Inilah harinya. Hari yang menentukan masa depan Syia dan Aidan.
"Arisyia, mama kau suruh kau pack. Nanti lepas nikah kau balik rumah Aidan....kau pehal tengok aku macam tu?" Aira menyampaikan pesanan Auntie Wida kepada Syia.
"Kau dah buang tebiat ke tiba-tiba panggil nama full aku? Plus kalau duduk sini je tak leh ke? Aku malas lah nak pack." Syia keluh.
Hana terdengar perbualan mereka apabila memasuki bilik Syia. Hana pon nak masuk air jugak. "Haishhh...mana boleh. Suami isteri kena duduk rumah sekali. Nanti bila kau dengan Aidan ada ikatan sah, boleh la bagi kami anak sedara...aku nak ramai tau nanti boleh aku main dengan diorang. Hihihi." Syia membulatkan mata apabila mendengar perkataan 'anak sedara' tadi.
Syia memukul bahu Hana dengan kuat. Hana mengusap bahunya kerana pukulan Syia terlalu pedih. Aira seperti biasa hobinya gelak sahaja.
Syia tidak menghiraukan Aira dan Hana. Syia mengambil sebuah bagasi beroda dan meletakkannya di atas katil. Syia mengeluarkan beberapa helaian baju dan beberapa pasang seluar yang sudah terlipat dan meletakkannya ke dalam bagasi tersebut. Setelah selesai, Syia zipkan bagasinya dan meletakkannya di tepi pintu.
Tok...tok...tok...
Aira yang sedang berdiri membuka pintu untuk melihat siapa yang mengetuk. Muka yang terpampang di muka pintu ialah jurusolek pengantin Syia. Jurusoleknya meletakkan barangan solek di atas meja solek Syia. Dengan itu, Syia menukarkan baju T-shirt hijau dan seluar trek hitamnya kepada baju pengantin yang berwarna putih di dalam bilik air.
Syia duduk di hadapan cermin dan memakai tudung pengantinnya. "Cik Syia, cik nak make up yang macam mana?" Tanya jurusolek.
"Yang simple and natural je lah. Saya tak suka pakai make up tebal." Syia menjawab dan memberikan satu senyuman kepada jurusoleknya. Jurusoleknya mengangguk dan membalas senyuman Syia.
"Kenapa kau tak make up je macam Neelofa ke. Artis lain ke? Untuk harini je." Aira bertanya.
"Kau yang kahwin ke aku?" Syia menjeling.
Setelah hampir sejam, solekan Syia sudah siap. Walaupun solekan Syia 'natural', tetapi disebabkan jurusoleknya teliti jadi itu yang membuatkan hasilnya lambat.
Setelah bersolek, jurusoleknya mengemaskan barang dan keluar dari bilik. Untuk memberikan masa untuk Syia, Hana dan Aira keluar dari bilik Syia bersama dengan bagasinya. Bagasinya di bawa turun dan diletakkan di dapur.
Syia merenung mukanya di dalam cermin. 'Aku betul ke nak kahwin ni? Dengan secret admirer aku? Dengan kawan baik aku sendiri?" Syia mengeluh.
Tok...tok...tok
Syia membuka pintu dan muka yang terpampang ialah ibunya, ibu Aidan, Hana dan Aira. Auntie Wida senyum lalu mengusap kepala anaknya "Tak sangka anak mama dah nak kahwin." Auntie Wida mencium dahi anaknya. Syia memberikan satu senyuman kepada Auntie Wida. "Dah siap? Pengantin lelaki dah sampai." Auntie Wida menyatakan. Syia mengangguk.
Mereka turun ke bawah dan kelihatan Aidan berbaju Melayu putih berkain samping dan bersongkok. Aidan nampak lain kerana dia tidak memakai cermin mata begitu juga dengan Syia. Aidan perasan akan Syia dan yang lain.
Aidan yang sedang bersalaman dengan tetamu tadi tergamam kerana melihat Syia dengan penampilannya lain. Syia tidak pernah memakai apa-apa barangan solek tetapi hari ini dia memakainya. Syia tidak pernah kalau tidak memakai cermin matanya tetapi hari ini dia tidak memakainya.
Syia diiringi kawan baiknya bersama dengan ibunya dan bakal ibu mertuanya duduk di atas lantai. Dengan itu, Aidan duduk bersila dihadapan Tok Kadi. Tetamu yang lain juga duduk bersila mengelilingi mereka.
"Sedia?" Tanya Tok Kadi dan Aidan mengangguk. "Aidan Hakeef bin Azam Azlan, aku nikahkan dikau dengan Nurin Arisyia Bad-" "Tunggu." Kata-kata Tok Kadi dipotong oleh seorang Gadis yang tinggi berpakaian baju kemeja biru muda dan berseluar Jeans. "Aidan! Sanggup kau buat macam ni kat aku? Kau dah goda dan rogol aku sampai aku mengandung! Kau sanggup nak kahwin dengan perempuan ni?" Gadis itu menyambung.
Share this novel