"Syia, bangun Syia. Hana bangun." Kejut Aidan.
"Hmm?"
"Kita dah sampai dah."
"Sampai mana?"
"Rumah korang."
"Oh k thanks. Hana bangun."
"Dah sampai?" Tanya Hana
"Ha."
"Okay aku keluar."
"Aidan, nah." Syia menghulurkan duit kepada Aidan.
"Eh tak yah lah.
"Ambillah ni upah. Tadi dah 'jam' lagi tu kesian kau. Nahla duit minyak semua."
Aidan merenung Syia seketika baru dia mengeluh. "Syia.....kita kenal lebih dari 12 tahun dah Syia. Takkan aku nak ambil duit dari kau. Tu pegi la. Hana tunggu tu kesian dia."
"Haish. Yela. Kau pun dah macam abang aku. Thanks bro. Nanti aku belanja makan. Bye. Assalamualaikum.Goodnight Aidan. Take care bro. Thanks again."
"Welcome. Waalaikummussalam.Bye. Korang pon take care."
Selepas Syia menutup pintu kereta, Aidan memulakan perjalanan pulang.
'Abang' dengus Aidan.
'Kau anggap aku abang? Asalkan kau happy dah cukup lah Syia'
*ringring*
Aidan melihat ID caller yang di depan skrin telefonnya dan ID yang terpapar ialah 'Hana Syia's Twin'. Aidan menekan butang accept dan meletakkannya pada speaker.
"Hello?"
"Hello Aidan."
"Oh Syia kenapa?"
"Wey aku tertinggal beg aku dalam kereta kau la. Ada telefon aku skali . Kau tolong charge eh? And kalau Darwish mesej...kau tolong la balas apa-apa eh...kau kan 'sweet talker'..."
"Taknak aku nak mesej ngan dia kau pikir aku gay?"
"Alaaa...tolong arh. Mana nak tahu...dia terima aku? Boleh la....for your friend? No. For your sis? Kalau berjaya nanti aku belanja kau makan k?"
"Yela, yela. Nak yang mahal tau."
"Okay je. Thanks Aidan! Esok aku ambil aku punya beg okay? Bye."
"Hm. Bye."
'Syia, Syia.' Keluh Aidan
————————
"Kau....nak rehat sekali tak?" Tanya Haz kepada Syia.
"Eh tak kot...aku rehat dengan kawan-kawan aku...Well kau...mesti rehat dengan kawan-kawan kau en?..."
"Well....aku takda kawan lagi...kau sorang je la kawan aku dalam sekolah ni.."
"Kau takde kawan sekolah rendah yang masuk sini ke...?"
"Takde, semua dapat sekolah yang sama, alu sorang je terpesong, plus aku tak pandai buat kawan baru..."
"Oh macamtu...kalau macam tu kau jadi lah kawan dengan kawan lelaki aku"
"Kau ada boyfriend?"
"Aku kata KAWAN lelaki. Aku tak kata pon boyfriend."
"Oh s-sorry."
"Takpe.....Weyh Hana,Aira,Ajim,Aidan. Mai la sini."
"Yow apadia." Tanya Aidan
"Korang... ni Hazwan. Kita jadi la kawan dia...dia ni takde kawan lagi kat sini plus dia tak berapa pandai buat kawan."
"Hope kita boleh jadi kawan."
"Eh, boleh je. By the way, aku Hana."
"Aku pulak Aira."
"Aku Aidan."
"Aku pulak Ajim boyfriend Aira"
"Oh..."
"Kenapa terkejut?"
"Eh takde ape la."
"Ha dah la tu korang tiga pergi makan aku pergi dengan Aira dengan Hana. Nanti takut makanan habis."
"Okay."
—————
"Okay terima kasih kelas. Sebelum balik mari kita baca doa."
...
"Amin" semua mengaminkan doa.
"Syia....kau ada whatsapp?" Tanya Haz.
"Of course ada...Kenapa? Kau nak nombor aku?"
"Ha-haah...." Kata Haz dengan malunya.
"Kenapa?"
"T-tak...kalau tak boleh tak pe la....aku ingatkan kau boleh tolong aku dengan kerja bi sebab....aku tak pandai bi..." ayat terakhirnya dibisik.
"Oh...boleh je...aku saja je tanya....nah. 012-345 6789."
"Okay thanks...nanti aku chat kau...bye."
"Bye."
Ya Allah.....Happynya! Sapa yang tak gembira dapat nombor crush kan? Dengan itu Syia mengemas barangnya dan balik ke rumah.
Share this novel