BAB 1

Horror & Thriller Completed 354

DUA buah Jeep Wrangler tahan lasak bermandi lumpur itu dikerumuni oleh anak-anak suku kaum asli Mayan sambil menuding-nuding jari ke arah mereka. Katrina sekadar memerhati anak-anak orang asli sambil memberikan senyuman kepada mereka. Duduk di sebelahnya ialah Johanna merupakan seorang pelatih praktikal PHD yang mengambil pengajian di Indonesia dalam Fakulti Perhutanan. Gadis asal Kalimantan itu berusia tua dua tahun daripadanya.

Sedangkan Ghazali dan Rahmad adalah wakil dari sebuah syarikat bioteknologi antarabangsa bertapak di Negeri Di Bawah Bayu. Ikut kata Profesor Gumelar dia dijemput untuk menyertai ekspedisi itu. Semua biaya atas tajaan syarikat tersebut. Dan ini adalah ke sekian kalinya dia dipujuk oleh Profesor Gumelar untuk menyertainya. Dia ingin tahu sejauh mana kebenaran akar kayu langka tumbuh di tengah rimba hutan itu kononnya mampu menjadi penawar kanser.

Anak-anak orang asli kaum Mayan itu terus mengelilingi mereka. Johanna menunjukkan sikap rimas. Dia hanya mampu menyembunyikan senyuman. Keletah anak-anak orang asli Mayan itu dilayan seadanya. Bahasa mereka juga tidak berapa difahami.

“Ika dan Johanna boleh ikut Sindai,” arah pemandu mereka, Abang Marjan.

Sindai, wanita dari suku kaum asli Mayan itu hanya berkomunikasi dengan bahasa isyarat. Langkah Sindai, Bertubuh 4 kaki 8inci, rambut lurus kehitaman dan kulit sawo matang itu dibuntuti mereka.

Sebuah gubuk dibina menggunakan tumbuhan hutan iaitu pokok bertam dan buluh. Katrina melabuh punggung di atas tempat duduk dibuat daripada buluh. Semuanya serba alami dan tiada peralatan moden.

“Kau pernah datang ke Kalimantan?” soal gadis seberang itu.

“Ini yang pertama kali.” Katrina duduk di atas kerusi buluh itu.

“Bagus. Kau akan lebih mengenali budaya sini. Tapi kau tidak takut masuk ke Hutan Mayan? Lagendanya? Sejarahnya?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience