Pada keesokan harinya, Aidan 'drop' Auntie Salina dan menjemput Syia. Mereka terus pergi ke butik pengantin 'Amore'. Dalam perjalanan, keadaan sunyi sahaja. Aidan fokus pada jalan manakala Syia pula 'scroll' instagramnya.
"Betulke apa yang Hana cakap tu? Kau 'crush' kat aku lebih dari dua belas tahun?" Syia memecahkan kesunyian. Matanya masih pada telefonnya.
"Y-ya." Aidan mengangguk. "Lamanya." Syia berkata lagi. Aidan hanya berdehem. "Kenapa kau tak 'confess'?" "Aidan takut Syia akan tolak." "Kalau aku kata aku takkan tolak?" "T-tapi tu pon semalam Syia tolak kan? Dan Syia tak cintakan Aidan." "Memang la. Itu sebab belum apa-apa kau terus masuk minang. Kalau kau confess, aku boleh la fikirkan..." "Tapi Syia boleh je kan fikir dulu pasal tu semalam.." "Dengan Hana dah marah aku semalam nak suruh aku fikir lagi?" "S-sorry." "It's okay."
Selepas seketika, mereka sampai di butik pengantin 'Amore'. Butik itu dihias dengan bunga-bungaan berwarna putih. Seorang gadis yang tinggi memakai baju lengan ala neelofa berseluar jeans hitam yang memegang sebuah board yang ada kertas diatasnya menghampiri dua pemuda itu.
"Cik, Encik, nak cari design baju macam mana?" Gadis itu bertanya dengan satu senyuman mesra. "Bagi kami tengok dulu boleh?" Aidan membalas. "Baiklah apa-apa panggil saya ya?" Gadis itu berjalan pergi.
"Syia, Syia nak yang mana?" Tanya Aidan. Syia berjalan untuk duduk di sofa yang ada di situ. "Kau pergi lah cari dulu. Nanti tengoklah yang mana aku kata ya itulah." Aidan hanya mengangguk. Aidan faham bahawa Syia tidak boleh terima dengan hati terbuka jadi dia pon mengikut apa yang Syia katakan.
Sedang Aidan memilih, Syia termenung sahaja. Mata Syia terhenti pada baju yang berwarna merah jambu kejinggaan yang mempunyai renda bercorak bunga. Syia bangun dan berlari anak untuk mendapatkannya. "Excuse me miss!" Syia menjerit sedikit kerana gembira. "Ya cik?" Gadis tadi menghampiri mereka.
"Awak ada tak saiz untuk baju ni?" "Sekejap ya." Gadis itu mengukur saiz pinggang dan bahu Syia. "Syia pilih warna ni?" Aidan menjenguk baju yang dipilihnya. Syia mengangguk sambil tersenyum. "Pilih la warna putih janganlah pilih warna ni." "Alah....ini untuk persandingan yang untuk nikah jap gi la kita pilih yang untuk pernikahan punya." Syia memujuk. "Persandingan....?" Aidan memandang Syia dengan tiada ekspresi muka. "Kita...tak da...persandingan?...." Syia bercakap tersekat-sekat. "Kenapa awak pulak yang lebih-lebih dari saya ni?" Aidan senyum sinis. "Tapi....aku nak pakai baju ni..."
Syia mengeluarkan telefonnya. Dia menekan contact 'Mamakusayang'. "Hello ma. Kita tak da majlis persandingan eh?"
"Tak. Kenapa Aidan nak buat persandingan ke?"
"Haah. Aidan ni mengada sangat aih nak buat persandingan. So....mama buat la tempahan untuk kahwin sekali ya. Suruh Ajim bagitau Aira. K bye." Lalu Syia menamatkan panggilannya. Aidan memandangnya dan menyepetkan mata. "What? Sekali sekala jual nama kau." Syia menjeling.
Gadis itu mengambil saiz yang sesuai dengan Syia dan memberinya kepada Syia. Dia mengambil baju itu lalu ke fitting room. Apabila Syia keluar dari fitting room tersebut, Aidan hanya tergelak kecil melihat ragam Syia yang 'struggle' dengan baju itu. "Miss...kenapa baju ni kasar?" Syia bertanya. Gadis tadi menjelaskan bahawa dia perlu memakainya dengan inner. Syia mengangguk.
Apabila Syia hendak mendekati Aidan, Syia hampir tersadung tetapi dia terus berdiri dengan tegak dan acah seperti tiada apa yang berlaku. Aidan terus tergelak. "Itulah...siapa suruh awak ambil kain yang panjang sangat. Awak tu kan jalan macam gangster." Aidan masih ketawa kecil manakala Syia pula hanya jeling.
Gadis itu memberikan Aidan sepasang baju Melayu yang berwarna sama seperti baju pengantin yang dipilih Syia.
Aidan berpuas hati dengan baju itu. Aidan dan Syia menukar pakaian kepada pakaian asal mereka. Mereka membeli lagi satu baju yang berwarna putih yang sama sahaja 'design' dengan yang tadi.
Selepas satu hari mereka semua menempah barangan kahwin, mereka pergi untuk menempah kad kahwin.
Di tempat penempahan kad kahwin, Aira dan Ajim bergaduh untuk memilih design. Aira hendak memilih kad berwarna putih bercorak daun manakala Ajim pula hendak yang berwarna tulisan merah hitam. Untuk menghentikan pertelingkahan mereka, Syia dan Aidan memilih kad kahwin berwarna krim yang bercorak daun dan hati perang.
,,,,,,,,,,,,,,,,,
Share this novel