice right-" kata-kata Aira dipotong oleh Aidan.
"Biar aku ganti tempat dia."
"What?! Mustahillah kalau nak memorise all of the dialogues for two weeks."
"Either, fail or let me."
"Okay, okay."
"By the way, I've memorise half of the script and everyone's dialogue."
"Wow....boleh kau lakonkan sikit?" Tanya Ajim.
"Aku takkan lepaskan kau lagi. Tak da sapa yang boleh pisahkan kita lagi. Hanya takdir saja tapi aku boleh ubah takdir tu kan?" Aidan melakonkan sedikit 'part' Safuan.
Wahhh! Semua menepuk tangan tanda kagum dengan persembahan dilakonkan Aidan tadi.
"But yang akan suka Hana nanti siapa?" Tanya Ajim.
"Takpa ending untuk Hana tu kita ubah sikit. Esok kita bagitahu Mr. Tan yang Darwish tak nak bagi kerjasama." Syia berkata dengan senyum sinis.
————
"Mr. Tan..." Sapa Syia sebagai ketua kumpulan.
"Yes Syia? May I help you?"
"Umm...sebenarnya seorang daripada group kami tak nak bagi kerjasama. Dia sepatutnya lakonkan watak utama tapi last minute dia tolak. Then nasib baik Aidan tolong gantikan tempat dia but sekarang dia tak nak bekerjasama dengan kami sebabkan girlfriend dia so....."
"Darwish?"
"Macam mana Mr. Tan tahu?"
"Siapa yang tak tahu pasal Darwish tu? Dan saya tahu yang kamu sukakan dia dulu. But tulah lagi bagus kalau kamu dah tahu perangai sebenar dia. Well by the way, kamu singkirkan je la dia dari group. Takpa markah kamu untuk exam will all be fair."
"Okay thanks!"
Share this novel