BAB 10

Horror & Thriller Completed 354

Dari dalam khemah itu dia hanya mengerekot dan memerhati Ghazali berlari terjerit-jerit nama Johanna. Dari muka khemah ternganga itu juga dia melihat jelas tubuh Ghazali disambar pantas. Makhluk itu terawang-awang, mengepak sayap bak kelalawar lalu mencekak leher Ghazali. Kaki lelaki itu terjuntai-juntai dengan kedua tangan terus mahu melerai tangan makhluk itu.

Katrina yang menyaksikannya tidak berkata-kata. Badannya kaku. Air mata sudah bercucuran. Ketakutan menguasai diri. Kewarasan fikiran sudah diragut.

Lidah makhluk itu panjang menjilat-jilat wajah Ghazali. Dicekak lebih tinggi. Ghazali hampir kehabisan nafas. Tangan sebelah makhluk bersayap itu berkuku runcing kehitaman terus mengorek ke dada Ghazali. Terjerit-jerit azab Ghazali demikian. Memancut-memancut darah keluar. Semakin dicungkil dengan kuku-kuku tajam semakin membuak darah yang keluar. Jantung lelaki itu ditarik keluar. Berlelehan darah tangan makhluk itu sambil dijilat rakus penuh keasyikan.

Tubuh Ghazali dilempar ke tanah sudah kaku. Mahu termuntah Katrina melihat makhluk itu menggigit rakus jantung Ghazali masih segar. Terenjut-enjut badannya menahan tangis bisu. Tubuhnya kaku tidak mampu bergerak. Rasanya hidup matinya juga di tangan makhluk itu. Kerana tekanan ketakutan yang tidak mampu dibendung Katrina sudah jatuh pitam.

Siang, Hari Keempat-Hutan Mayan

MATANYAmencelik perlahan-lahan. Hari sudah meninggi waktu. Bila tersedar dengan apa yang berlaku semalam Katrina melompat dari dalam khemah. Matanya meliar melihat sekeliling.

Tidak jauh dari tempatnya berdiri kelihatan mayat Ghazali tanpa kepala sudah dihurung langau dan berulat. Peliknya tubuh itu reput kehitaman dan kecut. Ada lubang besar pada dada dan mengeluarkan bau memualkan.

Katrina terundur-undur sebak. Menekup mulut menahan tangisan. Kakinya tersandung sesuatu lalu jatuh ke tanah. Bila melihat ada banyak ulat-ulat menjalar pada lengan dan kakinya dia bangkit dan mengibar-ngibarnya tubuh. Terbuntang matanya melihat ada satu lagi mayat reput, kecut dan kehitaman dengan kondisi sama seperti Ghazali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience