BAB 5

Horror & Thriller Completed 354

“Ika tidak fikir itu angkara pemburu haram. Mesti ini adalah puaka hutan ini. Ada yang tidak suka kita berada di sini. Sekarang Ika rasa sebaiknya kita balik hari ini juga. Pagi ini juga setelah kita isi perut.”

Malam, Hari Kedua - Hutan Mayan

KATRINA tidak mampu lelapkan mata. Johanna di sebelah sudah tertidur lena. Gadis itu pula tiba-tiba kerasukan sebaik sahaja dia ditinggalkan sendiri dalam khemah. Puas juga diredakan. Puas juga memulihkan semangat Johanna. Mujur sahaja Ghazali tahu keluarkan benda itu dari dalam badan Johanna. Sungguh dia tidak menyangka terus mengikut kata putus Abang Marjan agar meneruskan ekspedisi itu sampai ke hala tuju.

“Uuwwarkk!”

Satu bunyi asing kedengaran membuat perhatian mereka teralih. Memecahkan keheningan di malam hari. Keseraman mulai terasa dengan bunyi-bunyi pelik menguasai suasana.

Katrina keluar dari khemahnya sekadar melutut di muka khemah itu itu. “Bunyi apa tu Prof?”soalnya.

“Masuk tidur dan zip khemah kamu. Ingat jangan berani keluar. Abaikan apa kamu dengar,” pesan Profesor Gumelar.

Masing-masing masuk ke dalam khemah. Lampu juga dimatikan. Sementara Johanna berbaring menghadapnya. Kecut perutnya memikirkan kalau gadis itu buat hal di waktu tidak sesuai. Sudahlah berdua lagi dalam khemah itu.

Akhirnya dia terlena. Masa berjalan. Bila matanya tercelik luas sahaja baru sedar Johanna tiada berada di sebelahnya. Katrina menggelabah. Patutlah rasa sejuk berangin semacam rupanya ternganga muka khemah itu.

“Ya Allah! Mana perempuan ni?” Lampu suluh dicapai. Dinyalakan.

“Johanna.. Johanna..” panggilnya. Kepalanya melilau mencari. Matanya meliar.

Katrina segera ke khemah Profesor Gumelar. “Prof.. Prof.. bangun.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience