BAB 9

Drama Completed 445

BERITA yang dikhabarkan oleh ibu Ayana masa berbuka di rumah mereka
beberapa hari lepas bagai batu menghempap kepala. Sungguh. Rasa tak
mampu nak hadapi. Dan, bagaimana Andra mahu tempuhinya? Ini pertama
kali dia nampak keterujuaan Andra dalam cinta dan kesungguhan Andra
mempersiterikan Ayana tapi ibu Ayana bagaikan menolak biarpun tak
secara terang.
“Mummy termenung nampak?” Andra kancing baju T berkolar. Dah sedia
nak keluar membantu Ayana berniaga.
“Erm... nak pergi mana? Jumpa Ana?”
Andra angguk.
“Duduk dulu,” arah mummy perlahan. TErus Andra labuhkan duduk di
sebelah mummy. Tangan mummy berlabuh tepat di atas belakang tangan
Andra . “Ini mummy nak cakap...”
“Macam serius je, mummy...” Andra senyum menyembunyikan dada yang
berdebar. Sejak balik daripada berbuka di rumah Ayana , mummy banyak
memikir.
“Serius. Ini tentang Andra dengan Ana...”
Andra telan liur. Dia diam memberi ruang mummy meneruskan kata.
Tuhan... jangan diduga dengan yang buruk-buruk.
“Mummy ada cakap dekat ibu Ana tentang hal nak meminang Ana lepas raya.
Tapi, jujurnya mummy cakap ibu Ana macam tak suka. Dia tak cakap
terus-terang tapi ayat dia tu buat mummy faham...”
“Kenapa?” Kening lebat Andra berkerut hebat. “Dia tak suka Andra ?”
“Tidak...” Laju mummy geleng. “Dia suka Andra . Suka sangat tapi Ana tu
yang kurang selesa dengan Andra ...”
“Hah?” Rasa nak tertanggal anak mata. “Ana tak suka Andra ? Ayana
yang tak suka Andra ? Tapi, dia tak pernah menolak. Okey, sekali dia
pernah tolak tapi lepas tu bila Andra usik tentang meminang, keluarga,
anak... dia senyum. Apa yang buat dia tak suka?” Kusut. Memang kelam
kabut dalam kepala.
“Ana suka Andra . Dia pun suka Cuma dia tak selesa. Beza tu...”
“Beza yang macam mana?”
Mummy lepaskan keluhan. Entah bagaimana nak diberitahu dia sendiri tak
pasti bila Ana pun minta dia rahsiakan. Katanya nak diberitahu
sendiri. Wajah Andra kelam. Tubuhnya bagai longlai tak bertenaga.
“Isthikarah Andra macam mana?” tanya mummy cuba memujuk.
“Masih berbaki dua kali...” jawabnya lemah. Wajah diraup. Tuhan...
jika dia bukan untuk aku, jauhkan dia daripada hati aku, Allah. Bawa
dia jauh dan yakinkan aku betapa Engkau sedang merencanakan yang terbaik
buatku.
“Teruskan. Sampai kali ketiga dan lepas dah ada jawapan, masa tu kita
bincang lagi. Cuma buat masa sekarang, Andra layan Ana macam biasa.
Lagi satu...” Tangan anak digenggam kemas. Andra memandang anak mata
mummy.
“Jika jawapan istikharah itu tak memihak pada Andra , percayalah... Allah
sedang sediakan yang lebih baik berjuta kali buat Andra ...”
Berat hati, Andra mengangguk. Manusia, mudah melakukan isthikarah
namun sejauh mana kekuatan untuk menerima jawapan itu, segalanya tak
pasti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience