Part 10

Romance Series 3717

Untuk sepanjang bulan, mereka berenam hanya menyiapkan script dan berlatih untuk watak.

Aidan, Aira, Ajim dan Hana berharap sangat yang lakonan untuk exam habis cepat sebabkan Darwish dan Syia asyik bersweet-sweet je tak habis. Jealous? Ade la sorang tu but yang lagi tiga? Nope tak pon sebab mereka tiga ada yang mereka cinta.

Skript sudah siap dan lakonan pun tak perlukan banyak latihan sebab lakonan 'almost perfect'. Tinggal lagi dua minggu sahaja untuk persembahan lakonan mereka.

Pada hari Rabu minggu itu, hari yang paling sedih untuk Syia.

Ceritanya bermula pada pagi itu.

Syia dan Hana masuk ke dalam kelas dan kedengaran murid berbisik sesama sendiri. Syia dengar macam 'post' Darwish di WeChat....?

Syia duduk di tempatnya dituruti dengan Hana. Aidan, Ajim dan Aira yang sudah lama berada di situ mengalihkan pandangan dari telefon ke Syia. Mereka bertiga memberikan Syia 'nervous expression' kepada Syia.

Hana yang duduk selamba disitu membuka telefonnya dan memberikan nada terkejut dan memandang Syia dengan tangannya di mulut kerana aplikasi yang pertama dibuka oleh Hana ialah WeChat.

"Korang ni dah kenapa?"

"T-takde apa."

Syia merampas telefon dari Hana tanpa Hana sempat menahan Syia dari mengambil telefonnya, Syia mengeluarkan satu nada terkejut. 'Post' yang pertama dilihatnya ialah post Darwish menunjukkan gambar Lisa dengan bentuk hati ditepi dan 'caption' ditulis 'My Bae??????'. Syia 'scroll' ke bawah dan melihat post Lisa yang menunjukkan gambar Darwish dengan 'caption' ditulis 'Sayang I ??'.

Pada masa itu pula lah kebetulan Darwish dan Lisa datang berdua-duaan ke kelas dan lalu ditepi mereka berlima.

"Well guys. Like you know, this is Lisa. Dan mulai sekarang dia girlfriend aku." Darwish berkata kepada mereka lalu duduk di tempatnya.

Syia berlari anak keluar dari kelas. Di luar kelas, dia duduk di tepi kerusi yang berhampiran pasu bunga. Dia menerkup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya dan menangis teresak-esak.

Hana dan Aira berlari ke arah Syia lalu menepuk sedikit belakang Syia.

Tak seberapa ketika, banyak tapak kaki keluar dari kelas. Aidan dan Ajim mendekati Syia.

"Sy-Syia....harini kelas cancel. J-jom balik." Aidan berkata lalu menghulurkan beg Hana dan Aira kepada mereka manakala dia menggalas beg Syia.

Hana dan Aira menjinjing Syia ke kereta Aidan berjenama Alphard berwarna hitam. Hari ini Ajim dan Aira menumpang kereta Aidan manakala Hana dan Syia datang menaiki bas jadi balik mestilah terpaksa dengan Aidan.

Syia duduk di tempat duduk di tepi pintu dan menolehkan pandangannya ke luar tingkap sambil menangis.

Tibanya di rumah Syia, semua keluar dari kereta dan masuk ke dalam. Syia duduk di atas sofa lalu sambung menangis dengan kuat. Dia menutup mukanya dengan bantal lalu menjerit untuk memuaskan diri. Setelah , dia meletakkan bantal ke tepi.

"Apa nak jadi dengan aku ni? Tak guna, Tak guna, Tak guna!" Syia bercakap dengan tersekat-sekat. Biasala. Orang kalau makin lama menangis kan susah nak bernafas.

"Sabar la Syia." Aira memegang bahu Syia.

"Haah. Ramai kat luar sana lagi bagus dari dia." Hana separa memeluk Syia.

"You deserve better." Ajim menepuk sedikit bahu Syia.

"Satu hari kau akan nampak siapa sukakan kau" Aidan yang di tepi pintu dari tadi melangkah ke depan Syia.

"Asyik dapat fake hope je. Laki ni memang suka bagi fake hope eh? Tak guna." Syia menundukkan mukanya.

Mereka menenangkan Syia sebentar. Selepas Syia bertenang, dia mengambil langkah dan masuk ke dalam bilik.

Ajim mendapat satu panggilan dan melihat Id caller yang terpapar. Darwish. Ajim menjawab panggilan dan mendekatkan telefon ke telinga. Dia membiarkan Darwish bercakap kerana dia sangat marah kalau sekali keluar suara, mahunya suara dengar satu kawasan perumahan ni.

"Esok, aku nak jumpa korang semua. Jangan sorang pon tinggal. Aku nak bincang benda penting pasal drama." Dengan itu Darwish menamatkan panggilan.

"Sapa tu?" Tanya Aira.

"Darwish."

"Eh jantan tu nak apa lagi ha! Tak habis nak sakitkan hati perempuan. Dasar playboy!" Aidan menjerit sedikit.

"Relax, dia kata ada perkara penting dia nak bincang pasal drama tu. So, esok dia nak jumpa kita."

"Oh..." Hana mengeluh.

Keesokan harinya, mereka berjumpa di tempat biasa.

"Ha. Sampai pun korang ingatkan taknak datang dah."

"Kalau boleh memang tak nak pon." Ajim menjeling.

"Well....duduklah dulu. Order la apa pon."

"Eh cepat sikit boleh tak. Cepat cakap cepat habislah bincang semua ni. Ingat kami tak da benda nak buat ke?" Hana bercakap dengan nada marah.

"Okay....relax....benda yang aku nak cakap ialah...aku nak quit dari watak Safuan tu."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience