BAB 6

Horror & Thriller Completed 354

Muncul Profesor Gumelar dengan terpisat-pisat mata. Abang Marjan juga keluar sama.

“Kenapa ni?”

“Johanna hilang dari dalam khemah.”

Abang Marjan melihat jam waktu itu. “Ini jam 2.00pagi. Masakan kamu tidak sedar Ika? “Manalah aku tahu. Aku tidur. Aku dengar bunyi pelik dan kesejukan terus pandang sebelah. Dia hilang!”

Ghazali juga keluar tergesa-gesa. “Mat! Mat!” Terjerit-jerit dengan intonasi cemas.

Semua terkejut bila lelaki itu memaklumkan bukan hanya Johanna hilang tetapi Rahmad juga sama.

“Kita kena cari dia orang,”cadang Ghazali.

Belum bertindak apa-apa kedengaran sayup-sayup suara Johanna mengilai panjang. Diikuti suara Rahmad meminta tolong. Suara keduanya sangat jauh.

Dini pagi yang amat gelap gelita itu ditemani unggas dan burung hantu kalimantan yang mirip suara tertawa manusia. Tiba-tiba sekeliling belukar diredah kasar oleh sesuatu. Seolah dalam semak dan belukar hutan itu ada sekumpulan manusia sedang berlari dari segenap penjuru. Terketar-ketar kepala lutut Katrina dengan kejadian mistik itu. Diselangi dengan bunyi kepak burung sangat kuat.

“ Uwaarrkk!” Terenjut tubuhnya. Ketiga lelaki itu mati akal dengan situasi demikian.

“Apa kita kena buat ni?” Abang Marjan juga pucat lesi.

“Jangan berpecah. Kita berkumpul satu khemah. Ika, kamu tiada pilihan.” Profesor Gumelar masuk ke dalam khemah. Mujur khemah sudah dipagar dengan garam ruqyah dibuat oleh Abang Marjan. Katrina tidak banyak soal kerana ketakutan yang dirasakannya pada tahap maksima. Dia memeluk kepala lutut. Mulutnya berkumat-kamit dengan zikir. Sambil loketnya diramas-ramas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience