BAB 12

Horror & Thriller Completed 354

“Subhanallahil' Azhim Ya Hayyu Ya Qayyummu, Birahmatika Astaghitsu.” Membawa maksud, Mahasuci Allah Yang Maha Agung, Wahai Yang Maha Hidup dan Yang Maha Selalu Mengawasi, Aku mohon pertolongan dengan rahmat-Mu.” Doa itu diulang-ulang dengan sepenuh hati sampai dia terlelap di dalam lubang akar itu.

Malam, Hari Keempat-Hutan Mayan

DALAM mimpinya, Katrina berlari-lari di dalam hutan gelap itu namun dikejar oleh makhluk separuh badan kelalawar. Dia hilang arah. Tiba-tiba muncul tiga kelibat kemudian berubah menjadi cahaya. Pandangannya silau tidak mampu melihatnya.

“Katrina pewarisku yang hilang. Bila kau telah menjejak kaki ke hutan ini saja maka sebahagian dirimu menghidupkan semangat iblis yang sekian lama tidur beratus tahun lamanya. Sudah terlambat. Kau mesti hadapi iblis itu dan tamatkan riwayatnya.”

“Macam mana aku kena tamatkan? Aku tiada daya.”

“Kau mampu, Katrina. Di dalam aliran darahmu ada keturunan Wulan Jihan, Srikandi yang paling terbilang. Makhluk iblis itu adalah lawanmu kerana dialah penyebab moyang, nenek dan ibumu mati dalam genggamannya. Satu-satu warisan kau miliki itu adalah jawapannya. Akar ini, pokok ini bukan sebarangan tumbuhnya. Gabungkan warisan dan alam ini menjadi senjata ampuhmu.”

Kelibat cahaya hilang. Bingkas Katrina terjaga. Dia kebingungan dengan apa yang dimimpinya. Batinnya berkecamuk resah. Hari sudah gelap di luar rupanya. Begitu lamanya dia bersembunyi di bawah lubang akar itu.

Ada suara seseorang berkomunikasi dengan makhluk iblis itu.

“Dia masih dalam hutan ini. Tidak mungkin lari jauh. Aku sudah cukup persiapkan semuanya. Sepatutnya perempuan itu sudah kau tangkap.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience