BAB 4

Drama Completed 445

DAHI Puan Anaili berkerut lebat. Sejak balik terawih tadi, Andra
langsung tak sentuh sardin gulung tu. Dipandang, ditelek, dibelek.
“Kenapa tak makan? Risau ada racun?” usik mummy.
Tersentak dengan teguran mummy, Andra senyum tipis. Terus disua ke
mulut tapi digigit perlahan. Terasa sayang pula. Dan sungguh, rasa
sedap seperti yang dikatakan. Ya, memang sekadar sardin tapi lidah dia
dengan sardin sangat istimewa.
“Mak aih... sampai terpejam mata. Sedap betul tu...” usik mummy lalu
dia capai satu dan digigit. Erm... boleh tahan. “Beli kat mana?”
“Bazar...” jawab Andra dan dia terus suap satu demi satu hingga habis
semuanya. Kemudian dipandang pinggan yang kosong. Nampak wajah gadis
itu di dalam pinggan. Berdebar jantung. Lantas, dia bawa telapak
tangan dan melekap kemas pada dada. Terasa tangan gadis itu saat
memasukkan duit baki tadi. Bagai menyentuh jantungnya. Buat jantungnya
hampir berhenti berdegap.
“Andra ...” Puan Anaili serius rasa pelik dengan Andra . Tersampuk ke
apa? Atau rasa kecewa bila dia selalu ungkitkan tentang jodoh? “Andra
tak suka mummy desak Andra kahwin?”
Geleng.
“Tak nak kahwin lagi?”
Geleng lagi.
“Habis tu?”
Dia tunjuk pada pinggan. “Budak perempuan ni cakap tadi, gerenti
sedap. Kalau tak sedap, esok boleh datang dan jaminan wang
dikembalikan. Dia senyum, dia kedipkan mata, dia berbicara, dia...”
“Andra jatuh cinta?” pintas mummy. Dah terang lagi bersuluh tapi dia
masih nak Andra mengaku.
Andra tak beri reaksi. Dia menala pandangan ke arah TV. Bukan cinta
tapi dia sekadar suka lihat gadis itu begitu petah.
“Dia cantik?” soal mummy bila Andra tak beri reaksi.
Kaku – tak ada jawapan.
“Dia sopan?”
Keras – tak menjawab persoalan.
“Dia dah sentuh hati Andra ?”
Kelopak mata Andra bergerak. Mengerdip sekali. Buat mummy faham akan
jawapannya. “Jika rasa hati Andra keliru, bertanyalah pada pemilik
hati. Pada pencipta cinta. Pada Allah swt yang Maha Tahu segala yang
tersurat dan tersirat tentang perasaan Andra . Kalau ya jawapannya, mummy
akan pinang tak kira siapa dia dan jika tidak... mummy harap Andra
reda...” nasihat mummy kerana itulah sebaik-baik petunjuk yang ada.
Angau sangat dah Andra ni. Senyuman terukir. Tangannya menggengam
erat tangan Andra . Dia tahu anaknya sedang mabuk dilanda cinta pandang
pertama dan jika gadis itu sopan dan beragama, dia tak akan menolak
malah akan menyambutnya penuh syukur.
Andra pandang mummy yang dah masuk ke bilik. Isthikarah. Itu jalan yang
mummy cadangkan dan dia akan berbicara bahasa Tuhan, moga Allah
membantunya dalam mencari jalan.
“Kalau tak sedap, jaminan wang dikembalikan...” Suara gadis itu
terngiang sendiri. Dan, jika mereka berjodoh – dia akan beri jaminan
yang gadis itu akan bahagia bersamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience