BAB 9

Horror & Thriller Completed 354

Bagai tidak cukup tanah Katrina melompat masuk ke dalam khemah. Ghazali ikut masuk ke dalamnya. Lelaki itu meletak jari di bibir agar diam. Dalam keadaan terdesak begitu dia tidak memikirkan haram halal duduk berdua dengan bukan muhrim. Ketakutan yang dirasakan menguasai akal sihat. Masing-masing duduk berjaga. Telinganya dipicingkan menangkap sebarang bunyi. Dalam hitungan seminit sahaja kedengaran bunyi berkepak. Ada hentakan pada tanah seolah baru mendarat.

'Ssssssrrreeetttt.. Ssssssrrreeetttt..' Bunyi diluar khemah seiring dengan derap langkah mengheret. Dedaun-dedaun kering bergesel. Katrina menekup mulut ketakutan. Air mata bercucuran. Dadanya bagaikan meletup kerana tekanan takut tahap maksima.

Dan Ghazali terus mengisyaratkan senyap kepadanya. Tuhan sahaja Maha Mengetahui betapa hampir luruh jantungnya. Mahu bernafas pun takut didengar. Ketakutan yang menjalar ke setiap inci membeku darah.

Kemudian langkah itu berhenti di samping khemah mereka.

'Ssssssrrreeetttt.. Ssssssrrreeetttt..' Bunyi membuas kedengaran memprotes sesuatu. Tepatnya di luar pagar yang dibuat oleh Abang Marjan.

“Kita kena lari dari sini atau jadi mangsa,” bisik Ghazali kepadanya. Katrina menggeleng tegas.

'Uuuuwwwaarrkk!' Bunyi gerun itu beriringan dengan jeritan seseorang yang jelas memang keluar dari khemah itu.

Namun tiba-tiba suara Johanna merayu-rayu dan merintih hiba datang dari luar khemah itu. Sayup-sayup kedengaran. “Keluarlah.. tolong aku.. tolong aku Ika.” Rintihan Johanna menyeru namanya dengan esakan hiba.

Katrina terpaut sebak. Semakin dia menekup telinganya suara hiba panjang Johanna menjadi-jadi. Namun Ghazali yang bertindak di luar dugaan. Zip khemah dibuka ternganga. Katrina tersedar sudah mahu menegah. “Jangan.. itu bukan dia.”

“Itu Johanna. Kita bawa dia masuk sini.” Ghazali berkeras.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience