BAB 7

Horror & Thriller Completed 354

Dari dalam khemah mereka hanya mendengar macam-macam bunyi. Derap kaki berlari-lari seolah dalam satu kumpulan terus mengelilingi khemah mereka. Ada suara dari bahasa suku kaum yang tidak mereka fahami. Ada hilai panjang. Diiringi dengusan dan jeritan yang entah dari mana. Dini pagi itu terus menjadi igauan panjang. Seolah ada peperangan suku kaum yang terjadi di tapak itu.

Suara Johanna dan Rahmad sayup-sayup di luar sana merayu dan menjerit meminta tolong. Dia hanya mampu menahan diri. Bahkan nafasnya pun tersekat-sekat kerana takut tertangkap oleh benda yang sedang menganggu di luar khemah itu.

Siang, Hari ketiga – Hutan Mayan

HUJANgerimis membasahi Hutan Mayan di Kalimantan Tengah. Kalau dilihat mirip persekitaran Lost World, Maliau Basin. Bermacam spesis flora, fauna dan haiwan sudah tentu ditemui dan lihat dalam hutan itu. Tetapi yang jelas makhluk yang tidak pernah ditemui pun ada di situ.

Abang Marjan berjalan di hadapan sekali. Diikuti Ghazali, Rahmad dan Profesor Gumelar. Nafas pun naik mengah. Bukan dia tidak biasahikingdi Bukit Gundul, Bukit Taman Tun Fuad dan beberapa lagi.

Beg sandang digalas menambahkan bebannya. Air diteguk sepuasnya. Katrina tidak larat lagi berjalan. Dia menyandar pada sebatang pokok besar. Ada lipan besar menjalar pada atas kasutnya. Bingkas dia menghentak-hentak kaki kegelian.

Tiba-tiba Abang Marjan berkata sesuatu. Ada nada cemas. Ketiga lelaki itu sudah saling melihat benda yang membuat riak mereka pucat lesi. Katrina juga mahu melihatnya. Bingkas Profesor Gumelar menahannya.

“Jangan tengok, Ika. Percayalah cakap aku ni. Kau tidak perlu tengok.”

“Apa sebenarnya tu, prof? Ada apa?” Dia mahu tahu juga. Desakan hatinya tidak mampu dibendung. Akhirnya dia memaksa dirinya ke arah Abang Marjan dan Ghazali.

Matanya terbeliak bila melihat ada mayat tanpa kepala. Bingkas dia muntahkan isi perutnya dan berlari ke arah bertentangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience