Hari itu sepatutnya dijadikan hari persandingan mereka tetapi digantikan dengan hari pernikahan. Syia tidak mahu bernikah dengan Aidan tapi disebabkan Aidan telah menyelamatkannya, Syia hanya bersetuju.
Syia mandi dan menukar dress pengantinnya kepada dress pengantin yang lagi satu. Aidan balik ke rumah untuk menukar baju.
Seperti hari sebelumnya, Aidan duduk berhadapan Tok Kadi.
"Sedia?" Soalan yang sama seperti kelmarin ditanya oleh Tok Kadi. Aidan mengangguk.
"Aidan Hakeef bin Azam Azlan, aku nikahkan dikau dengan Nurin Arisyia Badrina binti Mohd Arman Rizal dengan maskahwinnya empat ribu ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Nurin Arisyia Badrina binti Mohd Arman Rizal dengan maskahwinnya empat ribu ringgit tunai." Dengan sekali lafaz maka Syia dan Aidan sudah bergelar suami isteri.
Selepas membaca doa, Aidan duduk di hadapan Syia. Dia mengambil cincin dan menyarungkannya di jari Syia. Selepas itu, dia mencium dahi Syia.
!!!!!!!!!!!!!!
Selesai sahaja majlis, Syia dan Aidan balik ke rumah Aidan. Aidan mengeluarkan beg Syia dan meletakkannya di atas tanah. Syia mengambil begnya dan terus masuk ke dalam bilik Aidan. Syia tahu yang mana satu bilik Aidan kerana Syia dan banyak kali ke rumah Aidan bersama-sama dengan kawan baiknya yang lain.
Sementara Aidan sibuk di dapur untuk memasak air panas, Syia masuk ke dalam bilik air dan mandi. Selepas menukar baju ke baju tidur, Syia terus baring di atas katil dan tidur.
Apabila Aidan masuk ke dalam bilik, dia dapati yang Syia sedang tidur. Aidan masuk ke bilik air untuk mandi dan menukar baju ke baju tidur. Selesai mandi, Aidan baring di atas katil menghadap Syia. Dia menatap wajah Syia dan senyum. Dia mengusap pipi Syia dan menciumnya. Selepas itu, dia terus tidur.
Pada keesokan harinya, Syia bangun di tepi Aidan yang sedang tidur nyenyak. Di antara mereka ada sebuah bantal peluk yang menghalang mereka untuk mendekati masing-masing.
Syia turun dari katil dan masuk ke bilik air untuk mandi. Selesai mandi, Syia mengikat tuala di paras dada dan keluar dari bilik air. Syia membuka telefonnya dan membuka aplikasi Whatsapp kerana terdapat notification. Mesej itu adalah dari nombor 'Unknown'.
"Hai Arisyia, saya PA kepada Cik Suzana Andarna. Maaf kalau saya mengganggu kalau boleh, saya nak minta Arisyia dan yang lain untuk membaca script dengan kami pukul 12 nanti. Kalau Arisyia dan yang lain free lah."
"Kami free je jadi boleh bagi alamat?"
"Ini alamatnya. (Alamat kedai)"
"Okay thanks."
Syia keluar dari chat nombor itu dan membuka chat Craziest BFF.
"Guys pukul 12 pergi ke (Alamat kedai). Kita ada script reading dengan Suzana Andarna."
Syia keluar dari aplikasi Whatsapp dan menutup telefon. Syia mengeluarkan satu baju kemeja berbelang hitam putih dan seluar palazzo hitam dan memakainya. Selesai memakai baju, Syia mengeluarkan baju Aidan dari almari. Dia mengambil baju T-shirt putih dan jaket hijau berserta seluar jeans hitam dan meletakkannya di atas katil kerana Syia tahu Aidan suka memakai baju dan jaket.
Syia menepuk lengan Aidan untuk mengejutkannya. Aidan tidak bergerak hanya dengkuran kecil didengari. Syia menggoncangkannya. "Syia, you tidur lah...I nak tidur ni. You bagi la I tidur." Aidan menarik selimut sehingga menutup mukanya. "Aidan Hakeef! Bangun sekarang, kita ada script reading dengan director!" Jerit Syia.
Aidan terduduk dan menggosok mukanya. "Script reading? Sekarang pukul berapa?" Aidan bertanya. Syia tergelak kecil apabila melihat rambut Aidan yang kusut masai. "Twelve and now is eleven. Kau nak mandi dah tiga puluh minit nak pergi tempat tu tiga puluh minit, so baik kau mandi cepat." Syia menjawab. Dengan itu, Aidan mengambil tuala dan bergegas ke bilik air untuk mandi. Syia hanya menggeleng melihat telatah suaminya itu.
Semasa Aidan sedang mandi, Syia mengemas katil. Selepas itu, dia menyerika(ye eh? Sorry klu slh af x pndai bm??) baju Aidan. Setelah selesai, Syia turun ke bawah dan tunggu untuk Aidan.
Aidan keluar dari bilik mandi dan pelik siapa yang keluarkan bajunya. Aidan memakai baju yang Syia pilih dan turun ke bawah. Dia mengambil kunci kereta dan keluar dari rumah diikuti Syia. Mereka masuk ke dalam kereta Alphard Aidan dan Aidan memulakan enjin kereta.
Seperti biasa, Syia bermain dengan telefonnya manakala Aidan fokus pada jalan. "You?" Aidan memanggil Syia. "Hmm?" "You ke yang seterika baju I tadi?" "Taklah, Bibik." "Seriously? I takde bibik okay?" "Mestilah aku takkan hantu pulak." Syia menjeling.
Apabila Syia boring, dia Bluetooth telefonnya dengan radio. Dia membuka lagu pilihannya. Dia menari ikut lagu sebab biasala, kpop.
"You tak boring ke dengar lagu kpop hari-hari?"
"Kau pulak tak boring ke beleter sepanjang masa."
"Whatever plus, kau faham ke apa diorang kata?"
"So Cliche. Aku faham dengan baca lyric english dia la."
"Oh...."
Share this novel