BAB 2

Horror & Thriller Completed 354

Dia tersenyum. “Aku pernah terbaca tentang tradisi potong kepala. Tapi belum pernah melihatnya.”

“Kau akan lihat lebih dari tu kalau kita masuk ke Hutan Mayan. Kau berani?” Johanna tersenyum tipis. Senyuman menyembunyi seribu makna penuh keraguan. Gadis itu ke belakang dan masuk ke salah satu ruang.

'Kau ingat kita pergi sarkaskah?' Getusnya dalam hati. Dia tidak suka dengan ucapan gadis itu.

“Hutan di Kalimantan ni adalah paling angker antara pulau-pulau lain di negara ni. Kau tahu semakin meredah jauh di dalam sana. Walau sekadar pohon raksasa kita lihat dan di situlah ada kerajaan jin menghuni hampir sebahagian tanah darat Borneo ini. Teman sepermainan anak-anak di sini adalah dari kalangan jin. Itu perkara biasa.” Johanna tersenyum lebar. Wajah cantik itu boleh tahan juga ada bakat menjadi gadis psiko.

Katrina tidak suka sikap gadis satu ini. Tiba-tiba satu perasaan tidak selesa dan berat menyelimuti dirinya. Apa maknanya ini?

Malam, Hari Pertama – Hutan Mayan

Perjalanan selama berjam-jam lamanya siang tadi sangat melelahkan. Satu badan sakit. Lalu atas persetujuan semua mereka berkhemah di situ. Banyak juga kelip-kelip malam di sekitarnya. Tetapi ada cahaya lain dari lain dalam kumpulan dalam belukar itu.

“Takkan kelip-kelip satu ini warna merah. Macam sepasang mata.” Katrina terus memerhati.

Ketika termangu dalam gelap, dicapainya lampu suluh dan sibuk menghalakannya ke arah dahan-dahan pokok dan semak berhampiran. Dengan harapan, mahu tahu binatang atau serangga yang dilihatnya.

Sebaik sahaja disuluhnya, terjengul satu wajah menyeramkan di sebalik belukar itu. Menyeringai marah sehingga menayangkan gigi-gigi rapat dan tajam. Kulit wajah itu bergerutu, berbisul-bisul satu muka agak kehitaman dengan mata kemerahan. Terkejut punya pasal terpelanting lampu suluhnya. Bingkas daun-daun dan ranting bergoyang-goyang kasar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience