"Feeling better?"
"Yup of course."
Pelayan lelaki mengambil pesanan mereka dan berlalu pergi.
"Tadi korang sembang apa yang sampai Ajim menari tu?"
"Ha-Oh um k-kami cakap pasal nanti trmpat mana kita akan berlakon." Aidan tergagap. Yang lain semua hanya berdiam diri.
"Oh...eh jom ambil gambar."
"Okay one two three."
Makanan mereka sampai seminit kemudian mereka mula makan. Selepas selesai makan, Syia membayar bil lalu mereka pulang.
———————
"Apa? Nak datang esok? Ha okay kakak nanti siapkan katil. Bye" Syia meletakkan telefon di atas meja.
Hana mendekati belakang Syia dan melihat ID caller yang Syia sedang bercakap tadi. Hana terus senyum sinis lalu masuk ke dalam biliknya tanpa menyapa Syia lalu mengambil telefonnya dan membuka aplikasi 'Whatsapp' dan menekan contact yang bertulis 'Airameowmeow'.
"Aira. Aku ada berita baik."
"Apa?"
"Esok Auntie Wida(mak Syia) nak balik rumah sini."
"So?"
"So kita kena la start plan untuk Aidan meminang Syia."
"Itu pasti tapi Auntie Wida duduk sini berapa lama?"
"Entah tapi selalunya sekurang-kurangnya Auntie Wida akan duduk sini sekurang-kurangnya dua minggu."
"Okay la kalau macam tu. So what's the first plan?"
"Esok kita ajak Aidan beli cincin. Kita pergi sama-sama kau bawak Ajim. Syia esok mesti kena layan mak dia. "
"Okay good."
Selepas itu, Hana keluar dari 'chat' Aira dan menekan 'chat' Aidan.
"Aidan Hakeef."
"Ya saya? Apa yang serious sangat ni?"
"Esok teman aku pergi beli cincin."
"Eh asal aku pulak? Bukannya aku nak kahwin dengan kau aku nak kahwin dengan Syia. Kau pegi la ajak Han "
"Kau ingat kau handsome aku nak kahwin dengan kau? Lagi pun aku dah lama tak jumpa si Han tu la. Eh ini untuk kau masuk minang Syia nanti la. Esok mak dia balik sini so kau boleh la masuk minang Syia nanti. Mak dia kalau balik sini at dua minggu so baik cepat."
"What?! That's impossible. Macam mana aku nak bagitahu mak aku yang aku nak masuk minang Syia? Plus sempat ke nak buat semua persiapan?"
"Aish kau bagitau je la mak kau hari ni plus takat beli cincin je dulu bukannya kau nak buat persiapan kahwin. Jangan jadi ngek."
"Ha iyela."
Aidan keluar dari 'Whatsapp' dan menelefon ibunya.
"Assalamualaikum mummy."
"Waalaikummussalam. Ha Aidan kenapa telefon mummy ni?"
"Ma...Aidan nak masuk minang seseorang."
"Alhamdulillah. Akhirnya, mummy dapat jugak jadikan Syia menantu."
"Eh...macam mana mama tau Aidan suka Syia?"
"Dah kamu asyik sebut je pasal Syia jadi mesti la mummy tau. Jadi bila kamu nak pinang dia?"
"Hujung minggu? Nanti Aidan ambik mummy boleh?"
"Okay. Habis cincin nak beli bila?"
"Esok Aidan pergi dengan Hana,Ajim,Aira."
"Okay lah kalau macam tu. Bye."
"Bye Ma."
'Kau akan jadi milik aku selamanya Syia' fikir Aidan sambil tersengih.
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
Pada keesokan harinya, Auntie Wida dijemput oleh Syia. Sedang Syia membuat air, Hana turun bawah memakai baju belang merah dan berseluar palazzo hitam dan menyatakan bahawa dia hendak keluar bersama kawannya.
Ajim,Aira dan Aidan menjemput Hana dan mereka menuju ke kedai yang menjual barang kemas iaitu Habib. Sampai di kedai, Hana meluru masuk ke dalam dan duduk di depan sebuah tray yang terletaknya pelbagai corak cincin yang berwarna silver dan gold. Orang lain yang nak kahwin dia pula yang 'excited'.
Hana memilih beberapa cincin yang berwarna silver dan membandingkannya. "Kenapa kau ambil silver je semua?" Tanya Aidan. "Yang gold ni tak cantik ke?" Tanya Aira pula.
Hana mengeluh dan memandang mereka dengan muka kau-biar-betul. "Korang ni kenal je dia 12 tahun lebih tapi apa pon tak tahu." Hana bercakap dengan nada malas. "Kenapa pulak?" Tanya Ajim. "Syia kan tak suka gold. Dia suka silver lagi lah." Semua membentukkan mulut mereka dengan 'O'.
"Aidan, kau pilih antara ni." Hana memberikan pilihan dia tadi kepada Aidan. Aidan mengambil satu cincin yang nipis yang hanya mempunyai bercorak hati di tengah dan menunjukkannya kepada Hana. Hana memandang cincin itu seketika lalu senyum dan mengangguk. Selepas membeli cincin, mereka membeli makan dan terus balik ke rumah.
Share this novel