BAB 12

Drama Completed 445

“KENAPA tak dapat call?” soalan mendatar menahan marah sebenarnya.
Geram dengan sikap pentingkan diri sendiri yang ada pada Ayana .
“Sorry. Bateri habis tadi. Itu pun saya buat muka tak malu minta nurse
charge untuk saya. Nanti lepas kahwin, beli telefon baru satu, boleh?”
seloroh Ana.
Andra ketap bibir. Jika mampu, nyawa pun dia mahu berikan buat Ana tapi
dia juga meminjam nyawa daripada Tuhan. “Segala bahagia ini untuk awak,
Ayana . Apa saja awak nak, insyaALLAH saya cuba adakan...”
Ana gelak. “Tapi, saya nak awak je.” Saja usik Andra . Suara macam
tegang sangat.
“Saya memang hak awak, Ayana . InsyaALLAH hingga ke syurga.” Dadanya
terasa sempit.
Sesak.
Sebak.
“Saya akan pergi dulu, Andra ...”
“Saya bakal menyusul, Ayana ...”
“Saya nanti awak di sana...”
“Sebagai isteri saya yang solehah, insyaALLAH...” Serentak itu talian
dimatikan. Andra dah tak mampu bertahan. Suara dia dah bergetar
sendiri. Dia pandang cermin, wajah kasar seorang lelaki nampak lemah
angkara hampir rebah dikaki dugaan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience