BAB 3

Horror & Thriller Completed 354

Semua tim berpaling ke arah belukar itu. Katrina keluar dari dalam khemahnya.

“Kau semua nampak tadi?” soalnya cemas.

“Alaa.. hutan biasalah. Pasti binatang-binatang tu. Rusa barangkali.” Abang Marjan menduga.

“Rusa takutkan manusia. Lagipun lihat dengan jelas ada mata merah dalam semak belukar tu. Aku nampak wajah menakutkan. Mustahil rusa atau binatang lain. Kita kena periksa apa benda tadi tu?”

Baru Profesor Gumelar mahu membalasnya sesuatu dilontar dari jarak jauh menghala ke arah sekumpulan tim memandang unggun api. Bagai lontar peluru tepat mengenai unggun api. Menjerit Johanna terkejut. Tim lelaki lain pula bangkit dari tempat duduk.

Abang Marjan yang lebih berani mengamati haiwan dilontar sehingga memadamkan unggun api. Percikan api berselerakan.

“Ini babi hutan!” Semua dalam kebingungan.

“Kerja siapa ni?” soal Ghazali kehairanan.

Katrina berjalan lebih dekat ke arah bangkai babi hutan itu. Dada haiwan itu berlubang besar. Bingkas dia menekup hidung.

“Ni mesti angkara benda yang aku nampak tadi. Kita kena keluar dari hutan ni besok. Bahaya!”

Abang Marjan hilang kata-kata. Riak wajah lelaki itu berubah serta-merta.

“Semua masuk ke dalam khemah. Jangan keluar tanpa teman,” arah Profesor Gumelar.

Katrina dan Johanna masuk ke dalam khemah tergesa-gesa. Zip khemah ditarik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience