BAB 14

Drama Completed 445

DALAM alunan doa Qunut, airmata Andra mencurah. Dia tahu Ana rebah
dalam solat. Dia sedar. Kusyuknya terbang melayang. Airmata
bertali-arus tak sudah. Bacaannya tersekat dek sebak. Andra teruskan
solat hingga ke salam kali ke dua. Tangan diangkat dan doa dibisikkan
perlahan dalam tangisan.
“Allah... terima kasih pinjamkan dia untuk aku. Terima kasih beri ruang
untukku membahagiakan dia biarpun seketika. Terima kasih atas nikmat
dan kurniaan-Mu. Terima kasih segalanya. Permudahkan urusan
kepergiaannya. Aku reda dia pergi ke sisi-Mu, *kerana hidup ini
merupakan jaminan kami semua dijemput untuk dikembalikan pada-Mu, Ya
Allah...” *
Telapak tangan diraup ke wajah. Andra berpaling. Tadi, terlalu awak
Ana menyalaminya dan memohon ampun serta keredaan seorang suami.
Terlalu awal bagai mengetahui yang dirinya akan rebah dalam solat Subuh
pertama dan terahkhir mereka sebagai suami isteri.
Dia bahagia. Dia tersenyum memanggu kepala isteri yang jelas dah tak
bernyawa. Dia menitiskan airmata kerana melihatkan wajah itu ceria
bahagia. Dia bahagia merelakan kepergiaan Ayana kembali ke sisi Ilahi
dengan begitu tenang dan mudah. Apa yang pasti, sebagai isteri.
“Ana pergi dulu. Tunggu abang di sana. Moga bahagia Ana di sisi Tuhan
yang maha mengasihani. Ana isteri abang dan kekal selamanya. Moga ada
pertemuan kita dalam kehidupan abadi, sayang...”
Andra tunduk. Bibir itu jatuh pada dahi isteri bersama juraian airmata
yang bagai tak nak berhenti. Saat itu, mummy muncul di muka pintu.
Jatuh rebah terkulai layu menghadapi kehilangan menantu tersayang.
Bila Andra angkat mata, senyuman terukir buat mummy. “Rencana Ilahi
terlalu baik untuk Andra nafikan, mummy...”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience