BAB 13

Horror & Thriller Completed 354

Hatinya terdesak untuk tahu siapakah empunya suara satu lagi. Dalam lubang akar itu dia mampu merangkak untuk masuk lebih jauh di tengah. Bila melihat banyak serangga menjalar di atas tanah dia menahan diri daripada terjerit. Terasa mahu sahaja lari dari lubang itu. Nyawanya tentu sebagai pertaruhan.

Dikuatkan hati merangkak meski ada bermacam spesis. Tidak jauh dari tempatnya merangkak ada celah lubang di sebalik akar-akar itu mampu meraih insan bersemuka dengan makhluk hodoh bersayap itu. Terbuntang matanya. Kemarahannya memuncak tinggi mengetahui tembelang seseorang sudah terbongkar.

Tiada yang mampu dikatakan. Hanya menanti waktu mahu bersemuka dengan pengkhianat yang sudah beredar. Bunyi gerun makhluk iblis itu membelah Hutan Mayan. Mengepak ke udara mencari dirinya. Dia teringatkan pesanan dalam mimpinya.

“Gabungkan warisan dan alam ini menjadi senjata ampuhmu.'

Perlahan-lahan dia keluar dari tempat persembunyian di bawah pokok misteri. Tidak sedetik pun detak jantungnya tidak berdegup kencang. Selagi makhluk itu tidak kembali lagi dia berpeluang mencari jalan keluar. Tetapi bukan lari dari situ.

“Apa maksudnya warisan aku miliki?” Dia melerai teka-teki itu. Satu-satu barang yang dimiliki sejak lahir adalah kalung berloket umpama Kalung Penyan. Kalung itu dikeluarkan dari dalam baju T dan tatapnya. Alam yang dimaksudkan senjata adalah akar itu. Bingo!

Kemudian dia melihat belitan dan ribunan akar-akar setinggi enam kaki itu tumbuh menjulang. Itulah satu-satunya pokok misteri pernah dilihat. Bunyi erangan dan tangisan hiba mendayu-dayu kedengaran dari kepala-kepala itu.

Seram sejuk jangan cakap. Menggeletar tubuhnya. Katrina terus berkeliling pokok itu. Bagaikan bertawaf. Dia mahu mencari senjata diri. Kakinya tiba-tiba tersandung satu akar menjalar panjang dengan hulunya sangat tajam.

“Akar ni mesti sesuai. Ini yang terbaik.” Dihentaknya kaki pada akar panjang itu sehingga merekah dan terbelah dua. Tapak tangannya melecet kerana menarik kuat akar itu. Loket pada kalung ditanggalkan dan mencuba-cuba untuk memasukkan lubang loket ke hulu tajam akar itu. Sungguh tak disangka ia bagaikan lembing bermata permata.

Malam itu adalah malam jumaat, ketika hutan berbicara dengan angin dan jiwa hidup di dalamnya. Dia menanti dengan penuh keberanian berharap mampu keluar dari tipu daya Hutan Mayan.

Apakah yang berlaku ke atas Katrina malam itu? Siapakah pengkhianat yang dilihatnya. Apa kaitan Katrina dengan Hutan Mayan dan makhluk iblis itu? Kisah ini tidak berhenti di sini. Nantikan versi lebih padat dan panjang bakal diterbitkan untuk tahu kisah silam Hutan Mayan dan Katrina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience